BALIK BERCUTI DISERANG DEMAM BATUK DAN SELSEMA

Sis Lin
38
BALIK BERCUTI DISERANG DEMAM BATUK DAN SELSEMA | Uhuk uhuk..masa post ni update, keadaan Sis masih tidak sihat, tapi gigih gak bukak laptop dan update barang satu post. Rasa lama sangat tak update sebelum pergi bercuti haritu. Ikutkan biasanya balik bercuti Sis akan update blog seperti biasa, tapi kali ni keadaan kesihatan betul-betul tak mengizinkan.

Yaa balik dari bercuti haritu, Sis diserang demam batuk dan selsema. Sebelum sampai Malaysia lagi Sis dah sakit tekak dan batuk-batuk, kemudian hidung berair. Masih lagi bertahan. Sampai Malaysia, sementara menunggu flight balik ke Johor, Sis melanguk hampir 3 jam di lapangan terbang KLIA2, dan ketika itu laa batuk dan selsema makin menjadi-jadi.

Nasib baik juga dah siap sedia penutup mulut, so memang Sis pakai tak buka-buka penutup mulutnya tu kecuali makan. Dan kalau nak tau, sewaktu berasa di airport tu, perasaan gemuruh, takut dan bimbang bermain di fikiran Sis, gelisah duduk bangun aje kerjanya. Rasa serba tak kena semuanya.

Sebabnya, sana sini toleh kanan kiri, depan belakang, boleh di katakan semuanya batuk-batuk dan selsema, dan paling membimbangkan, yang sakit tu kan, rupa paras semua cina, oh! terus mindset Sis ni fikir orang cina dari Wuhan aje..yaa serius cakap! Sangat takut. Mereka pun pandang-pandang Sis aje. Yang geramnya, mereka batuk bersin tak pakai penutup mulut.

Kalau ada yang nampak Sis ketika di airport mesti perasan, hampir 3 kali Sis beralih tempat duduk. Sampailah dapat masuk tempat menunggu boarding, Sis duduk paling depan!. Dan alhamdulilah juga, bila dah masuk dalam kapal terbang nak berlepas, woww kosong takde orang, hanya ada beberapa orang aje, rasanya tak sampai pun 20 orang, so lega sikit. Risau takut full dan tak tau dari mana datangnya.

Bukannya apa, kita tengah dalam keadaan berjaga-jaga, so memang kalau nampak benda atau orang yang berkaitan dengan virus Corona ni, memanglah kita jadi ketakutan. So better kita was-was dari kita konpiden sangat ya!!..

Now keadaan Sis pagi ni agak nampak teruk sikit, batuk menjadi-jadi sampai termuntah-muntah. Sekejap lagi nak ke KPJ aje buat checkup dan rawatan, harap semuanya baik-baik ajalah.


Punca batuk selsema demam ni, mungkin di sebabkan faktor keadaan cuaca di Lake Toba tu, yaa sejuk sangat! Kemudian minumannya, sampai aje sana sewaktu makan nasi, hampir 3 gelas gak Sis minum air kosong di kedai tu, kemudian bila sampai hotel, bukak pili sinki, nampak airnya kuning, so bila dah batuk, terus fikir, mungkin air minumannya pun tak bersih dan kotor. Sebab tu Sis batuk-batuk.

Dan lagi satu Sis ko ni pengila kopi. Kopi kat sana semuanya pakai serbuk, sekali minum tersedak-sedak Sis ko dek serbuk kopiO tu..hahahaha tu pun minum lagi dan lagi...

Tapi takpelah, fikir positif aje, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. InsyaAllah semuanya baik-baik aja. Korang doakan kesihatan Sis ya.

Okaylah nanti sambung lagi, nak kemas dan kejap lagi nak bersiap nak pergi hospital. Harap takde yang serius sangat.

Bye.


P/S: 9/2/2020 (semalam) ...alhamdulilah Allah permudahkan semua urusan..syukur!

