ROTI JALAN MAKAN DENGAN RENDANG AYAM, MEMANG SEDAP! | Kan sedapkan, mau kalau makan memang berkeping-keping atau bergulung-gulung laaa roti jala di makannya. Kalau macam Sis tu, Sis kirai roti jala then Sis gulungkannya. Ada orang lepas kirai, dia lipatkannya, ikutlah memasing punya cara kan.
Korang masih ingat tak post entri Sis yang anak Sis menjerit 'Macam Mana Nak Potong Ayam Ni Mak?'..haa korang ada baca? Hahahaha tak sangka post tu menjadi rating tinggi pageviewnya, mungkin ramai yang view macam mana nak potong ayam agaknya. Dan kalau korang baca, Sis ada sebut yang ayam tu Sis nak buat Rendang Ayam dan esoknya nak buat Roti Jala, makanya inilah dia kejadiannya.
Rendang yang dah siap di masak malam hari sebelumnya, bila dah di panaskan, bertambah kering dan sedap rasanya. Kena pulak makan bersama dengan roti jala, waduh-waduh, susah nak stop kalau dah makan hahahaha.
Entah yaa, bukan nak puji tapi sebab Suami dan anak Sis pun kata benda yang sama, so mungkin jugalah masa memasak Rendang Ayam ni, mood Sis tengah berbunga-bunga, makanya Rendang Ayam tu jadi sedap pulak ini kali, sampai Suami makan hampir 10 keping, yee Sis ko kira roti jala yang Suami amik masa tu hahahaha.
Memasak ni memang ikut mood dan juga air tangan. Kena mood swing atau bahan tak cukup, jadilah kurang sedapnya atau pun kalau kena masa tu memasak dalam keadaan kelam kabut, memanglah segala rasa dalam masakan tu semua jadi tak betul. Yaaa betul tak? So kalau nak masak kena tenang-tenang dan berzikir bebanyak. InsyaAllah jadi sedaplah masakannya tu.
Resepi tak yah tulis laa, resepi biasa-biasa aje, sama je dengan resepi korang masak, takde lainnya. Bahan utama semua sama jer, termasuk gak kerisik. Ada orang tak letak kerisik, tapi Sis memang letak kerisik ya. TAPI Sis tak letak gula merah, Sis guna gula pasir biasa je gan asam keping. Lain-lain sama jer.
Untuk roti jala pulak, Sis cuma letak tepung, minyak, telur dan garam juga pewarna kuning. Kalau takde pewarna Sis guna rempah kunyit jer. Yaa santan Sis tak letak, memang tak pernah guna santan dalam roti jala. Sis campurkan semua bahan, masuk air, dan adun macam nak buat lepeng tu, kemudian amik blender, blender semuanya sampai halus.
Inagt jangan pekat sangat dan jangan terlalu cair sangat. Pandai-pandailah korang meng-agaknya.
Haa guna acuan 3 lobang tu ha untuk kirai roti jala, lebih senang. Pastikan guna kuali tak melekat ya. Macam Sis tu guna kuali DIY ajer, memang best! Sekali buat je cepat dan tak melekat. Then korang kirailah ikut suka ko. Kirai Sis pun kadang elok, kadang haa sukahati, janji rupa roti jala tu ada hahahaha.
Sis buat sekilo tepung, rendang ayam seekor. Makan seharian, adalah bakinya sikit semangkuk rendang. Puashati makan. Bila tengok anak dan Suami makan berulang-ulang, penat mengirai tu hilang terus. Jadi seronok..nantilah tunggu anak-anak semua balik, Sis nak kirai lagi, tapi nak buat makan dengan kari ayam pulak.
Ha yang tanya semalam nak tengok Nasi Goreng Sotong tu, haa boleh baca post Sis yang ini ya.
[Baca Juga] : Nasi Goreng Sotong Paka
Okaylah cukup dulu untuk harini. Curi-curi update sementara Suami tengah meeting ni. Nanti free sambung lagi cerita ya. Tekak Sis ko dah merindui asam pedas ni huhuhu..aishh tekak Johor betulkan!
Bye..
P/S: Alhamdulilah..terima kasih Suami ku ❤
alahai sedapnya sis... rendang ayam tu pun nampak best.. tp kite lebih suka makan rendang daging dari rendang ayam.. haha.. tetiba rasa nak makan rendang pulak..
