ANTARA TEMPAT MENARIK DI NEGERI KELANTAN YANG RAMAI TIDAK TAHU

Sis Lin
10
ANTARA TEMPAT MENARIK DI NEGERI KELANTAN YANG RAMAI TIDAK TAHU | Kalau bab sejarah ni mesti ramai yang tidak gemar dan kurang nak baca dan amik tahu kan? Sis ko tau sangat hahaha. Kadang tu kalau kita update bab sejarah-sejarah ni, pageviews pun seadanya aje, tapi cubalah update tempat makan yang best ke, perghh kemain ramai ek yang view hohoho.

Dan baru-baru ini Sis ke Kelantan atas jemputan pihak Tourism Kelantan bersempena Sambutan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dan juga #VisitKelantan2020, maka tidak sah laa kalau sepanjang FAMmediatrip itu tidak akan ada persinggahan ke tempat-tempat menarik seperti tempat-tempat sejarah lama di negeri Kelantan itu. Cuma kali ini agak berbeza, sebab kesemua tempat yang kami pergi sangat berbeza dan lain dari yang pernah sebelum ni Sis pergi.

Kunjungan ke Kelantan sebelum ini : Antara Tempat Menarik Di Kelantan Yang Mesti Korang Lawati Jika Ke sana 

Okay jom Sis kongsikan serba ringkas antara tempat-tempat menarik di Negeri Kelantan yang telah Sis kunjungi baru-baru ini.



Menara Jam Kedamaian

Menara Jam Kedamaian yang dibina di Taman Bendahara pada Februari 1988 merupakan sumbangan veteran tentera Jepun sebagai memperingati pendaratan pertama tentera Jepun di Pantai Padang Pak Amat, Sabak, KELANTAN pada 8 Disember 1941 ketika Perang Dunia ke 2. Bagaimanapun, pembinaan menara ini dilihat lebih bersifatkan keinsafan terhadap kedamaian dan kebebasan.



Kubu British 

Sebelum pendaratan Tentera Jepun ke Tanah Melayu khususnya di Kelantan, pihak Tentera British telah membina kubu pertahanan pada tahun 1939 hingga tahun 1940 bertujuan sebagai benteng pertahanan semasa peperangan Dunia Kedua yang berlaku pada tahun 1941 hingga 1945 di Tanah Melayu di sepanjang pantai dari Tumpat ke Besut Trengganu .

Mereka juga membina kubu-kubu pertahanan ini di Gong Kedak (sekarang Pangkalan TUDM), Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan sebahagiannya di pesisir Sungai Kelantan. Menurut catatan sejarah terdapat 25 buah kubu telah di kesan di Kelantan dan sebahagiannya musnah telah dibawa hakisan laut.



Muzium Perang 'Bank Kerapu' 

Juga dikenali Memorial Perang Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991, terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Bangunan ini asalnya bank "The Mercantile Bank of India Limited" yang beroperasi pada tahun 1912, ia juga dikenali sebagai Bank Kerapu kerana keadaaan dinding bank tersebut ditampal dengan simen berkerutu dan tidak licin.

Pada tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah Peperangan Dunia Kedua (1941-45). 

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun.



Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan 

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali dengan Masjid Beijing terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Masjid ini mempunyai keunikan dari segi bumbung yang melengkung seperti seakan-akan tokong malah turut mencuri tumpuan menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah .

Masjid Beijing merupakan masjid Niujie di Beijing, China yang berusia lebih daripada 1000 tahun.



Wat Photiviham 

Wat Photivihan atau Wat Yamu, adalah kuil Thailand di Daerah Tumpat, Kelantan, Malaysia. Ia adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini.

Kuil Wat Photivihan terletak kira-kira 15km dari Kota Bharu, ibukota negeri Kelantan. Pembinaan patung 40m ini bermula pada tahun 1973 dan selesai siap pada tahun 1979. Patung Buddha yang berbaring di Wat Photivihan adalah sekitar 7m lebih lama daripada patung Buddha yang berbaring di Wat Chaiyamangkalaram di Pulau Pinang.



Ayu Fashion. 

