Golok atau Kolok memang kalau orang dengar termasuk Sis pun, mesti dikaitkan dengan 'orang jantan nikah di sana senyap-senyap' hahaha, dan Sis sendiri tak boleh nak bayangkan macam mana keadaan di sana. Debar-debar pun ada, fikir gak, adakah selamat jika ke sana dalam keadaan sekarang? Ye laaa takut juga kan..tapi sebab banyak Sis baca dan dengar, alhamdulilah keadaan di sana selamat dan terkawal.
Dari Senai, Johor Sis dan rakan media lain bertolak menaiki Firefly Airlines FY2348 penerbangan terus ke Kota Bharu,Kelantan, ianya hanya amik masa dalam 1 jam 45minit macamtu je, cepat dan pantas!, tak payah nak memandu berejam-rejam nak ke Kelantan, sekarang dah senang, boleh datang Kelantan 3x seminggu, sebab penerbangannya hanya akan ada pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja.
Sampai aje di Kelantan, kami di sambut manis oleh pegawai Tourism di sana, Puan Nor Hayati Abdullah, dan kami terus di bawa makan tengah hari di Royal Guest House Kota Bharu. Dan tentunya menu popular di sini adalah Kengsom. Pertama kali juga Sis merasa masakan Kengsom. Menu Kengsom ini juga di panggil Asam Pedas Siam yang memang terkenal di negara Thailand. Rasanya yang pedas-pedas tu menaikkan selera bagi sesiapa yang suka makan pedas. Sis suka!.
Selesai makan tengah hari, kami semua di bawa melawat tempat-tempat sejarah Kelantan yang boleh di katakan 'Hidden History' dan semakin di lupakan. Pemandu van kami merangkap guide tour kami yang senang di pangging Abang De, begitu lancar dan lincah menerangkan satu per-satu setiap kesan sejarah Kelantan ini yang belum kami tau ataupun memang kami tau, dia tak peduli, dia cakap jee hahahaha. Nanti Sis update di posting lain ya, kang panjang beno plak citenya hahaha.
Dari Kelantan, kami menaiki bas pulak untuk masuk ke Golok,Thailand. Haa jangan lupa pulak ya korang kalau nak ke Golok, sila bawa pasport, kan dah kata Thailand, makanya kenalah cop pasport ya. Takde pasport, tinggallah ko hahahaha. Urusan mengecop pasport pun takde susah mana, korang kena turun dari kenderaan then masuk dalam pejabatnya, amik borang dan isi segala data, kemudian beratur dan prosedurnya sama macam korang nak masuk Singapore tu. Yang penting lebihkan senyuman hehehehe.
Sampainya di Golok,Thailand, untuk malam itu kami di tempatkan di Hotel Genting, Sungai Golok Thailand. Hotel ni tak jauh pun dari pejabat imigresen Thailand tu, kalau tertinggal kenderaan, korang boleh je jalan kaki ke Hotel Genting ni hehehe. Sis bersama roommate Sis, Sunah di tempatkan dalam satu bilik. Punyalah besar bilik, selesa untuk berdua atau bertiga, cuma keadaan dalam hotel ini seperti agak 'lapuk' sikit dan pihak hotel sepatutnya perlu upgradekan sikit untuk lebih keselesaan.
Kami takde masa yang banyak, terpaksa bersiap-siap untuk acara sambutan malam itu. Tema pada malam itu adalah Batik. Makanya kami beriye-iye la memasing pakai batik. Beza waktu Malaysia dan Thailand ni adalah lewat 1 jam, so kadang tu konpius dengan masa di sana hahaha, jadi kelam kabut nak bersiap.
Untuk ke sambutan tahun baru itu, kami semua di arahkan menaiki sejenis kenderaan ala-ala tuk tuk tapi dia besar macam bas hahahaha. Kalau biasa tu tuk-tuk kan kecik ala macam motor, ini besar ko, meriah plak bila dah naik ramai-ramai, di tiup dek angin sepoi-sepoi hahaha. Alhamdulilah juga cuaca pada hari itu redup dan berangin. Tempat acara sambutan tu pun tak jauh gak, hanya berdepan dengan Hotel Genting tu je, cuma kena lintas jalan besar aje.
Sampai di sana, keadaan sangat meriah, ramai warga negara Thailand yang datang untuk sama-sama memeriahkannya. Mana taknya, sebab ada cabutan bertuah. Hadiahnya pulak kemain lumayan, siap ada televisyen 62 inci ko! Nasib dan rezeki kami takde plak pada malam tu, kalau tak, dah kena hangkut bawa naik Firefly hahahaha.
