PENGARUH IKLAN SUNGGUH! ZAM BURGER LEBIH SEDAP, LEBIH TEBAL, LEBIH JUICY!

Sis Lin
46
PENGARUH IKLAN SUNGGUH! ZAM BURGER LEBIH SEDAP, LEBIH TEBAL, LEBIH JUICY! | Zam Burger Zam Burger, hahahaha adeii sampai dah hafal dia punya ayat iklan tu tau!. Bagi mereka di Johor yang mendengar BestFM 104.10, mesti tau punya iklan Zam Burger ni, berulang-ulang iklan dia di putarkan, habis satu lagu keluar iklan, habis iklan, keluar lagi, tak habis-habis Zam Burger Zam Burger hahahaha.

Dia punya marketing sampaikan Suami Sis terpengaruh dengan iklan dia tu okay! Dia punya pengaruh iklan tu, sampaikan Sis dan Suami pi ke Bandar Baru Uda ke Pasaraya Amad tu mencari Zam Burger, dan akhirnya dapat juga hahahaha.

Yang gelihatinya, ingatkan ke Zam Burger ni kedai burger siap masak, atau warung burger yang menjual burger, so dari dalam kereta Suami cakap, okay ini malam kita makan burger je, Zam Burger Kambing katanya. Okaylah Sis ko iyekan je la.

Dah pasang waze, tapi dah mula fikir, kenapa dia kata ada di jual di Pasaraya Amad ni? Ermm diamkan je lagi, terus je laa terjah. Dah jumpa pasaraya tu, depan pasaraya tu ada le van yang menjual burger, okay Suami turun dan bertanya.

Sekali katanya bukan, sambil tersenyum adik yang jual burger tu. Sis pun try masuk pasaraya tu sebab ternampak banner besar Zam Burger tu...sekali rupanya....dia hanya jual frozen daging burgernya ajer lorrrr hahahahahaha...so ko kena beli kemudian balik masak le sendiri hahahaha adeii lawak!


Suami duk gelak sengih-sengih dia hahahaha, ingatkan burger dah siap masak tinggal makan je, rupa jual frozen hahahaha...sampaikan Suami cakap, iklan bagai nak rak! hahahaha..Sis ko mampu gelak kecil aje sambil dalam hati kata, kesian gak kat Suami yang mengharap beno nak makan Zam Burger tu..

So Sis belilah juga daging burger frozennya tu. Sis beli tiga-tiga sekali, ayam, lembu dan juga kambing. Biar puashati, dah datang jejauhkan, so beli je laa semua yang ada.


Balik rumah terus buatkan Suami, dan makan berjemaah kat rumah aje. Yaa seperti yang iklan dia cakap tu, lebih sedap, yee bolehla sedap boleh tahan, lebih tebal, yee memang tebal, lebih juicy, yang ini memang betul juicy, tak kering, nampak kering, tapi bila makan dia rasa juicy.

Lebih besar, lebih murah dan lebih sedap...kesemua yang dia iklankan tu ternyata benar bagai di kata. Korang jangan bandingkan dengan daging burger Ramly, Ramly tu dah bertapak lama, semua orang kenal dan suka. Tapi harga boleh tahan mahal, tentunya laa sedap dari dulu hingga kini.

Tapi Zam Burger ni baru lagi, baru nak perkenalkan kat korang, so korang kena beli dan cubalah ya. Jangan main kondem jee..Sis ko jenis memang macam ni, tak suka dengar orang cakap, kalau nak puaskan hati, beli dan cuba sendiri.

Sedap itu subjektif hohoho..
Ini bukan iklan berbayar ya..harap maklum..

Okay dah nanti sambung, hari ini Isnin, tentunya laa banyak kerja woo..nanti kita sambung lagi ya..
OkBai..


P/S: Suami siap bawa bekal Zam Burger pi mancing hahahaha..adeii pengaruh iklan sungguh!

إرسال تعليق

46تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. agak-agak kat kl ada tak ek kak burger zam nih, teringin lak lepas nengok akak nyer beger zam nih...

    sebab banyak-banyak daging beger buat masa ni ramly yg ok, jenama lain pernah try tapi memang tak puas hati... zam ni tak pernah jumpa lagi, kalau jumpa tingin jgk nk try...

    ردحذف
    الردود
    1. kalau kat KL macam ada je Dana, cuba google..ni baru je meriah kat Johor sebab masuk iklan Radio tu...

      حذف
  2. tak pernah lagi dengar iklan zam burger ni. Kalau jumpa nanti boleh la try sebab geram dengan perkataan juicy tu. Bukan senang nak jumpa patty yang betul2 juicy.

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laaa, kalau dengar radio BestFM Johor memang asyiklah iklan dia aje Farhana hahaha...daging dia tu memang juicy...

      حذف
  3. hahaha boleh bayangkan macam mana reaksi encik sabar dan puan lin bila da beli dan masuk dalam kereta...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha tau takpe, beriye Suami Sis ko pi mencari sampai ke BBU sana oi hahahaha

      حذف
  4. First time I heard about Sam burger. Yeah, patty looks yummy. Boley try la nanti. Teriam kasih ya krn share your review.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Zam Burger...sekali cuba memang rasa nak lagi, patty dia tebal and juicy Fadima...

