REZEKI TAHUN BARU CINA. ALHAMDULILAH

Sis Lin
28
ALHAMDULILAH, REZEKI TAHUN BARU CINA | Yayy! Bak kata pepatah, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, makanya bila ada yang memberi, kita terima aja. Walaupun Sis bukanlah menyambut Tahun Baru Cina, tapi sebab darah keturunan Cina tu ada, so bila musim perayaan tahun baru cina gini, sememangnya Sis tumpang bahagia dan gembira sekali.

Lebih-lebih lagi tahun ini Sis aktif sebagai blogger, ke sana sini penuhi jemputan media preview Chinese New Year, puas ko makan Yee Sang! so kemeriahan tu sangat terasa. Ibarat kita tumpang sekaki meraikannya bersama kawan-kawan melayu dan cina, so memang semacam dia punya aura hahahaha.

Tahun ni mungkin juga Sis sekeluarga tak dapat balik beraya collect angpau di rumah PakCik dan MakCik Sis, satu sebabnya, Mak tak berapa sihat, tak larat nak menempuh jem duduk lama-lama dalam kereta tu, di jangka tahun ni lagi melekat jemnya, dan satu lagi, memasing tak cuti lama termasuk juga Suami. Makanya kita bercuti di sini-sini aje tahun baru cina ni.


Korang bercuti kemana? Haa kalau tak kemana, mai laa datang beraya rumah Sis makan limau hahahahaha...tengok limau tu, terus Suami kata, haaa makan bebanyak, kang 'kong kong kong' je yaa..hehehe maksudnya tu, makan banyak kang batuk. Sis memang alah sikit kalau makan lebih dari 3 biji sehari. Kompom batuk-batuk. Kena makan dengan penuh sabar sehari sebiji hahahaha.

Terima kasih kepada yang sudi memberi. Dan terima kasih atas ingatannya. Ni kira yang last le pemberian yang Sis dapat, yang haritu dapat hamper, anak Sis dah bukak, tak sempat nak interframe sekali hahahaha. Gelojoh si anak Sis bila nampak biskut bebanyak dalam tin comel-comel gitu..tengok-tengok dah di bukaknya hamper tu hahahaha.


Tahun ni memang hamper banyak jual biskut cute-cute dalam tin sempena tahun baru cina, sendiri tengok pun geram tapi harga boleh tahan wooo..sebab tu kata rezeki kalau dapat orang beri tu. Jangan ko buat tunggul plak, bukak dan makan ya, kang expired plak hahahaha.

Yaa kalau atuk cina Sis dulu, time cucu-cucunya datang beraya, time tu laa dia bukak hamper, meriah ko berebut semua memasing pilih nak mana. Hahaha kalau tak bukak sapa nak makan katanya. Ermm rindu atuk cina Sis..yaa atuk Cina Sis dah meninggal, yang tinggal PakCik dan MakCik dua orang yang sambut Tahun Baru Cina ni. Satu di Seremban, satu lagi di Yong Peng. Ada enam orang, dua chinese, satu kristian, dan yang lain semua Islam, termasuk Emak Sis.


Cakk..saje kasi interframe sini hahahaha.
Ini antara geng media yang datang event semalam di Thistle Hotel Johor sempena Prosperity Yee Sang Tossing. Kira semalam tu 'last kopek' laa media review sempena tahun baru cina ni.

Dan pertama kalinya Sis makan Yee Sang terpanjang gilerr semalam hahahaha. Meriah sangat semalam sebab duk 'godak' Yee Sang di tengah-tengah lobby, kau ngase? Hahahaha.

Ni nantilah Sis cerita ek. Now nak kemas rumah dan memasak dulu. Hari ni ada potluck di rumah Sis bersama Geng Bas Sekolah Sis. Nanti sambung lagi ya. Kalau takde post tu, Sis ko bizi le tu..

OkBye.


P/S: Tak sabar nak pi bercuti, again..!

Post a Comment

28Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah rezeki tu...nyam nyam..hehehehe..kalau PC mahu tido peluk limau ni..hahahaha.Selamat bercuti Sis.PC tak dapat ke mana-mana pun en suami bertugas..sabar jelah.Walaupun sebenarnya dah rancang macam-macam tapi itulah perancangan Allah tu lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah begitulah PC..orang ikhlas memberi tak kira kaum dan bangsa, kita terima seadaanya...Sis pun cuti sini-sini aje..tak kemana, sebab malas nak ngadap jem..

