Now ada penerbangan terus dari Johor Bahru,Senai ke Kota Bharu,Kelantan dengan penerbangan Firefly Airlines yang telah mula operasi semula sejak Disember 2019 yang lalu. Syarikat penerbangan Firefly telah membuka laluan penerbangan ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu dari Lapangan Terbang Senai,Johor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bahru Kelantan.
[Baca Juga]: Tourism Menyambut Pelancong Di Pintu-Pintu Masuk Utama Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020
FY2348 - Johor Bahru Ke Kota Bharu
Dan alhamdulilah, Sis bersama rakan media yang lain pada 31 Disember 2019, kami semua berkesempatan ke Kelantan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 menaiki Firefly Airlines dari Senai,Johor ke Kota Bharu,Kelantan melalui penerbangan pesawat FY2348 pada jam 9.00am. Ini adalah kali ketiga Sis menaiki pesawat Firefly. Kalau sebelum ni Sis naik dari Subang ke Johor. Dan ini kali dari Johor ke Kelantan, woww!
[Baca Juga] : Pertama Kali Aku Ke Golok Dan Sambut Tahun Baru 2020 Di Sana
Pembukaan laluan penerbangan ini merupakan satu kemudahan yang amat penting bagi rakyat negeri-negeri Johor dan Kelantan kerana ia menyediakan pilihan perjalanan yang jauh lebih singkat berbanding menggunakan kenderaan sendiri atau kemudahan pengangkutan awam yang lain terutamanya kereta api dan bas ekspres yang mengambil masa lebih 12 jam untuk sampai ke Johor Bahru dari Kota Bharu dan sebaliknya.
Kecil, Selesa Dan Selamat
Keselesaannya sama aje seperti ko menaiki pesawat tambang murah tu, cuma ianya lebih kecil, dimana korang boleh nampak tempat seat dia hanya 2-2 sahaja. Juga ada di beri makanan ringan dan juga air sewaktu penerbangan. Cuma pintu masuk dan keluarnya aje di bahagian belakang. Sebab bahagian depannya adalah 'bonet' hahahaha.
Bab keselamatan tetap sama, tapi rasa Sis Firefly ni kan bab aspek keselamatannya memang dia sangat alert, sebabnya Sis dengar, tak putus-putus dia sebut, sila matikan telefon bimbit dan juga di larang merokok, memang berkali-kali dia sebut, dari turun, naik, naik nak turun, tak putus-putus dia sebut, pesawat lain ada gak sebut, tapi sekali tu le masa mention keselatan, tapi Firefly ni berkali-kali dia ulang-ulang, kalau jenis orang tak tau juga dan degil bab keselamatan ni, tak tau nak kata apa. Memang pekak la ko!
[Baca Juga] : Antara Tempat Menarik Di Kelantan Yang Ramai Tidak Tahu
Tambah Jadual Penerbangan
Tapi ingat penerbangannya hanya 3 kali dalam seminggu sahaja. Yaitu seperti yang Sis mention atas tu, hanya hari Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja. Kalau dari Johor penerbangannya jam 9.00am, dan akan sampai Kelantan dalam jam 11.30am, so penerbangan Kelantan ke Johor bermula dalam jam 11.30am. Ianya berulang alik macamtu aje.
Dari reaksi orang ramai, ramai yang menyatakan dan bagi cadangan kepada pihak penerbangan Firefly Airlines, agar menambah lagi waktu dan jadual penerbangan lebih kerap dan minta agar ada penerbangan pada hari Ahad, dan respon yang di terima oleh pihak Firefly Airlines sangat positif, mereka akan pertimbangkan cadangan itu. Harap-harap akan adalah kan lebih banyak jadual penerbangannya.
[Baca Juga] : Makanan Orang Kelantan
FREE 20kg Baggage Allowance
Dan yang bestnya, setiap pembelian tiket Firefly Airlines, korang akan dapat FREE 20kg baggage allowance! Best ke tak best tu? Boleh soping sesuka hati, lebih bayar sendiri hahahaha..