      حذف
  5. Hahaha marketing trick dia menjadi ye sebab gigih suami isteri mencari tu. kalau semua Malaysians gini, memang kejap depa jutawan. Hahaha

    Nanti nak cari gak la kat KL nie

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn marketing dia menjadi tau, sampai kami Suami Isteri pi mencarinya hahaha..Nasib baik sedap!..
      Kat KL rasanya ada Rawlins.....cubalah cari...

      حذف
  6. Errrr..ada yer iklan kat tv?sbb jarang tgok tv.bru tau ada jenama ni.tapi mcm payah je nak nampak kat kedai..huhu

    Nak kena survey ni ada mana.boleh try

    Red Linda https://anakperak.com

    ردحذف
    الردود
    1. Iklan di Radio BestFM Johor Linda..kalau di TV takde...
      Nanti try google, macam ada di KL..Perak je tak tau..

      حذف
  7. adoiii.. dah beriya pegi ingatkan boleh terus makan.. hahaha.. nasib baik balik sis terus masak.. xdela kempunan nak makan zam burger malam2.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha tau takpe, ingatkan warung burger siap makan, rupa frozen dagingnya aje Dilah hahahaha hampeh...

      حذف
  8. selalu beli ramly je..wah bagus la. nak kena cari la nanti..sedap plak nampak kalau dpt makan mlam2 ni..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn selalu Ramly burger, ini kali tukar Zamm Burger hehehehe

      حذف
  9. Ok baru 1st time dengaq.. Ada kt johor ja ya... Harap2 meluas pasaran dia nanti.. Boleh cuba kan

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laa tak tau, cuba google laa tengok, rasa macam ada kat KL juga Alia..

      حذف
  10. Wah. Produk bmf yang kena support ni. Daging tebal memang jadi pilihan saya. Dkt tesco semua dh ada jual ke

    ردحذف
    الردود
    1. Betul! Sebab tu sungguh-sungguh nak tery dan beli, then promotekan..sebab sedap memang sedap daging burgernya Zam Burger!

      حذف
  11. Oh ingat ada Ramly Burger je ripanya dah ada Zam Burger...pas ni burger nama perempuan pulak kut...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kannn silap-silap lepas ni Ana Burger hahahahaha

      حذف
  12. Lagi murha dari Ramly burger ye? Okay nanti nak cuba jugak. Saya memang suka bab bab mencuba makanan ni hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, harganya lagi murah, tak silap RM3.50 aje frozen daging burgernya..lupa plak harganya...

      حذف
  13. boleh beli. saya perasan gak ada banyak brand dah burger patties ni. bagus2

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, sesekali kita cuba yang lain pulak kann...

      حذف
  14. Sis dah citer ni kalau Yaya nampak harus beli ni. Nak juga cuba jenama lain. Sebelum ni memang beli brand Ramly je..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha kena beli Yaya, cuba dan rasa sendiri, tapi kenalah masak sendiri, tak nampak pulak orang jual burger guna Zam Burger ni lagi..akan datang mesti ada selalin Ramly...

      حذف
  15. Nampak rupa burger pun mmg mengancam. Isi dia dia padat dan padu juga

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, tebal dan juicy...nampak kering tapi bila gigit makan juicy dagingnya...

      حذف
  16. lama tak dengr radio..hahaa..so baru tau pasal zam burger ni..boleh dicuba ni..tengok isi dia padat dan besar

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe radio BestFM Johor je kat Johor ni haa Nadia, radio lain tak tau laaa ada ke tak...

      حذف
  17. Ya betul, nak tahu sedap ke tidak kena rasa sendiri. Kdg2 citarasa kita berbeza..org ni kata sedap..tp ada yg kata tidak..so better gi beli n makan sendiri

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Hanny kann...sedap itu subjekif, nak tau kena cuba sendiri...

      حذف
  18. terkenang burger frozen aida dok beli dan makan di bangkok last week.
    terus terasa nak cari burger zam frozen ni.
    kena rasa.
    then nilai.
    tak suka, komen membina agar boleh diperbaiki :)

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo Sis gi Bangkok pun tak dapat membeli dan makan burger dia..mesti sedap ek...
      Betul tu, kita kalau dah mencuba, sedap kata sedap, tak sedap kita komen yang membina, jangan tau kondem aje kan...

      حذف
  19. Tak tahu pon jenama ni..nanti kalau jumpa boleh beli & cuba

    ردحذف
    الردود
    1. Yup..baru lagi ni, kalau dengar radio BestFM Johor haaa selalu laa dengar iklannya hahahah

      حذف
  20. first time tau pasal burger ni. bolehlah try nnti. nak kena cari cepat2 ni :)

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe sama Sis laa, sebab duk dengar iklan dalam radio je memanjang hahahaha

      حذف
  21. alkisah hahahaha baca blog sis ni baru fhm erti zammmmmm begerrrrrrr yg tiap ari kua kt best fm tu...adoyaiiiii klaka

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha iyerrr...silalah mencubanya ya hahahaha

      حذف
  22. Asal baca entry je makan...makan dan makan...hahahha...sedap2 belaka makanan2 ni

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha dah asyik makan aje kan Bonda hahahah...

      حذف
  23. Wow!! mmg nampak tebal, juicy dan berisi ni! Nak try try try jugak!

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn nanti trylaaa, puashati gak makan, sedap..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!