SETELAH SETAHUN MENINGGALKAN RUMAH | Bunyi macam serius benokan, padahal setahun tu dalam masa 1 malam aje hahahaha. Tak faham juga? Yerr pada 31/12.2019 Sis telah mengikuti program Majlis Sambutan Visit Malaysia 2020 di Kompleks ICQS Rantau Panjang Kelantan anjuran Tourism Malaysia pada awal tahun baru 1/1/2020, dan telah bermalam di Golok (Kolok) Thailand pada malam ambang tahun baru tu dan menyambut tahun baru (countdown) di sana.
Dan semalam 2/1/2020 barulah Sis pulang ke Johor, makanya setahun sudah meninggalkan rumah hahahaha. Keluar rumah 2019, balik rumah 2020, tak ke dah setahun tu hahahaha.
Apa-apa pun selamat tahun baru korang! Maaf jika tiga empat hari ni agak senyap dan tidak berbalas komen dan blog walking, memang agak sibuk sikit lately ni. Nanti dah free sikit Sis blogwalking dan balas komen korang ya. Ini pun Sis curi masa lepas balik dari hospital KPJ Abu Samad bawa Suami checkup medical dia. Alhamdulilah, semuanya baik-baik aja.
Ramai tanya pasal Sis ke kelantan naik Firefly tu, nanti Sis cerita sepenuhnya, cuma ni nak bagitau serba ringkas dulu. Yaa Sis ke Kelantan naik Firefly penerbangan lokasi terbaru direct terus ke Kelantan dari Johor Bahru,Senai Airport.
Sangat cepat ko! Dalam masa 1 jam 45minit dah sampai Kelantan, cuba ko bawa kereta, mau-mau 12jam pemanduan kan? Tetapi penerbangannya tidak tiap-tiap hari ya, hanya ada tiga kali seminggu aja, iaitu pada tiap hari Selasa, Khamis dan juga Sabtu sahaja.
Harga? Ikutlah promo, kalau takde promo kebiasaannya tidak sampai pun seratus ringgit dengarnya untuk sehala. Kira okaylah tu kalau kira kasar pergi balik hanya tidak lebih dari dua ratus, daripada nak drive sendiri makan masa berejam-rejam kan..kematu uii duduk..
Okaylah tu...dalam flight pun dapat makanan dan juga minuman, tak le kekeringan ko dalam flight tu hahaha. Ehh tercerita banyak pulak...dah dah, nanti sambung lagi ya..nanti Sis buat posting khas mengenai Firefly ni okay! Stay tuned...
Sis nak gorengkan anak nasi goreng, sebabnya malam ni Sis ada dinner dengan Suami hehehehe.
Okay, bye, nanti sambung lagi ya..
P/S: Pejam celik dan 3/1/2020...cepatnya masa berlalu!!..
SETELAH SETAHUN MENINGGALKAN RUMAH
الجمعة, يناير 03, 2020
6
selamat tahun baru sis,betul2 sungguh cepat masa berlalu..hehehe
ردحذفSelamat tahun baru Nuna...kannn masa begitu pantas!
حذفSaya belum berkesempatan nak dapat naik flight. Huhu
ردحذفInsyaAllah satu hari nanti ada rezekinya, kot nanti naik flight pergi Umrah/Haji...
حذفSetahun kaw tak balik rumah..hehehe.. Selamat tahun baru 2020.
ردحذفHahahaha..gitewww...selamat tahun baru 2020 Leya..
حذف