Tempat korang macam mana? Hujan ke tak semalam?
Semalam siangnya Sis keluar sekejap, ada media review di Sugar Bun Johor di Sri Alam bersama Sunah. Masa tu hari dah hujan dah tapi gerimis
Hujan tetap gak turun tak henti-henti.. Tapi rasanya lama gak Johor tak hujan lebat gini. Dah berapa hari panas berdenting kat tempat Sis ni. Sekali kalau dah hujan, haaa kemain lebat, bila panas, merentung panas hahaha.
Bersyukurlah ada hujan dan panas kan..
Dalam pada tengah makan dalam Sugar Bun semalam, sambil nengok hujan di luar tu, teringat dan mengeluh gak sekejap dalam hati. Ermm baru cuci kereta, dah hujan. Nasib gak satu dalam rumah, tapi satu tu kat luar, makanya ermm faham-faham aje la. Tapi nasib hujan lebat, so takde laa kotoran hujan tu melekat teruk kat kereta.
Dan kononnya lepas makan tu, nak bawalah kereta anak yang Sis bawa tu pi cuci, tapi bila dah hujan, ermm terus tak jadilaaa..esok-esok je la cuci. Yerr hujan dia dari siang membawa ke malam kan? Sejuk je rasa semalam. Mula-mula tu, duduklah depan pintu sambil tengok hujan turun, sambil berkata, seronoknya kalau dapat main hujan ni hehehe!
Pastu perut rasa lapar pulak, makanya Sis ko buat lempeng makan dengan asam pedas. Habis 3 keping Sis ko bedal sambil nengok cite hantu Thai hahaha.
Padahal, siangnya dah kenyang makan macam-macam menu baru di Sugar Bun tu. Tapi tu makan tengah hari kan. Korang tau, Sis baru tau yang Sugar Bun tu dah ada menu macam ni tau. Sis ingat dulu dan setahu Sis Sugar Bun ni hanya menu ayam goreng aje macam ayam KFC tu ha. Kesahnya ada macam-macam menu dah selain Laksa Sarawak.
Menu baru apa di Sugar Bun tu nanti Sis post di lain entri ya. Ada banyak lagi set yang korang mesti cuba,. Harga pun berbaloi. Puashati makan dengan harga yang di sediakan. Sabar nanti Sis cerita.
Dan bila dah hujan-hujan, time tu laa teringat segala benda yang ko makan semalamnya kan hahahaha. Termasuk dua ketul pastri ni haaa.. adeii sedap gile ko Croissant Salted Egg di Seven Oaks tu. Mula nampak je macam keras bedengkung, tapi bila baca haa salted egg, terus Sis cuba seketul dan Sunah cuna yang atas tu, entah apa laa namanya.
Sedap! Tu je mampu Sis cakap.. kang ada plak yang cakap 'Sis ko ni batu gan kayu pun kata sedap' hahahahaa...habis dah sedap, kita cakaplah sedap...pebendeee leee ...eeeee..
Sedap tak sedap, pi cuba sendiri laaa...
Okaylah, cukup dulu cerita hujan dan makan pagi ni. Sis ada benda nak buat sikit. Pagi ni mood agak kelaut sikit, tak tau kenapa, terbuku dalam hati rasa ketidakpuasan, pasal apa? ENTAH...so korang jangan memacam dengan Sis, kang ada makan tangan kang..
Okay dah..Bye ..
P/S: Ingat ek.. Sarang tebuan jangan jolok, kang lebam satu muka!
Hahaha kita pun selalu camtu sis..bila cuci kete je ujan akan turun hahahah..btw sedapnya nampak crossaint tu ya Allah..
ردحذفKannnn time tu tak kena, asal cuci je hujan..asal hujan je cuci kereta hahaha
حذفDekat Seremban dari pagi hujan sampai ke petang semalam. Hari ni cuaca nampak okay je. Hahaha.. Suami saya kalau dia lepas basuh kereta lepas tu hujan turun membebel dia. Cakap menyesal cuci kereta.. Hahaha
ردحذفHahahaha sama je ek, mesti bebel sendiri hahahaha
حذفei sedap laaa...sila setuju beramai2~
ردحذفYa ya sila setuju ramai-ramai...tapi apa yang sedap haa?
حذفkira oklah ddk jugak dalam garaj macam umah kita, redho je almaklum takde paking bumbung rumah apartment
ردحذفDulu masa Sis rumah takde garaj pun sama Dana, tak boleh tengok kereta kotor, mesti nak cuci..sampaikan kalau hujan pun pi cuci gak hehehe
حذفuisyhhh bun pun dah ada salted egg dah sekarang. Hujan2 macam tu memang sedap makan bun panas2. Semalam hujan jugak sampai ke petang, nasib tak basuh kereta lagi
ردحذفYaaa sedap sangat bun tu Farhana..sekali koyak bun tu, wowww salted egg dia keluar menjilat jari..
