1 JANUARI 2020 - SELAMAT TAHUN BARU 2020 | Yeah!!! Sudah masuk tahun baru 2020! Selamat tahun baru buat korang semua. Lama seyy menunggu tahun 2020, dari kecik sampai dah masuk 44tahun haaa, akhirnya di panjangkan umur sampai juga ke tahun 2020 ni.
So korang sambut di mana tu? Sis? Jeng jeng jeng...
Tak kisahlah korang sambut di mana dan bagaimana caranya, janji tahun 2020 ini korang berazam untuk menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Azam apa pun tak kisah, janji jadi 'orang berguna' hehehehe.
Selamat Tahun Baru 2020
Sempena tahun baru ni, jom baca apa yang nak Sis kongsikan dari pembacaan Sis sebagai permulaan untuk 1 Januari 2020 ni. Kot laa ada yang blur nak mulakan dari mana kan..hahahaha ko ni...macam baru sehari hidup pulak ek! Ngaderr...
Cakap memang senang untuk berubah lebih baik. Tahu tak bahawa, nak berubah sangat susah? Namun, ia tidak mustahil. Dalam Bahasa Inggeris, orang kata “How to be a better person?”. Namun, tips dari kaca mata Mat Salleh yang speaking English tidak sama dengan kita di Nusantara ini. Untuk kita, mesti ada elemen Islam yang kita pegang sekian lama.
Kita pun tahu, kita semua pernah buat salah, dan selalunya kesalahan itu menghantui diri kita. Rasa serba tidak kena dan serba salah tu berpanjangan. Jadi, nak buat macam mana? Mari kita lihat, apakah tips untuk berubah menjadi lebih baik ini boleh digunapakai?
Mesti percaya pada keupayaan diri sendiri
Kalau tak percaya pada diri sendiri, dan tak berani untuk berubah, macam mana nak berubah? Ini yang paling penting sekali perlu diterapkan dalam hati. Bila kepercayaan itu sudah gagal, semuanya akan gagal. Sematkan dalam hati betul-betul.
Maafkan diri sendiri atas kesilapan lalu
Ya, seperti diberitahu tadi, kita pernah buat salah. Kita pernah buat silap. Kita pernah gagal. Ternyata, semua orang pernah buat salah. Cuma, jangan jadikan kegagalan dan kesilapan masa lalu terus menghantui diri kita. Belajar untuk maafkan diri sendiri. Yakinlah, kita masih boleh bangkit.
Maafkan orang lain atas dosa mereka
Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Selepas kita maafkan diri sendiri, pastikan semua orang yang pernah buat salah pada kita. Mulakan semuanya dari zero. Hati akan jadi lebih tenang.
Bila masih berdendam, ia akan melemahkan diri kita. Semacam ada ‘energy’ jahat yang masih ada dalam diri. Bila kita maafkan orang lain, iaitu orang yang pernah melukakan hati kita, secara tidak langsung ia mengurangkan beban dan dendam dalam hati kita.
Jangan beritahu orang, yang kita mahu berubah.
Sumber dari PsychologyToday mengatakan, jika ingin berjaya, jangan sesekali beritahu perancangan kita. Kesan jangka panjang, ia boleh menurunkan motivasi kita untuk berubah.
Buat diam-diam. Tidak perlu war-warkan seantero dunia. Mulakan dengan langkah kecil terlebih dahulu. Jika kita ada beritahu secara ‘public‘ di media sosial, dan selepas beberapa ketika, kita gagal mencapai apa yang kita kata, ia lebih mengguris rasa. Kita akan rasa diri kita ‘useless‘. Sudah tentu, motivasi akan menurun dan kita akan kembali seperti dulu.
Belajar untuk memberi (bukan hanya menerima)
Sedekah. Berikanlah apa yang kita ada, samada harta atau ilmu, sedekahkan pada orang lain. Hidup ini lebih bermakna kalau kita memberi. Jangan hidup meminta-minta.
Bila kita mula memberi, ia akan mendatangkan kepuasan yang tidak boleh digambarkan. Bila memberi, jangan pula war-warkan pada orang lain. Biarlah ia jadi rahsia kita.
Belajar untuk lebih mendengar
Jangan menyampuk. Sebelum ini, sebelum orang lain habiskan percakapan dia, kita tak sabar-sabar mahu menyampuk. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, atau yang masih ber-boyfriend-girlfriend, akan ada momen-momen yang buatkan salah seorang kecil hati. Cuba tahan diri sendiri. Setkan dalam minda, biarkan dia habiskan cakap dia dulu.
Terima kesalahan (jangan tuduh orang lain)
Kita tak perlu nak blame; suami yang salah – isteri yang salah – anak-anak yang salah – kawan sekerja yang salah. Bila kita tuding 1 jari telunjuk kita pada seseorang, 4 lagi akan tuding pada kita.
Kita kena belajar cermin diri sendiri. Belajar terima kesalahan yang kita buat. Jangan ego sangat.
Buang rasa marah jauh-jauh
Sebab apa kena buang jauh-jauh? Ini kerana, bila marah, emosi kita tak terkawal. Mulalah buat perkara yang bukan-bukan. Bila buat keputusan, memang jauh ke laut. Semua ikut perasaan.
Kajian mendapati bahawa orang yang tak pandai meluahkan perasaannya, akan mengalami masalah penghadaman, susah tidur dan mungkin juga sakit jantung.
Ada satu artikel dari Inc, oleh Roya R. Rad, MA, PsyD, yang mencadangkan agar kita tulis perasaan kita. Bila tulis, baru nampak jelas apa sebenarnya yang menggangu diri kita.
Selain itu, dia kaya pergilah bermeditasi. Dalam konteks kita sebagai orang Islam, pergilah solat. Bukankah Islam itu indah dan jalan penyelesaian kepada segala kekusutan?
Berbuat baik selalu (tanpa minta balasan)
Tak perlu duit pun. Susah sangatkah mahu sebut “Terima kasih”. Ini tidak, muka masam mencuka.
Contoh lain, kalau nampak ada makcik terkedek-kedek nak masuk 7-Eleven, peganglah pintu itu. Bukannya susah sangat. Nampak ada sampah kecil, ambil dan tolong buang. Lama-lama akan jadi biasa. Untuk jadikan tabiat (habit), sesuatu perkara itu akan ambil 21 hari. Dan jika mahu jadikan tabiat itu kekal menjadi darah daging kehidupan kita (iaitu jadi lifestyle), cuba buat perkara-perkara baik selama 90 hari.
Dekatkan diri dengan Allah
Kalau sebelum ini hati tidak tenang, cubalah baca Al-Quran. Cubalah berzikir mengingati Allah. Mula-mula, memang tidak rasa apa-apa. Bila kita sudah biasa-biasakan diri, ketenangan itu akan hadir juga. Teruskan berdoa. Percayalah, Islam itu indah.
Akhir sekali...
Kita semua tahu, kita bukanlah jahat mana. Nakal sedikit, itu adalah. Cuma kadang-kadang, rasa bersalah jika asyik buat dosa, buat maksiat, dan buat perkara-perkara yang tidak diredhai Allah.
Berbekalkan dengan doa, kata-kata dan motivasi yang ada, mari kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat.
InsyaAllah ...
Sekian...Happy New Year alls!! 🎉
P/S: Ooooo Anggerik Desa hahahaha...
1 JANUARI 2020 - SELAMAT TAHUN BARU 2020
Wednesday, January 01, 2020
2
Happy new year, Lin
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2020 Kak...
Delete