Rawatan Virus Korona: Malaysia Lengkap Dengan Kemudahan
Memetik satu laporan akhbar, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, “Kementerian telah mengenal pasti 26 buah hospital kerajaan dan hospital pakar yang dapat mengendali, memantau dan merawat kes berkaitan virus korona ini.”
Ia melibatkan semua hospital negeri dan hospital pakar utama dengan unit yang dapat merawat penyakit berjangkit. Kesemua negeri di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu hospital yang boleh memberikan proses pengasingan dan rawatan kepada pesakit.
“Hospital yang disenaraikan ini boleh mengendali kes dan memberikan rawatan virus korona kerana telah memenuhi keperluan dan syarat yang ditetapkan termasuk dalam aspek mengenal pasti, memantau, dan menilai kes yang dilaporkan. Dalam masa yang sama, individu yang disyaki dijangkiti wabak yang turut dikenali sebagai 2019-ncov ini akan diasingkan,” jelas Dr Lee.
Dr Lee memberitahu, langkah-langkah yang diambil ini adalah satu prosedur operasi standard kementerian sebagai pengawasan sekiranya berlaku penularan wabak penyakit berjangkit di Malaysia.
Langkah Tangani Penularan Wabak di Malaysia
Umumnya, terdapat beberapa langkah untuk menangani sebarang kes yang melibatkan penularan wabak berjangkit di Malaysia.
Contohnya seperti kes untuk rawatan virus korona ini, antara langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian kesihatan adalah:
- Individu yang disyaki dijangkiti wabak penyakit berjangkit ini akan diasingkan.
- Kakitangan kesihatan perubatan perlu dilengkapi dengan alat perlindungan khas untuk memastikan mereka tidak dijangkiti.
- Hospital berkenaan perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan prosedur pengesanan dan pemantauan.
Senarai 26 hospital di Malaysia Untuk Rawatan Virus Korona
Berikut adalah senarai 26 buah hospital kerajaan dan hospital pakar yang boleh memberikan rawatan virus korona:
Berikut adalah senarai 26 buah hospital kerajaan dan hospital pakar yang boleh memberikan rawatan virus korona:
Hospital Tengku Fauziah, Kangar, Perlis – 03-9738000
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah – 04-7406233
Hospital Langkawi, Langkawi, Kedah – 04-9663333
Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang – 04-2225333
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak – 05-2085000
Hospital Sungai Buloh, Selangor – 03-61454333
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur – 03-26155555
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan – 06-7623333
Hospital Melaka, Melaka – 03-2892344
Hospital Sultanah Aminah, Johor – 07-2231666
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang – 09-5133333
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu – 09-6212121
Hospital Tumpat, Kelantan – 09-7263000
Hospital Kuala Krai, Kelantan – 09-9666333
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan – 09-7452000
Hospital Labuan, Labuan – 087-423922/ 087-423919
Hospital Queen Elizabeth, Sabah – 088-517555
Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, Sabah – 089-248600
Hospital Tawau, Sabah – 089-983533
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Sabah – 088-522600
Hospital Lahad Datu, Sabah – 089-895111
Hospital Keningau, Sabah – 087-313000
Hospital Umum Kuching, Sarawak – 082-276666
Hospital Miri, Sarawak – 085-420033
Hospital Bintulu, Sarawak – 086-255899
Hospital Sibu, Sarawak – 084-343333
Jika korang mengesyaki diri korang mahupun ada ahli keluarga yang mungkin dijangkiti virus korona ini, pastikan anda melakukan pemeriksaan dengan segera!
Langkah-langkah Melindungi Diri Dari Virus Korona
Sudah pasti mencegah itu lebih baik daripada merawat, bukan? Jadi di sini, disertakan langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan individu sekeliling korang daripada dijangkiti wabak novel Coronavirus.
1. Jaga tahap kebersihan
Pastikan anda mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. Anda disarankan untuk kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau gel pembersih tangan (hand sanitizer).
2. Lawatan tempat berlaku wabak
Sebaiknya, elakkan sebarang lawatan ke kawasan yang berisiko dijangkiti.
Tetapi jika anda tidak dapat mengelak dari pergi ke kawasan atau tempat yang berlaku wabak ini, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan:
Pastikan anda sentiasa membawa bersama penutup muka dan hidung (mask) serta gel pembersih tangan (hand sanitizer)
Sudah pasti mencegah itu lebih baik daripada merawat, bukan? Jadi di sini, disertakan langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan individu sekeliling korang daripada dijangkiti wabak novel Coronavirus.