Post a Comment

38Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga semuanya baik-baik aja sis. Semoga cepat diberikan kesembuhan. ^^

    ReplyDelete
  2. GWS kak, dana pun baru nak baik batuk-batuk nih... cuaca sekarang ni panas tak menentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa di Johor ni pun kejap hujan kejap panas...tapi masa di Lake Tiba tu sejuk sangat...

      Delete
  3. Semoga cepat sembuh... nasib baik lak tak kena tahan masa screening kat airport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, risau masa tu, tapi masa balik tu tak demam...

      Delete
  4. semoga cepat sembuh. actually bukan setakat virus skrgje..memang kita kena selalu alert..sbb mcm2 jenis pnyakit boleh dtg kalau ada dlm suasana crowded kalau pergi bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sebab rasa berada di tengah croeded tu le rasa takut bila sakit ni...alhamdulilah dah berkurang dah ni...

      Delete
  5. Moga semuanya dipermudahkan buat Sis Lin. Perubahan cuaca dan mungkin juga sebab makanan dan minuman kot. Jangan tak makan ubat tau

    ReplyDelete
  6. Get well soon 😘 take care and stay safe to you and your family 💕💕

    ReplyDelete
  7. Jaga kesihatan sis. Sekarang demam n selsema sikit2 pun kena gi dapatkan rawatan sebab kita tak tau kan. Apa pun moga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat...dah gi klinik dah, alhamdulilah baik-baik aja ni, makan ubat je ni non stop...

      Delete
  8. jaga kesihatan sis, semoga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  9. Oh dear....... sorry for your condition. I hope you are ok and there is nothing serious. Pls take care ya. Kalo x dek urusan di luar jangan luar rumah ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni rehat di rumah aje ni haa...thanks Fadima..

      Delete
  10. neves pulak huda nak travel bawa anak-anak kecik tak lama lagi. nak cancel semua arrangement travel agent dah buat. walau travel dalam malaysia bukan g oversea pun, still kena g airport kat kl tu kan, haish.. semoga sis lin cepat sembuh yer. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa HUda, amik segala langkah berjaga-jaga ya..mudah-mudahan semuanya baik-baik aja..

      Delete
  11. Sis rajin jalan2 cari makan sangat kot ni. Meh share dgn saya pulak 😅. Hope you going well soon

    ReplyDelete
  12. insya Allah. semuanya akan baik-baik. mohon kepadaNya diberi kesembuhan dan kesihatan semula.

    ReplyDelete
  13. Semoga diberi kesihatan yg baik. Sekarang ni memang kena jaga kesihatan tu elok2. Saya pun skrg ni banyak pakai mask kalau nk keluar dri rumah & banyak minum air putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa nak keluar rumah sekarang kena berhati-hati ya...jaga diri semua...

      Delete
  14. awa pun baru lepas baik dari demam selesema.. batuk paling lambat nak baik. ni dh start musim hujan balik.. harap2 tak demam semulalah.. take care utk sis juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Awa. ni batuk seksa betul sampai terkencing-kencing...

      Delete
  15. Bella pun selsema dan batuk. Semoga cepat sembuh dan kn sentiasa pakai mask sekarang. Dah ada news virus tu tersebar melalui udara kan. Bahaya sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sekarang semakin menakutkan kan Bella..kalau takde urusan, duduk aje rumah dendiam...

      Delete
  16. huda pun dah start selsema ni. take care sis, moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  17. Semoga cepat sembuh sis. saya pula jenis kalau nak travel mesti tak sedap badan. n satu tip saya kalau jadi benda tu saya kena ambik eno dan minum. Insyaallah sebelum fly mesti badan akan rasa ok. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa pulak, agak bahaya tu Madi..lagi pulak sekarang tengah musim, jaga diri tau Madi..

      Delete
  18. allahuakhbar.. isnyallah semua baik2 saja. kena rehat and minum air banyak2 k..
    semoga cepat sembuh =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!