BOLEH KE VIRUS CORONA MEREBAK MELALUI BARANG IMPORT ORDER ONLINE?

Sis Lin
6
BOLEH KE VIRUS CORONA MEREBAK MELALUI BARANG IMPORT ORDER ONLINE? | Wabak virus korona baharu yang telah menular di seluruh dunia sekarang ini bukan sahaja mewujudkan kebimbangan tentang apa tanda tanda virus korona yang harus diperhati, malah muncul juga persoalan adakah ia hanya merebak di kalangan pelancong, atau juga pada mereka yang suka membeli-belah online.

Jika saya beli barang elektronik atau produk lain dari China, adakah saya boleh mendapat jangkitan virus corona baharu?

Sebagai pengguna, menjadi satu kebimbangan perihal risiko penyebaran jangkitan virus korona baharu ini. Terlalu banyak perkara yang masih lagi satu misteri, hingga membuatkan pengguna makin keliru.


Cara penyebaran virus korona baharu

Ingin tahu jika virus korona baharu boleh tersebar melalui barang yang ditempah dari China atau tidak?

Korang perlu fahami dulu cara penyebaran virus tersebut. Oleh sebab maklumat virus korona baharu ini tidak banyak, ia menimbulkan banyak spekulasi berkaitan cara penyebarannya.

Virus korona baharu mempunyai struktur dan penyebaran yang lebih kurang sama dengan virus korona lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV.

Ia boleh tersebar melalui titisan udara (bersin dan batuk), dan sentuhan dengan individu berjangkit tinja atau fomit (objek yang tercemar oleh kuman berjangkit).

Individu akan mudah dijangkiti jika tidak memakai alat perlindungan seperti topeng muka. Tapi setakat ini, kebanyakan mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut telah dikuarantinkan bagi mengelakkan penyebaran.

Boleh dapat jangkitan ke dari barangan import?

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan risiko penyebaran virus jika korang membeli barangan dari Taobao, salah satu syarikat perniagaan yang terkenal di China.

Jika dilihat pada virus corona yang lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV, tempoh hayat virus ini untuk berada di luar badan hanyalah beberapa jam. Sementara itu, barangan yang ditempah dari China kebiasaannya sampai ke Malaysia dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.

Jika virus SARS-CoV adalah contoh, virus ini hanya boleh hidup di luar badan dalam tempoh beberapa jam, dan maksimum 4 hari. Seperti kebanyakan mikroorganisma, virus ini memerlukan persekitaran yang lembap dan basah untuk hidup lebih lama.

Jika individu yang membungkuskan produk untuk dihantar ke destinasi anda bersin sekalipun, risiko untuk korang mendapat jangkitan adalah sangat rendah.


Tiada kes virus corona berpunca daripada barangan import

Urusan beli-belah online amat popular kini dan China merupakan antara pembekal barangan online terbesar di dunia.

Mereka bukan sahaja menjalankan urusan eksport bagi barangan peribadi yang dibeli oleh individu, malah produk berskala besar yang melibatkan urusan jual beli negara.

Setakat ini, tiada laporan rasmi dari badan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan mereka yang membeli barangan dari China berisiko untuk mendapat jangkitan.

Setiap kes positif luar dari China yang dilaporkan adalah sama ada mereka mempunyai sejarah pelancongan ke Wuhan dan daerah berdekatan, atau bersentuhan secara langsung dengan individu yang berjangkit.

Masih tiada lagi rekod jangkitan disebabkan oleh barangan online yang dibeli daripada China. Malah, pihak berkuasa China telah mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan jadual penghantaran dan membuat pembasmian kuman sebanyak dua kali bagi memastikan barangan tersebut betul-betul bebas daripada virus korona.

Kesimpulannya

Jangan terpedaya dengan maklumat tidak berasas yang disebarkan melalui media sosial berkenaan cara penyebaran virus corona. Produk yang akan dieksport keluar dari China terutamanya Wuhan akan melalui proses pembasmian kuman sebanyak dua kali.

Jika tiada proses tersebut sekalipun, kebarangkalian untuk anda mendapat jangkitan rendah. Ini berikutan  persekitaran luar badan manusia bukanlah habitat ideal buat virus korona.

Oleh Mohammad Nazri ZulkafliFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor


P/S: Sis ada satu kotak barang tu dari Taiwan, sampai sekarang tak bukak lagi hahahaha..takut! Dah kasi spray dah dengan Dettol hahahaha..

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul tu... barang nak sampai dari sana bukan sehari dua. Mau makan sebulan. bakteria pun dah mati sebab kena panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi jangan risau, semalam Sis pergi event mengenai Covid-19 ni, alhamdulilah terjawab dah, barang di terima dari China selamat!

      Delete
  2. Tau takpe. Fiza pun haritu order barang jenuh spray dulu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, itu bagus, untuk protect diri sendiri jika was-was..tapi semalam Doktor yang handle kes Covid-19 ni dah jelaskan, barang beli online dari China, selamat!

      Delete
  3. Dah..dah.... Dr Jeyanthini dah jawab dah semalam..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr..walaupun dah tulis di sini, tapi nak juga penjelasan dari Doktor haritu, baru Aku puasahati hahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!