Namun bagaimanakah kesedaran kita dalam menjaga dan memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik. Nikmat sihat seringkali membuat kita lupa dan leka. Apabila sudah jatuh sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat sihat. Dan betapa mahalnya sakit.
Kenapa kita tidak menjaga kesihatan semasa kita masih sihat dan segar bugar, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubat?
Dan salah satu cara untuk pencegahan adalah dengan berdoa. Selain daripada berusaha, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk mengiringi usaha yang kita lakukan dengan doa dan permintaan kepada Allah S.W.T. Doa juga merupakan senjata yang begitu ampuh bagi seorang mukmin. Bukan saja itu dengan berdoa kepada Allah itu adalah ibadah yang paling Allah sukai.
[Baca Juga] : Kes Influenza (ILI) Semakin Meningkat.
Berikut adalah Doa Menghindari Wabak Penyakit daripada Dato’ Hj. Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.
Bismillahirrahmannirrahim ....
“Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!”
Kita tidak boleh memohon kepada Allah swt untuk menghapuskan wabak dan segala penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah dari segala wabak penyakit tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah maka terimalah kerana Allah Maha Adil.
Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik, kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah telah putuskan. Moga kita semua di lindungi olehNya.
P/S: Ada yang amik remeh bab kes Influenza tu kan, ermmm tak takut ke? Cegah sebelum parah!
amin, moga kita semua terhindar dari masalah influenza ini atau segala penyakit merbahaya lain ya kak
ردحذفAaamiinn, mohon di jauhkan...moga kita di lindungi olehNya..
حذفthanks sharing sis...insyallah..moga kita terhindar dari segala penyakit yang berat
ردحذفInsyaAllah Eda..mudah-mudahan, cegah sebelum parah, aamiinn...
حذفDoa..usaha sepaling maksimum.
ردحذفSituasi sekarang membimbangkan.
Yaaa PC, jangan lokek masa untuk menadah tangan dan duduk lama ketika sujud dan mohon kepadaNya..
حذفsemlm Ijat balik skola, selsema.
ردحذفaida terus mandikan dia. bersihkan hidung dia. terus urut badan dia dgn eo.
risau!
mlm slow kan kipas. sederhana. tak nak selsema or demam.
so far, pagi td ok good. tgk la camne ptg ni.
risau! influenza serius kan now.
Alhamdulilah...ye Aida, kita sehabis baik untuk buat pencegahan kebersihan di rumah mahupun sebelum anak ke sekolah atau berjalan...mudah-mudahan kita dilindungi...
حذفTerima kasih sis lin sebab share doa ni. Memang perlu sgt doa ni memandangkan skrg byk betul penyakit..skrg influenza pulak
ردحذفSama-sama kasih Cik Min...kita tawakkal dan berserah aje laa padaNya..itu yang sehabis baik kita boleh buat...
حذفrisau pulak sekarang banyak penyakit baru muncul, harap la dapat dijauhkan dari bala penyakit ni. amin
ردحذفYaa sangat risau dan takut sebenarnya...kita cegah dan ikuti aje langkang-langkah keselamatannya..
حذفAlhamdulillah satu perkongsian yang sangat berguna sekarang ini kerana Malaysia diserang dengan macam-macam penyakit berjangkit sebelum ni tak ada teruk macam ni tapi sekarang makin banyak sampai ada yang meninggal takut juga kita..
ردحذفBegitulah Maha, satu persatu ujian buat rakyat Malaysia ni...kita berdoa aje bebanyak moga kita semua dilindungi...
حذفTerima kasih atas perkongsian. Betul, risau jugak sekarang ni macam macam penyakit lah yang datang. Harap harap keluarga kita semua dijauhi lah benda benda macam ni
ردحذفKann, bukan main-main ni sampai bawa kematian, tak boleh amik remeh...kena alert..takut sangat...
حذفRisau sekarang dgn influenza, moga kita semua jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar dan terhindar dari wabak penyakit tersebut.
ردحذفThanks for sharing the doa sis lin. Its good utk kita amalkan dan serahkannya pada Allah. Moga semuanya dipermudahkan
InsyaAllah Farah, kita cegah dan amik langkah keselamatan untuk hindar..moga kita semua alert dan dilindungi olehNya..
حذفbetul tu, doa dahulu agar terhindar, kemudian usahalah dan ikhtiarlah. mudah2an Allah selamatkan kita
ردحذفYup..tu aje yang termampu kita buat..kita berserah aje..tapi jangan amik langkah mudah dan remeh..
حذفTerima kasih atas perkongsian sis..sangat2 membantu...
ردحذفAlhamdulilah..sama-sama kasih SA,..
حذفsama2 kita doa semoga ahli keluarga kita selamat dari wabak influenza ni. sesungguhnya doa itu senjata mukmin
ردحذفAaamiinn, itu semestinya Huda, doa doa dan doa ...jangan henti berdoa..
حذفTerima kasih di atas perkongsian ini. Semoga kita sama-sama dihindar dari penyakit watak yang sedang melanda negara kita
ردحذفAlhamdulilah #SisSharing Zarin..moga manfaat buat kita semua...
حذفTerima kasih atas perkongsia ini. Insyaallah akan diamalkan.
ردحذفSama-sama, alhamdulilah...
حذفBru2 ni salah sorg kwn sy dijangkiti h1n1. He's a muslim, i will share this post with him. Also, you are a very kind person :)
ردحذفAlhamdulilah...mudah-mudahan kawan you segera sembuh dan sihat ya Grace..
حذفBelum reda pasal influenza, datang pula wabak nCoV pula. Allah allah.
ردحذفHanya DIA yang Maha Mengetahui di sebalik sesuatu yang terjadi.