حذفSekarang ni famous kan salted egg ni. Rata rata menu nak cuba masukkan element salted egg dalam makanan tu. Kalau sedap, ok je
ردحذفIyerr benar, sampaikan kerepek pun ada salted egg gak hehehe
حذفRawlins pun basuh kereta hari Selasa sekali Rabu hujan non stop sampai ke malam semalam. So? Gelak je la dengan keadaan kereta.
ردحذفSugarbun asal Sarawak - maka of course I setuju bila Sis kata lazat! Hahaha
Kan kan, tapi takpe, kalau hujan lebat, kereta still bersih, jangan hujan renyai-renyai, kotor kereta jadinya, janji dalam bersih...
حذفYup lazat semuanya !
bestnya hujan. kat belah utara ni dah lama tak hujan.. ♕ Tiara Sapphire ♕
ردحذفOo ye ke? Johor pun lama tak hujan, tapi kelmarin tu laa hujan dari pagi sampai ke malam..
حذفcantik berkilat.. selpas cuci terus hujan .. tabah je la.. tapi kalau belum sempat cuci terus hujan mmg selamatla.. saya pun suka makan di Sugar bun terutama ikan talapia nya..
ردحذفHahaha tabah melihatnya aje...
حذفKann sedap semua set baru Sugar Bun tu kan..
Selalu macam ni juga... tapi kita tak boleh marah, Hujun kan Rahmat kena senyum dan berharap agar kereta kita tak kotor he he he
ردحذفYaa Bonde, hujan tu rahmat..makanya senyap aje laa mulut hehehe
حذفramai yg selalu macam tu. bila tak basuh kereta, tak hujan. bila dah basuh elok2 hujan pulak. haha.btw nampak sedap la gamabr2 dalam artikel kali ni :)
ردحذفKannn, padahal dah seminggu tak cuci, takde hujan pun, tau-tau kita cuci, hujan pun turunn haahahaha
حذفsabar je lah sis. btw johor pun hujan jugak ek sekarang. kat kelantan panas terik. minggu lepas dia hujan 2 hari waktu pagi.
ردحذفYup..Johor kalau hujan, seharian tak stop Madi..kalau panas, panas gile gile hahahhaa
حذفselalu jadi macam ni.. bila rajin g cuci kereta, hujan pun turun.. tue awal2 la rasa mcm tu.. nikmat ALLAH SWT bg hujan selepas lama kita berpanas. Liez tgk dessert tu dah tempting kak.. memang favourite ni
ردحذفYup..hujan rahmat menyejukkan bumi Allah..makanya redha aje laa..
حذفSedap try laa roti tu..
Alamak, sebut pasal cuci kereta baru teringat last cuci taun lepas.. haha, xpe la. pi mai pun memang selalu duk mandi ujan je sebab parking xde bumbung.
ردحذفHahahah engko dah setahun tak cuci kereta ek hahahaha
حذفAlamak nampak perkataan sugar bun tu agak temptingnla...kalau ke johor nak tryla
ردحذفAjomlah ke sini Ayu, nanti roger-roger kita lepak Sugar Bun ya...
حذفHeee... Kat penang ni dah lama xhunan sis... Ada mlm bila ntah tgh2 mlm kul 2 pagi mcm tu hujan.. Tpi kejap je.. Frust sbb kejap sgt... Skrg ni kt utara panas kering sgt2.. Jemur baju 2 jam da kering ranggup
ردحذفSama juga macam kat Johor ni, now dah mula panas balik, haritu je la tu hujan seharian...
حذفKannn... Sakit hati dah oenat cuci ketw pastu hujan tapi tu laaa hikmah dari DIA. Bersenam dalam tak perasan. Kannnn? Tapi... Salted egg bun tu jahat tau! Rasa nak terbang ke JB ni
ردحذفSakit hati dan sakit mata di buatnya Nina, elok-elok dah bersih, ehhhhh kotor balik huhuhu
حذفsugar buns ni blkg umh wak jeew... hehehe
ردحذفHaaa ye ke Wak? Alaa dekatnyaa lahai...
حذفmemng penat..laki mesti ngadu , baru basuh kereta dah hujan..hehehe..wah bestnya tengok makanan dia..
ردحذفHehehee lagi kalau cuci sendiri kan Nad..kalau Sis hantar kedai aje hehehe
حذفHahaha.Ini paling sakit hati.So sis simpan je la kereta tu jangan kasi keluar garaj sbb air hujan lagi kotor sebenarnya.hehehe
ردحذفkerap juga berlaku gitu, tapi chill je lah kan. sedap nampak yang salted egg tu. minat sangat
ردحذف