Kehadiran Firefly di laluan ini akan membawa pelancong dari semua lapisan masyarakat untuk mengetahui permata yang belum ditemui di Kota Bharu, yang penuh dengan adat budaya melayu. Laluan rangkaian ini juga membawa banyak peluang kepada orang Kelantan untuk mengetahui yang menarik di Johor Bharu.
Sebagai hala tuju kempen syarikat penerbangan "discovery-see it, hear it, sense it, feel it, touch it, taste it' akan berjalan sepanjang tahun 2020 bagi mengekalkan dan menarik lagi pasaran perniagaan. Ini adalah salah satu langkah dalam tujuan Firefly untuk menjadikan perjalanan lebih mudah di Semenanjung Malaysia dan seterusnya bekerjasama bersama Tourism Malaysia dalam kempen Visit Malaysia 2020.
Dalam pada itu, Firefly juga menawarkan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Subang (Shah Alam), Singapura, dan Pulau Pinang.
Untuk maklumat lanjut tentang laluan-laluan penerbangan ini, sila layari laman sesawang rasmi Firefly, iaitu www.fireflyz.com.my.
Untuk harga juga korang boleh dapatkan dengan harga promo harian atau harga peak hour dengan harga yang sangat berbaloi. Jimat sangat kalau nak di bandingkan dengan drive jejauh ke Kelantan sana kan. Kalau korang datang nak bercuti pun, jangan risau, sampai aje di Lapangan Terbang Suktan Ismail Petra,Kota Bharu, korang boleh menempah kereta sewa atau teksi untuk kemudahan korang di Kelantan. Ada kaunter sewa di sediakan di sana.
Haaa ni tengah ada promo lagi ni, apalagi cepatlah booking!
Grab Millennium Deal and enjoy RM98 One – Way to all our domestic destinations inclusive with a 20KG baggage allowance and refreshments. Set your new year by indulging yourself with a new experience to your dream stops and don’t be afraid to start over again!
Head over to website now to book your tickets by clicking this link http://bit.ly/39nU3pJ or download our Mobile App (Firefly Mobile) on your App Store.
Booking period: 3 Jan 2020 – 12 Jan 2020
Travel period: 3 Jan 2020 – 27 Mar 2020
Facebook : Firefly
Instagram : Fireflyairlines
Terima kasih Tourism Malaysia, Tourism Kelantan, Tourism Wilayah Selatan yang memberi peluang kepada Sis untuk bersama menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia.
Juga terima kasih buat Firefly Airlines yang menerbangkan kami dengan begitu selesa dan selamat.
#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020
Happy holiday korang!! ..
P/S: Puashati kalau luggage 20kg...tak payah ko punggah-punggah hahahah khenn...
salam..
ReplyDeleteseronok kan..
boleh shopping banyak tu. 20kg free luggage..
suka naik ni sebab dia terbang rendah je.. nampak segalanya dari atas.
Waalaikumussalam..
DeleteYaa seronok, cepat dan jimat masa Azian..
Betul sangat, mula masa terbang rendah aje, Sis fikir belum naik atau nak sampai dah, rupanya baru ingat, memang FF ni terbang rendah..
Macam nak pergi balik Miri je tempoh dia. Best jugak ni.. ^^
ReplyDeleteKannn cepat dan jimat masa Aen...
Deletewah dah makin mudah lah orang selatan nak ke pantai timur ^_^
ReplyDeleteYup...tak susah nak fikir mabuk dalam perjalanan jauh dah Umi heheheh
Deleteberapa jam ek beza waktu negeri kelantan dengan negara johor ni? nak susun waktu penerbangan betul2
ReplyDeleteehhhhh 😝😝😝
Hahahaha beza dia tu kena merentas desa dulu Sunah hahahahaha
Deletehari hari boleh maghi kelate gituhh
ReplyDeleteGitu...boleh malan macam-macam kat Kelantan deyyy
Delete