Tetamu VIP pada malam itu Gabenor Narathiwat, Ekkarat Leesen, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin yang turut sama memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 itu.
Sementara menunggu countdown 2020, para pengunjung semua di sajikan dengan persembahan dari artis-artis negara Thailand itu tersendiri dan juga beberapa artis dari Malaysia. Sis ko yang mulanya mata mengantuk hampir terlelap, tapi tiba aje penyanyi Thailand tu buat persembahan, perghhh terbeliak mata Sis, kemain helokkkk engko! Dia punya peminat makk aiii, sampai ada yang naik pentas nak bergambar. Siapa? Entah! Hahahahaha...tapi memang familiar muka dia, nama aje Sis ko tak hafal hehehe.
Waktu di jam tangan sudah menunjukkan jam 12am, wah! Selamat Tahun Baru 2020 MALAYSIA!!! Hahahaha yeee Malaysia dah tahun baru 2020 ko, tapi kami di Thailand masih ada 1 jam lagi untuk countdown hahahahahaha...satu pengalaman yang baru buat Sis ko bila sambut tahun baru di negara orang, lain macam dia punya aura hahahahaha takkan dapat untuk kali ke-19 ni huahuahua..
Welcome the World !
To Visit Truly Asia Malaysia 2020 ❤️.
MALAYSIA WELCOMES YOU.
Let this land of sunshine and warm, friendly people capture your hearts to bring home fond memories of your stay in Malaysia..
Menurut kata En Mohd Aidil Afizie Daud, 'Kempen VM2020 merupakan sebuah agenda yang memerlukan penglibatan semua pihak seperti kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, penggiat industri, badan-badan bukan kerajaan dan rakyat di semua peringkat. Penyelarasan bersama kementerian-kementerian dijalankan secara berkala bagi memastikan kelancaran kempen'.
Tambahnya lagi, 'Dengan kerjasasama bersama negara Thailand ini, sedikit sebanyak ianya akan memberi impak kepada kemasukkan pelancong dari luar negara Kelantan ke Kelantan melalui Thailand. Dan pihak Tourism Malaysia juga bekerjasama bersama syarikat-syarikat penerbangan Malaysia, iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly dan Malindo Air di dalam menjayakan kempen ini melalui 'roadshow' pemasaran digital, 'FAM trips' dan sebagainya'.
Selepas berakhirnya Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 tu, kami semua pun balik. Akan tetapi....Sis, Sunah dan juga Yana, memasing ngadu kelaparan, makanya kami singgah dulu makan Mee Celup di gerai berdekatan dengan Hotel Genting kami. Dapat juga merasa keaslian Mee Celup dari Thailand ni, kemain sedap menghirup kuah Sis ko makan hehehehe.
Habis makan, kami balik ke Hotel dan berehat. Esok nak kena bangun bersiap dan kena gerak awal untuk agenda Sambutan Tahun Baru pulak.
Korang boleh baca sini -> Tourism Malaysia Menyambut Pelancong Di Pintu-Pintu Masuk Utama Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Alhamdulilah untuk masa dan peluang yang di berikan kepada Sis. Terima kasih Tourism Malaysia, Tourism Johor dan juga Tourism Wilayah Selatan atas peluang ini. Juga buat Suami yang mengizinkan Sis keluar rumah 3 hari 2 malam dan turut serta dalam program ini.
Jom kita sama-sama menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 ini dengan memperkenalkan kepada pelancong luar akan budaya, tempat, adat dan juga adab kita di Malaysia, agar mereka lebih mengenali Malaysia dan nama Malaysia sentiasa di hati mereka. InsyaAllah .
#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020
P/S: Bak kata orang, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta', kan kan...cuma kalau dah tau Laki orang, jangan cuba-cuba nak mengenal hahahahaha...
alahai..lewat sejam sis sambut 2020 ye.. haha..tp xpe, pengalaman baru tu sambut kat sg golok..
ReplyDeleteHahahaha iyerr Dilah, duk tengok jam tangan terus kata, ooo Malaysia dah 2020 tapi kami semua lagi tunggu 1 jam hahahaha
Deletesedapnya mee celup tu...tapi lupa amek gambo sebab kelaparan sangat...hahahahah
ReplyDeleteKannn, memang sedap, puas Sis ko hirup kuahnya tu hehehehe
Delete