KUARANTIN DIRI SENDIRI DI RUMAH BUAT MASA INI

Sis Lin
12
KUARANTIN DIRI SENDIRI DI RUMAH BUAT MASA INI | Yaa buat masa ni memang Sis banyak masa di rumah, sampaikan diri ini rasa macam ada sesuatu yang tak kena dalam diri. Tapi tak tau kenapa. Sebenarnya ianya bermula dari ketakutan diri sendiri sejak 'alert' atas kejadian yang menimpa kita rakyat Malaysia ni, iaitu kes influenza menular ni.

Sis banyak membaca dan research sana sini, apa sebenarnya influenza ni, bagaimana ia boleh berjangkit, macam mana nak mengelakkan diri dari terkena dan langkah-langkah untuk pencegahan. Makanya paling senang, kita duduk rumah aje la. Sejak itulah, dah hampir seminggu Sis duduk di rumah memerap siang hari.

Kebetulan pula Sis tengah free, takde jemputan event media ke review ke, bukan takde langsung, ada, tapi Sis tolak, memang nak rehat dan kuarantin diri sendiri di rumah buat masa ni. Malam adalah sekali dua Sis keluar pergi kelas aerobik, tu pun semalam Suami dah bising, katanya tak payah pergi dulu, duduk aje rumah dendiam, so kita kena terima teguran laa kan, kita stop dulu le kelas aerobik nampaknnya. 

Takpe, teguran Suami tu sebab dia sayangkan kita, taknak apa-apa jadi. Nak kita sihat, biarlah duduk rumah dulu buat masa ni, banyakkan masa menaip, membaca dan buat kerja rumah, esok-esok dah reda keadaan, kita sambung balik jalan-jalan cari makan hahahaha.

Sarapan pagi kita. Fishball Ikan curah Sos tomato, sedapnya.

Bukannya apa, kalau dah sampai ada kes kematian, ianya satu perkara yang sangat serius bagi Sis. Lagi pulak kalau kita ni memang ada penyakit, lagilah mudah terkena jangkitannya. So better kita kuarantin duduk rumah dulu, jaga diri, jaga kebersihan, insyaAllah moga kita semua dilindungi olehNya. Yang bekerja tu hati-hati ya. Banykkan minum air dan juga pakai penutup mulut ya. 

Sebenarnya benda yang Sis tak suka bila dah duduk rumah aje ni, sebab... asyik keje nak tidur jer ko. Makan memang kurang, biasa tunggu Suami balik baru makan sama-sama, minum pulak yang bagusnya, tak de minum manis-manis, bantai air masak aje, tapi.....  keje nak tidur aje hahaha. 

Kadang lepas aje masak jam 10am atau lepas aje Zuhur, haa siaplah, mulalah mata ni mengantuk dan akan tidur sampai dah nak Asar..adeiii susah betul tau! Sebab nanti malam payah nak tidur, dah macam burung hantu jadinya huhuhu. Tu yang duk laaa terkebil-kebil mata paksa mata tidur. 

Cuba nak elakkan tidur tapi tersengguk-sengguk depan laptop atau time pegang handphone, time tu lee mata akan menutup, lawak kadang bila fikir diri sendiri hahahaha. Memanglah, Suami kata, 'tidur je laa, bukan buat apa pun, janji kerja dah siap semua', yerrr tapi....nanti malam susah nak tidur.

Ermmm ni pun masa menaip, haaa dah menguap molot oii. Masak dah siap, kerja semua dah siap, tinggal nak lipat baju dan gosok baju Suami aje. Ingat sebelum mata nak terlelap ni, nak cuci cadar dan kemas baju dalam almari. Mana tak pakai nak asingkan nak sedekahkan kat orang. Dah mandat beno almari tu. 

So okaylah, sekian dulu update Sis sepanjang seminggu duduk rumah ni haa hahahaha. 
Nanti sambung lagi. Bye.


P/S: Anggerik Desa 'meroyan' dengarnya hahahaha...
Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang kena kuarintin habis-habis ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah..amik langkah keselamatan gitu..

      Delete
  2. semoga baik-baik saja situasi kat malaysia sekarang ni dan dikembalikan kesihatan seperti biasa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn, kita panjatkan doa bebanyak Umi..

      Delete
  3. alahai sis.. mesti bosan sis duk umah sorg2, yg lain keje.. xpela, time ni la sis nak rileks jap kan.. kalau tak bz sokmo.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Dilah, buhsan sangat tu idok le, duk laa update blog dan membaca tapi rindu gan kawanpkawan nak mengopi huhuhu...

      Delete
  4. Mudah2an kita dilindungi daripada wabak yang menular ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn..mudah-mudahan kita dilindungi Wak..

      Delete
  5. Saya sekeluarga dah terjangkit. InsyaaAllah demam selesema biasa. Anak dah sembuh sis n husband masih lalok ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar...jaga diri yaa Nurul..Moga cepat sihatnya...

      Delete
  6. Replies
    1. Yaaa...sila semak, kalau ada sila block hahahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!