Jika datang ke Kelantan, jangan lupa singgah ke Ayu Fashion. Di sini korang boleh memilih, menempah, dan membeli BATIK BLOK (cop/tekap) hasil tangan dan buatan 'Pak Ngah' yang ekslusif yang hanya di reka dan di ciptakan SATU untuk SATU design. Pak Ngah telah berkecimpung dalam dunia batik cop ni hampir lebih dari 50 tahun. Rata-rata rakyat Kelantan juga penggiat industri semua mengenali beliau. Dan logo VM2020 dan juga Visit Kelantan juga telah di tempah di sini. 

Harga berbaloi dan boleh bayar menggunakan cash dan juga debit/kredit. 
Ayu Fashion - Lot 1088, Kampung Talak Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan.



Maison Rajarezza 

Massion RajaRezza ini adalah tempat yang berkonsepkan 'fine dining', di mana korang boleh buat majlis keraian atau perjumpaan kawan/family secara tertutup yang mana harga sewaannya berbaloi dengan servis yang diberikan. Juga ianya akan di jadikan tempat persinggahan para pelancong untuk mengenali budaya negeri Kelantan, kerana tempat ini bakal akan di adakan persembahan dikir barat, tarian juga persembahan artis ternama bagi menarik pelancong luar dan dalam negeri. 

Memang sangat cantik hiasan dalamannya. Segala sudut dan ruang di hias dan di penuhi dengan barangan koleksi peribadi Datuk @shahrezza61 itu sendiri.

Untuk tempahan majlis : Call 017 9991777
Alamat: Jalan Telipot, Kota Bharu
Atau waze MAISONRAJAREZZA


So, korang kalau datang ke negeri Kelantan jangan lupa singgah tempat-tempat menarik yang telah Sis kongsikan tu ya. Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat yang lebih menarik lagi, tapi masa tu tak cukup, kena duduk sana seminggu agaknya baru boleh jelajah kesemua tempat hehehehe.

Bukan kata tempat menarik, makanannya pun sedap-sedap belaka, memang kenyang aje kalau datang negeri Kelantan ni. Tak caya? Silalah cuba hohohoho.

Dan terima kasih juga pada pihak Tourism Malaysia, Tourism Kelantan, Tourism Wilayah Selatan dan mereka-mereka yang terlibat sama yang telah membawa kami jelajah satu negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Satu pengalaman yang sukar di lupakan. InsyaAllah akan kembali lagi ke sini satu hari nanti. Tidak mustahil, kan ada Firefly Airlines hehehehe...1 jam 45 minit je dah sampai, kan kan kan...

[Baca Juga] : Pertama Kali Aku Ke Golok Dan Sambut Tahun Baru 2020 Di Sana

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020

Bye...selamat malam..


P/S: Harini masak Mee Bandung aje...alhamdulilah..

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sungguh banyak tempat yang belum tau lagi ni kat Terengganu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi Umi, silalah explore ya..hehehe nanti kongsikan okay..

      Delete
  2. Cik Nor sendiri pun xpernah g kecuali masjid beijing tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, alhamdulilah, dua kali ikuti Tourism Malaysia ke Kelantan, dua kali juga dapat pergi tempat-tempat yang berlainan...

      Delete
  3. dana tak pernah sampai lagi kelantan kak, bila lah nk sampai sini... teringin sangat ke kelantan... banyak makanan sedap-sedap kt situ...

    wat yang buddha baring tu kat kampung kawan opis saya, dia kata ada 1 lagi yang buddha duduk tu pun ramai yang datang tengok tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dana, one day nanti sampailah Dana ke sana...
      Yup betul, yang duduk tu Sis tau gak, tapi yang baring ni je yang ramai tak tau Dana..

      Delete
  4. wowww da siap...kita ada lagi berapa entri ni..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum siap, tainggal Hotel aje dan ada lagi nak update Sunah...

      Delete
  5. Masa pergi kelantan dulu untuk kursus jadi tak sempat nak jalan-jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo nanti bolehlah datang ke Kelantan lagi dan singgah tempat-tempat ni ya...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!