Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.
Ianya bukan hanya di hidangkan 'saja-saja' atau suka-suka' aje, tapi ada maknanya tersendiri di sebalik hidangan Yee Sang itu. Makanya di semua hotel-hotel atau resort ternama, menu yee sang ini adalah menu wajib di persembahkan dalam bentuk set pakej untuk satu family.
Dalam bahasa Cina, perkataan 'yee' bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan 'sang' pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan yee sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.
Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.
Korang pernah makan tak? Atau korang pernah join acara yee sang ni, tapi korang tak boleh nak memakannya? Kenapa? Tak sedap eh hehehe. Yaa ada orang memang tak suka, sebab akan tergigit halia dan saleri jeruk di dalam inti yee sang tu, tapi bagi Sis, okay aje, Sis suka, lagilah kalau di curah sosnya dan di perah limau bebanyak di atasnya, perghh rasanya sedap giler!!
Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup. Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan atau meja.
Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu. Selepas sos dituangkan, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang.
Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee sang itu digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja atau jika nak meriah lagi, ala-ala hipster gituuu, haa buat yee sang terpanjang macam Sis pergi ke Thistle Hotel Johor semalam, punyalaa panjang yee sang dia, pestime makan yee sang gitu hahaha.
Sangat meriah semalam. Mereka yang berkumpul di keliling meja menjerit-jerit perkataan 'lou hei' berkali-kali. Perkataan 'lou' bermaksud menggaul manakala 'hei' pula ialah naik.
Semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan 'lou hei' dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.
Sebab itu kalau korang join, jangan gelak bila dengar orang menjerit-jerit masa mengaul yee sang, itu adalah ucapan dan doa mereka kepada kita semua.
Yee Sang (Mengajukan Ucap Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss)
Masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura sangat biasa dengan istilah Yee Sang yang maksudnya satu upacara makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran. Dan uniknya, Yee Sang ni hanya popular di Malaysia dan Singapura, tetapi bukan di tanah besar China, Hong Kong dan Taiwan.
Menurut Dr Dzulkifli al Bakri, melalui sudut kaca mata Islam, makanan halal lagi baik tidak ada halangannya untuk dimakan. Allah berfirman,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ حَلَٰلٗا طَيِّبٗا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٌ
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.- (Al-Baqarah: 168)
Jadi menurut Tuan Mufti, amalan Yee Sang ini lebih kepada adat dan tak ada sangkut paut dengan masalah aqidah, ia harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ni. Dengan syarat, makanan yang dihidangkan mestilah halal dan tidak dikaitkan dengan permasalahan aqidah sama ada daripada segi ucapan ataupun iktikad (keyakinan) terhadap upacara itu. Begitu juga selama mana tidak ada unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut.
Sempena Tahun Baru Cina ini juga, Thistle Johor Bahru ada membuat pakej set 'Prosperity Buffets' dan juga 'Prosperity Set Menu' mereka bermula 8 Januari sehingga 8 Februari 2020. Yaa ada termasuk set Yee Sang juga.
Untuk tempahan, call +607 222 9234 atau email: salesthistle.johorbahru@thistle.com.my
Dan jangan lupa pada 28 Januari di Lobby Hotel Thistle, ada persembahan 'Lion Dance Perfomance', pada jam 10am hingga 11am. Semua di jemput hadir memeriahkan suasana. Kot mana tau dapat angpow wooo hehehe.
Fecebook : Thistle Johor Bahru
Website : Thistle Johor Bahru
Thank you Thistle Johor Bahru for having us! Happy Chinese New Year!
P/S: Yay! Nak cuti raya...tak sabarnya nak pi bercuti-cuti...yehaaa...
Belum pernah makan lagi jadi tak tau apa rasa. Hehe
ردحذفHeheheh nanti cubalah try Umi..
حذفPanjang Yee Sang yang diorang sediakan tu. Sedap Yee Sang ni. Huda pun sejenis tak lepaskan peluang untuk makan yee sang ni masa raya cina (kalau diorang buat dkat office ni)
ردحذفYaa terpanjang di Johor rasanya Farah..sedap sangat Yee Sang tu haritu..
حذفcuma kadang sayang tengok yee sang yang di gaul beramai-ramai tu tak di makan
ردحذفYaaa Dana sebab bukan makan banyak sangat pun, sebabnya selepas Yee Sang dah ada menu lainnya plak nak makan..hehehehe
حذفsedapnya yee sang! benda yang ditunggu2 kalau tiba musim cny
ردحذفKannn..puas makan Yee Sang tahun ni kann...
حذف