STADIUM BARU JDT DI NUSAJAYA - A REFLECTION OF JDT | Projek pembinaan stadium baru pasukan Johor Darul Ta'zim di Nusajaya telah dimulakan mulai bulan November 2015. Stadium tersebut yang dibina di tapak tanah seluas 50 ekar di Kota Iskandar, Nusajaya merupakan tanah yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk pembangunan sukan bola sepak.
Projek yang mengambil masa tiga tahun tersebut bakal menampilkan sebuah lagi stadium yang mempunyai pelbagai kemudahan terkini termasuk taman tema, 'football golf' untuk kanak-kanak, restoran, pusat membeli-belah, kedai jualan barangan JDT dan lain-lain lagi serta mempunyai kapasiti 45,000 tempat duduk.
Menurut Tunku Ismail (TMJ), hanya 14.2 hektar akan digunakan untuk membangunkan stadium manakala baki selebihnya untuk memajukan Bandar Sukan JDT merangkumi hotel, apartment, pusat membeli-belah, padang sukan rugbi, gelanggang tenis dan lain-lain.
Fasiliti itu juga akan menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta pejabat Southern Tigers Sdn Bhd
Pembinaan stadium baharu dan Bandar Sukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menelan kos antara RM180 juta hingga RM200 juta.
Setakat ini, pembinaannya sedang berjalan dengan baik dan syarikat Forest City merupakan penaja terbesar dan merekalah yang membina stadium tersebut,
Apabila siap nanti, stadium itu yang dinamakan sebagai Stadium Sultan Ibrahim Larkin, akan digunakan oleh pasukan JDT untuk berlatih, manakala stadium lama di Larkin untuk pasukan JDT 2.
Gambar kredit dari twitter TMJ
JDT ada 3 lagi projek yang masih belum dilaksanakan.
Secara asasnya, 3 projek tersebut adalah, Pusat Perubatan atau Recovery Center, Kedua adalah JDT Hotel dan Ketiga Pusat Latihan.
Kemudahan JDT Hotel ini menurut TMJ boleh digunakan oleh pasukan lawan yang bertandang ke Johor selain akan digunakan oleh para pemain JDT sendiri sehari sebelum perlawanan berlangsung.
Mengenai Pusat Perubatan atau Recovery Center, TMJ menjelaskan bahawa JDT kini sudah pun memiliki kepakaran dan kelengkapan, namun TMJ sendiri mahu melihat JDT memiliki satu bangunan khas untuk pusat perubatan di masa depan.
Kemudian yang ketiga adalah Pusat Latihan. Pusat latihan yang baru dan besar bagi semua pasukan JDT dalam satu kawasan.
Menurut TMJ, "Ini adalah 3 projek yang masih belum dilaksanakan, tidak akan disiapkan dalam masa terdekat kerana tahun ini kita akan (siapkan) stadium dulu dan pusat perubatan, dan saya harap selepas itu pusat latihan dan juga hotel".
Luaskan Kuasamu Johor!
Sumber : Copy sana sini.
P/S: Terpegun nengok gambar Stadium tu, belum lagi masuk dan tengok depan-depan, perghh terbaekk!