1. Jaga tahap kebersihan
Pastikan anda mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. Anda disarankan untuk kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau gel pembersih tangan (hand sanitizer).
2. Lawatan tempat berlaku wabak
Sebaiknya, elakkan sebarang lawatan ke kawasan yang berisiko dijangkiti.
Tetapi jika anda tidak dapat mengelak dari pergi ke kawasan atau tempat yang berlaku wabak ini, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan:
Pastikan anda sentiasa membawa bersama penutup muka dan hidung (mask) serta gel pembersih tangan (hand sanitizer)
Hindari daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai sebarang simptom jangkitan seperti:
- Demam
- Selesema
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sesak nafas
- Elakkan daripada melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
- Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak sempurna
Rawatan Perubatan
Pastikan korang mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera sekiranya korang jatuh sakit, yang melibatkan simptom seperti jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas, yang berlaku dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan tersebut.
Selain itu, pastikan korang turut memaklumkan doktor mengenai sejarah percutian korang kepada doktor yang merawat korang.
Mengenai Virus Korona
Mungkin ada di antara korang yang masih tidak memahami mengenai virus korona ini. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai wabak jangkitan ini yang perlu korang tahu:
Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Ia berisiko untuk mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas.
Umumnya, terdapat beberapa jenis virus korona, termasuklah:
- 229E (alpha coronavirus)
- NL63 (alpha coronavirus)
- OC43 (beta coronavirus)
- HKU1 (beta coronavirus)
Walau bagaimanapun, wabak ini dikatakan sebagai sejenis virus korona baharu kerana strain yang dijumpai tidak pernah dikesan pada mana-mana individu.
Virus ini turut dikenali sebagai virus China kerana ia berasal dari China. Virus korona merupakan satu penyakit melibatkan jangkitan paru-paru (pneumonia). Ia mula dikenal pasti dan dilaporkan pada 12 Januari 2020 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Berdasarkan kajian, dipercayai punca sebenar kewujudan virus ini dikatakan berkemungkinan datang daripada ular yang dijual di pasar Wuhan.
Menurut laporan, kebanyakan individu kumpulan pertama yang dijangkiti virus korona ini adalah daripada golongan pekerja dan pelanggan di pasar tersebut.
Ular dikatakan sebagai punca penyebaran virus kerana mempunyai kod-kod protein virus yang sama dengan virus korona ini.
Keputusan ini diperolehi selepas penyelidik daripada Peking University di China membandingkan kod-kod protein virus korona ini dengan kod-kod protein virus korona yang terdapat dalam hos binatang lain seperti burung, ular, landak, marmot dan juga kelawar.
Dipercayai dua jenis ular yang mungkin menjadi punca penularan virus iaitu Chinese krait dan Chinese Cobra, yang menjadi sumber asal virus korona ini.
[Baca Juga] : Apa Itu Novel Coronavirus atau 2019Cov
Kesimpulannya
Wabak virus yang berasal dari Wuhan ini bukanlah satu jangkitan yang boleh dipandang remeh. Jadi sekiranya korang mengalami sebarang simptom virus ini, pastikan korang mendapatkan rawatan virus korona dengan segera.
Oleh Asyikin Md IsaFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
P/S: Penutup mulut pun hampir kesemua kedai/farmasi SOLD OUT.. Jadinya sendiri mau ingat ya!
banyak jugak hospital di sabah dan sarawak yg boleh merawat penyakit corona virus ni ye.. tempat jauh2 kan..
ردحذفYaaa Dilah, sebab hanya hopsital yang ada bilik kuarantin aje rasanya boleh merawat..
حذفtgh wabak virus korona bahaya nihh..
ردحذفYaaa Wak, sangat merisaukan sekarang ni..
حذفmoga kita semua terhindar dari terkene virus ini ye kak...
ردحذفAaamiinn, sentiasa berhati-hati ya Dana ...
حذفMoga semuanya segera berlalu.
ردحذفInsyaAllah, aamiinn ..
حذفtu lerr..sampai habis da mask kat malaysia ni...kena pakai purdah agaknya...hahahah
ردحذفHahahaha apakat Isnin ni kita pakai purdah hahaha..jangan lupa spek hitam sekali sebab mata pun boleh jadi kena virus hahahaha
حذف