ردحذفMaunya tak sedap, makan non stop bergulung-gulung uii Dilah hahahaha
حذفmemang sedap kak, dana tak pernah pun buat roti jala sendiri heheheh... lagi teruk
ردحذفHehehe nanti cubalah, senang je pakai 3 lobang tu Dana..
حذفFuhh sedapnyaa nampak pairing nii. Before ni biasa makan roti jala dgn kari etc kan tapi layan dgn rendang pon mesti sedap jugak kan! Adoii lapar dah tetibe haha 😆
ردحذفKannn...nanti trylah Qeela, kompom makan bergulung-gulung hahahaha
حذفSedapnyaaa sis roti jala dengan rendang tu. Makan rendang dgn nasi panas pun sodapp tu hehe
ردحذفHahaha memanglah sedap kalau makan pepanas rendang dengan nasi Farah, tapi lebih nikmat makan dengan roti jala hehehe
حذفadeh nasib baik bukan jiran kami, kalau tak dah jejak kaki pi rumah. eh? hahahaa
ردحذفHahahaha meh laa kita berjiran Umi hahahaha
حذفYa Allah sedap betul la kak nampaknya roti jala ni. Makan lak rendang ayam!! Adoiii mengundang betul laaaa entry ni haha
ردحذفHahahaha silalah buat dan mengirai yaa Cik Min hahahaha
حذفni kalu minum petang memang sedap, lagi-lagi kalu baru masak memang bertambah la
ردحذفKan, makan dan minum dengan kopiO panas, perghh mengundang kegemukkan gitu hahahaha
حذفAlamak kecur air liur tengok..selalu makan dengan kari tapi.kali ini dengan rendang nmpk menarik
ردحذفSesekali kita kasi tukar Ayu..jom le tumpang sekali serendang sekali hahahaha
حذفmemang tak cukup 10 keping ni
ردحذفYerr Wak, bahaya sungguh makan roti jala dengan rendang ni hahahaha
حذفRoti jala memang favourite saya. Nak nak makan dengan rendang ayam lagi lah. Memang tak pandang kiri kanan dah
ردحذفYes! Samalah kita...kalau jemu makan nasi aje, kita buat roti jala plak Mimie hehehe
حذفdah lama tak makan sejak saya tinggalkan pemakanan tinggi karbo. roti jala is one of my favourite.
ردحذفSesekali bolehlah Rai..selalu tak boleh hehehe
حذفsedapnya alahai. rasa macam nak buat sekarang je :)
ردحذفYaa silalah buat beserta rendang ayamnya hehehe
حذفAduh2 sedapnyaaaa berselera tengok!
ردحذف( eh bukan puji, tapi hakikat la sis lin, kalau kita masak sedap, xpe, cakap je sedap! saya pun begitu! ;) )
Yaaa begitulah..Sis kalau sedap kata sedap, tak kira masak sendiri ke atau orang lain punya...ikhlas kann...
حذفMemang gabungan yang sepadan bila roti jala dimakan dengan rendang. Sis juga suka rotijala dicicah dengan kuah durian.
ردحذفArghhhh itu lagi sedap, cecah dengan serawa durian arghh sedapnyaa...
حذفYa ampunnn sedapnya. Tak pernah cuba lagi makan roti jala dengan rendang tapi rendang memang favourite Marina
ردحذفHehehe nanti boleh cuba Marina, mesti suka hehehe
حذفperghhh mengancammm rendang ayam tu! bila la nak menjala sendiri ni...ade gak menjala kat kedai ni kang
ردحذفHahaha kat kedai pun susah nak cari roti jalannya Sunah..jom laaa nanti kita menjala kat rumah Sis ya..
حذفSis... tolong sisssss... tolong post ke KL ye. Terliur la tengok ko punya roti jala dgn rendang ayam tu.. Haish, bila la dapat rasa tu.. hikhik
ردحذفHahahaha jom laaa ke Johor, nanti Sis jalakan ko beserta rendangnya sekali Dik Bee
حذفSedapnyaaaaa... favourita de amour ni... roti jala sedap... rendang ayam pun sedap... nakkkk jugak la camni... hehehehe... terus terliur ni sis... balik KL nanti nak masak rendang ayam lah sempena CNY...
ردحذفHehehehe kalau dah terliur kena laa buat yaa De heheheh
حذف