MEE BANDUNG PALING SENANG DAN SEDAP

Sis Lin
25
MEE BANDUNG PALING SENANG DAN SEDAP | Cakap paling senang dan sedap, ramai aje yang suka kann, sebab tak menyusahkan nak masak dan membuatnya. Lagi-lagi kalau yang mengejar masa, dapat benda yang senang dan kejadiannya sedap, lagilah suka.

Untuk Mee Bandung Senang Dan Sedap ni, mana lagi kalau semudah  1 2 and 3, pes Mee Bandung Mak Pon. Yaa pes Mee Bandung Mak Pon memang menjadi kegemaran Sis. Bukan saja kata nak membuatnya senang, malah rasanya pun sedap, secukup rasa Mee Bandungnya, tak payah tambah garam. Yaaa tak caya ye cuba..

Sis dah banyak kali beli, buat dan mencuba, makan apatah lagi, berbandung-bandung dalam perut dah hahahaha. Serius memang sedap. Rata-rata kawan Sis kalau datang time Sis masak Mee Bandung pun, semua puji kata sedap, padahal pes aje lor..tapi Sis ko cakap jujur aje, watpe nak menipu oii..

Benda ada senang, buat apa nak susah-susah kan...


Kalau beli satu pek pes Mee Bandung tu, korang boleh makan untuk 6 atau 8 orang sekali hadap. Tapi kalau jenis yang kuat makan dan nak menambah, cukuplah untuk 4 atau 6 orang aje, memang puas makan. Sis kalau masak, untuk tengah hari sampai ke malam makannya. Ulang-ulang makan.

Suami pun suka akan rasanya. Lagi pulak rasanya ada pedas-pedas sikit, so memang secukup rasa Mee Bandung tu, takde laa rasa plain dan tawar aje. Udang kering dalam kuahnya pun terasa..aishhh kecur pulak menaipnya ni haaa...

Tak mahal, satu pek ni RM 10, tak silap dulu hanya RM 7 jer, sekarang dah naik sampai RM 10. Baru-baru ni Sis borong sampai 5 pek, kirim dengan kawan Sis. Tapi takpe beli simpan buat stok, nak makan tinggal lebur jer..

[Baca Juga] : Pes Mee Bandung Mak Pon Paling Mudah Di Masak Dan Sedap


Senang macam mana?

Korang hanya sediakan periuk berisi air, then masukkan satu pek pes Mee Bandung Mak Pon tu, kemudian tunggu mendidih. Kalau korang ada guna udang, korang rebus udang tu, air rebusan tu korang jadikan stok kuah Mee Bandung tu.

Kemudian bila mendidih, kacau-kacau, korang pecahkan laa telur. Kalau korang nak masukkan sekali sayur atau bahan lain, sukahatilaaa, ikutlah memasing. Cuma kalau Sis, Sis asingkan, hanya masak kuahnya aje, bahan-bahan Sis celur dan bila nak makan baru amik. Macam dalam mangkuk tu ha.

Ye laa ada orang suka masuk sekali gus dalam periuk kuah tu. Tapi sebab nak bagi kuah tu tahan lama, so Sis suka asingkan.

Beli mana? Kan dah kata, Sis kirim kawan, kalau di Johor ni Sis tak jumpa lagi jual di mana, tak silap ada sekali terjumpa di tempat Sis beli kerepek di Laman Lapis, Parit Sulung sana, tapi tak taulah ada lagi ke tak? Korang google aje la ek.

[Baca Juga] : Kilang Kerepek Parit Lapis Laman Parit Sulung

Okaylah, nanti sambung lagi...harini nak masak ayam tua masak rendang, kegemaran Suami. Kejap lagi lembutkan dengan Noxxa, then tinggal masakkannya aje. Cepat dan mudah dengan Noxxa hehehe.

Korang masak apa?
OkayBye...


P/S: Tak sabar nak bercuti !!! ...

Post a Comment

25Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ya Allah. nasib baik perut dah kenyang lepas lunch makan laksa jadi kurang bernafsu tengok gambaq. hahaha *alasan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Sis ko masa menaip pun jadi terliur hahahaha..

      Delete
  2. pernah dengar brand ni..tp tak pernah beli. selalu guna brand Maharani ke apa ntah... ada pes asam pedas sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau jumpa trylah beli, puashati...memang rasa mee bandung sebenar...

      Delete
  3. SA suka pes brand Mak Pon...especially pes asam pedas dia..best..nanti nak beli lagi la...nampak sedap sis nyer mee bandung tu ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..Sis plak pes yang lain tak pernah pulak nampak, kalau nampak nak juga try laa..tapi kalau pes soto dia pernah, pun sedap...

      Delete
  4. Setakat ni kalau nak makan mmg beli kat kedai jer tak pernah buat sendiri. Sebab anak2 dan apaknya tak suka pulak me bandung. Mak dia jer suka.. Jadi beli jer la kita. Tapi bila tgk senang nak buat guna pes ni dan sedap pulak tu rasa nak cuba buat jugak laaaa .. tq sis kongsi cerita pes mee bandung ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee sama juga macam Sis Lya sebelum ni, beli aje, tapi sejak dah tersedap makan mee bandung guna pes mak pon ni, tu yang selalu nak makan buat aje sendiri. Senang dan sedap..

      Delete
  5. Lama tak makan mee bandung..kurang gemar tapi tengok kuah dia pekat sedap tu..tak reti nak buat sendiri, selalu kalau nak makn beli jele

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli pes ni Nadia, sekali cuba mesti suka dan gian nak makannya hahahaa

      Delete
  6. Lama tak makan mee bandung sebenarnya. Mengandung ni memang teringin tp tekak nak makan dekat 1 tempat ni. Moga ada rezeki laa. Klu tak tahan sgt, boleh laa beli pes mee bandung mcm sis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kirim gan Kak Seri jer Nur..Sis kirim kawannya..beli bebanyak buat stok, orang datang senang ku lebur jer, janji ada bahan hehehe

      Delete
  7. Sis pun kadang2 masak gunakan pes aje. Senang dn sedap..tambah je sikit2 barang utk menyedapkan..tu pun kalau rajin le..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, nak buat rencah rempah dia bukan senang, kang tak sedap, lagi tak guna, baiklah beli je pes gini...

      Delete
  8. Bagus jugak satu pes tu boleh makan 6 8 orang. Kalau orang datang rumah tiba-tiba, senang ada pes ni. Tak payah masak from scratch kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa boleh makan 6 8 orang sekali hadap, sebab kuahnya pekat juga, sedap dan senang..

      Delete
  9. wah..senang jugak guna pes mee bandung tu. sedap tu..memang nak masak tp sbb bnyk sgt bahan nk guna jadi mls. boleh la cari pes tu nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullcari dan cubalah, sekali cuba mesti nak lagi hehehehe

      Delete
  10. Allahu sis sedapnya makan mee bandung. Bestnla skrg dah ada pes senang nak masak kat umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr mai laa ke Johor, annti Sis masakkan hehehe

      Delete
  11. Wah mudahnya nak masak Mee Rebus... nanti nak cari lah jenama ni nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup senang dan sedap..tu yang penting..kalau nak buats endiri memang tak le jawabnya hahaha

      Delete
  12. sampai sekarang lisa tak reti nak makan mee. makan spagheti reti.. makan mee perut ni terus sakit huhu mngkin sebab kandungan lilin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lor ye ke Lisa? Laksa Johor makan laa ek...mai uma nanti Sis buatkan, kot laa air tangan Sis jadi sedap heheheh

      Delete
  13. suka pakai perencah ni sbb mmg rasa sama je macam mee bandung muar! :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!