APA ITU FARAID DAN BAGAIMANA PENGIRAAN FARAID DI BUAT? | Sejak dua tiga hari ini, isu faraid (pembahagian harta) menjadi satu isu yang perlu semua amik tau. Walaupun sebelum ini semua amik tak kisah aja. Yerr semua taknak amik tau, tapi bila dah jadi isu kes berbangkit, haa baru semua nak tau apa itu Faraid.
Malam tadi sempat juga berborak mengenai isu ni dengan Suami, sampai memasing nak menangis di buatnya. Kita tak tau apa akan jadi jika kita meninggal atau tiba-tiba kita meninggal. Jadi bab ini kita kena amik berat sebab kita pergi meninggalkan waris. Jangan sampai bila kita dah mati bertahun-tahun pun benda ni tak sudah-sudah orang perkatakan, Allahuakbar.
Sis bab faraid ni memang nak kata tau sangat tu tidak, tapi faham, sebab dah mengalami situasi begini ketika arwah Abah Sis meninggal dan juga satu lagi kes berada dalam situasi di mana membantu urusan Suaminya Adik Sis meninggal tahun lepas. So bab faraid ni memang kita kena amik tau, sebab melibatkan semua pihak.
Kita di Malaysia ni ada badan/pihak yang bertanggungjawab yang lebih arif yang boleh kita pergi dan uruskan selain ahli keluarga. Bertanya dahulu pendapat mereka dan seterusnya baru bertindak. Bukan kita terus bertindak, tanpa memikirkan hati si waris. Itu yang sampai boleh terbuka aib sesaorang. Yang tau cerita, terus menghukum. AstaghfiruAllah..
Sis nak komen pepanjang malas. Takut nanti berbalik pada diri sendiri. Kita doakan moga ianya cepat selesai dan dipermudahkan dan kita jadikan tauladan dan amik ikhtibar dari kes sebegini. Tapi sebelum tu, jom kita belajar dan baca juga faham serba sedikit apa itu faraid.
Apa Itu Faraid?
Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dan lain-lain) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:
- Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang dan lain-lain)
- Barang kemas (emas, perak dan lain-lain)
- Insurans, saham, bon, wang tunai, dan lain-lain (sama ada dilabur atau tidak)
- Tanah, kebun, ladang dan lain-lain
- Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain
Beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta adik-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik lelaki
Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan. Maka, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid.
Pengiraan asas pembahagian faraid ada dinyatakan dalam al-Quran, iaitu ayat 11 dan 12 surah an-Nisa’.
Mari kita renungi dahulu firman Allah S.W.T dalam ayat 11, surah an-Nisa’:
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.
Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Jika korang sayangkan insan-insan yang korang sayang setelah korang meninggal, dan ingin mereka hidup dengan tenang dan cukup seadaanya setelah kematian korang, makanya 'Sudahkah korang buat HIBAH?' ..
Apa Itu Hibah?
[Baca Sini] : Apa Itu Hibah Dan Apa Kelebihannya Membuat Hibah?
Sekian perkongsian dari Sis yang Sis copy sana sini dari carian Google dan Sis satukan di posting ini. Moga ianya bermanfaat buat Sis dan juga kita semua.
#SisSharing #KitaBaikOrangSayang
P/S: Moga warisnya arwah Abam Bocey terus kuat hadapi ujian dari Allah.. #AlFatehah
good sharing sis..
ردحذفMoga manfaat buat semua..
حذفtk kongsi ilmu
ردحذفSama-sama kita ceduk ilmu Wak..
حذفalhamdulillah.. saya mudah faham penjelasan dari sis.. hee~
ردحذفAlhamdulilah...sama-sama kita manfaatkannya..
حذفtak berapa faham sebenarnya pembahagian tu, kena buat secara teknikal tunjuk depan2 dalam bentuk fizikal..macam gini la engineer punya kepala...hahaha!
ردحذفtapi serius bila baca benda2 ni, terus terkenangkan arwah...rasa sedih sebab semuanya berlaku secara mengejut...kematian menjemput tanpa mengira kita bersedia atau tidak...huhu
Yer Sunah, sebetulnya kalau baca dan tak pernahnya alami, semua orang xfaham..sebab semua hanya menunggu dapat...kena betul terjadi baru faham kan..
حذفSedih sangat kes ni, hinggakan kebaikan arwah dah tenggelam dek cite panas macam ni..