      Delete
  2. alhamdulillah tahniah, rezeki dikongsi bersama dengan keluarga ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, rezekikan Umi, kita amik aje laaa...

      Delete
  3. bestnya..sama la kita ada kturunan cina jugak. Belah ibu ida. dah arwah popo pun. Dulu pernah jugak sambut raya cina dgn arwah. Tak kenal adik bradik belah popo sebab popo cina singapore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, rezeki kan Nurul..
      Kenangan bila atuk cina masih ada, meriah sambut raya bersama. Now tggl pakcik makcik aje..

      Delete
  4. Alhamdulillah. uuuu you have chinese blood in you. interesting.
    Ray pernah try yee sang yg dekat sushi king tu je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay Ray...meriah kalau masa atuk cina masih ada..tiap-tiap tahun mesti dapat angpow walaupun dah kawin hahahaha
      Sedap tak Yee Sang dia?

      Delete
  5. banyak nya limau.... bestnya kak... orang kata rezeki jangan di tolak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dana, makan kena berhemah, kalau tak batuk leee tak sedar diri hahaha

      Delete
  6. Bulan angpau dan limau ni memang happy. Opis sya pon sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Sam..meriah, kami tumpang gembira...

      Delete
  7. Seronoknya dapat banyak limau! hee yaya alah sikit makan limau mandarin ni nanti lepas makan sakit tekak la demam la adudu tapi teringat-ingat kemanisan limau mandarin ni memang tak boleh stop kalau makan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kalau alah janganlah makan bebanyak, cukup buat jamah-jamah dah le Yaya hehehe

      Delete
  8. Memang murah rezeki betul. Alhamdulillah. Semoga kita teruskan semangat menyambut festive berbilang bangsa dan terus hidup aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..moga kita sesama kita terus aman dan damai..musuh jangan di cari kan...

      Delete
  9. Ya, rezeki jangan di tolak mentah-mentah tambahan pula , musim perayaan kaum cina akan datang tidak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Rezeki apa aja orang beri, amik aja kan...

      Delete
  10. Murah rezeki sis lin..sronok krja dpt bos mcm nie..tiap perayaan msti dpt buah limau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Mama, rezeki orang nak beri, kita terima aje..

      Delete
  11. Dulu masa sebelum kawin, ayah dapatla banyak limay.. Sebb dia berniaga kan.. Sekrg dh tak dpt.. Nak cari limau manis sush.. Bestnya sis dalam ada keturunan cina.. Boleh sambut kan cny ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kadang kalau tak dapat limau, Sis siap beli Nadia..geram nengok...untuk tahun ni takde beli sebab semua orang dah beri hehehe

      Delete
  12. wah. sislin ada darah chinese. more perayaan for u to celebrate, kan.
    great!
    last week, ada ex-ofismet chinese, dtg ofis serah few boxes of limau ni. kami edar la utk semua sesama sikit. nampak meriah bila ada limau kan :) klasik!
    yee sang ni aida tak pernah rasa. bukan tak nak cuba tau. just takde event yg ada benda ni utk aida rasa dan attend :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Aida..Emak Sis berdarah cina keturunannya. Cuma atuk cina Sis dah takde, yang ada tinggal pakcik makcik aje sambut raya cina ni..
      Next kalau ada event CNY, harap-harap Aida berpeluang rasa Yee Sang ya..

      Delete
  13. wowww!!..untungnya!...hahaha...mesti meriah bila dapat habuan mcm ni...kita yg tgk ni pn rasa seronok...

    ReplyDelete
  14. Ehemmm.. ayat last tu dah bagi hint nak bercuti nampaknya. weiii, ke mana tu?? haish bila la nak jenjalan JB ni. teringin gak nak lepak kat rumah sis yang merah mak ngah tu. mana tau ada rezeki dapat makan limau.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha cuti-cuti dalam Malaysia aje, 1 jam dah sampai Dik Bee hahahaha...
      Meh laa sini, sementara langsir merah ni ada, kang dah nak tukar dah hahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!