CIRI-CIRI ANAK KEDUA RAJIN MEMASAK KATANYA | Apa benar bagai di kata? Anak kedua ni rajin memasak? Fakta atau auta? Tapi bagi Sis yang ada anak nombor dua ni hahaha, memang betul kot, sebab anak Sis yang nombor dua tu,Yana memang rajin memasak orangnya. Bukan nak puji anak sendiri, tapi hakikatnya, itulah sebenarnya.
Berbanding anak nombor satu dan nombor tiga Sis, yang nombor satu suka gak memasak tapi ikut mood dia laa, tapi selalunya menu western je dia masak, kalau nombor tiga tu, dah tentu si bujang, boleh masak tapi masak air, masak nasi dan goreng telur tapi...kalau suruh dia masak maggi, perghhhh dah macam maggi versi kedai makan, memang sedap masakan maggi anak bujang Sis.
Ye laa lain anak lain laa perangainya, tu baru tiga, kalau empat lima orang? Haa lain pulak karenahnya hahaha. Yang tiga ni pun serabut kadang melayan oii hahaha.
Apa-apa pun sejujurnya memang ya, anak nombor dua Sis rajin memasak dan pandai masak. Rajin sebab kalau tak suruh pun dia masak sendiri, pandai sebab cakap laa nak suruh masak apa, dia tau laa mencari resepi dan mencuba masak, selalunya menjadi aje masakannya.
Lantak le korang kalau kata Sis ni puji anak lelebih, yang pasti anak Sis, so Sis Emaknya tau laa perangai anak sendiri.
LIhat tu, ini menu yang semalam anak Sis masak. Siang semalam Sis ada lunch makan tengah hari bersama kawan Sis,Kim, ye laa orang nak belanja makan, so kita terima aje la kan, rezeki jangan di tolak. Kemudian Sis pun merayap lee kejap ke Sogo sambil mencuci mata hehehe.
Balik dari Sogo, tengok-tengok, anak Sis,Yana tengah memasak kat dapur, Sis ingat ke dia masak untuk diri sendiri, sekali nengok, makkk aii, siap semua. Patutlah dia tanya, kat rumah dalam peti ais ada lauk apa. Kebetulan Ayahnya ada belikan udang.
Sis tanya kenapa masak banyak sangat, katanya takpe, nanti Ayah balik suruh Ayah makan sekali hahahaha. adeii nak mengenakan Ayah dia le tu, dah tau Ayahnya kan tengah diet tak makan malam. Dah malam tadi Ayahnya balik kena makan hahahah, bertambah pulak tu kekekeke.
Yang bestnya siap ada masakkan Emaknya sayur taugeh ikan asin. Sebenarnya dah beberapa hari Sis sebut nak makan taugeh ikan asin ni, tapi punya malas nak masak sebab fikir takde sapa nak makan, tu yang tau-tau eh anak dah masakkan Sis semalam. Dapatlah makan hilang kempunannya hehehe.
Korang ada anak nombor dua tak? Ke korang sendiri anak nombor dua, Sama ke rajinnya? Tapi mana tau tak rajin masak, rajin bab lain kan..
Ala nak nombor berapa pun sama je laa, kalau dah di ajar dari kecik, pandailah anak tu masak besar esok, kalau manjakan sangat, haaa kang kuali dengan periuk pun tak dapat beza hahahaha..
Ooo ya, menu di atas tu biasa je, anak Sis masak Udang Masak Lemak Nanas, Ikan Kembong Goreng, Sayur Taugeh Ikan Asin dan juga Sambal Belacan Blender hahahaha. Kenyang kami bertiga anak beranak makan semalam. Alhamdulilah..
Terima kasih Adik!
Okaylah, pagi ni Sis ada event di Sunway Big Box..so korang yang free jomlah ke sana, kita nGopi! Ada berani? hahahaha..
Jumpa lagi, nanti kita sambung lagi ea..
P/S: Tak dapat bayangkan kalau anak nombor dua ni berumahtangga, sepilah dapur huwaaaaa :(
Alaa, kenapa kontra betul la.. Aien anak no dua ni, malaih yang amat masak, sebab akak dan adik no 3 masak konfem power punya main campak. Kalo Aien prefer kemas dan laundry. Haha
ReplyDeleteHahaha tu le Sis cakap, kadang lain anak lain plak ragamnya kan..hehehe tak rajin masak, rajin kerja lain..
Deletetak juga kot kak, adik no 2 dana tak minat masak tapi minat mengemas, kalau dia mengemas mmg tiptop tapi suh masak memang fail...
ReplyDeleteHehehe kan kan, tak rajin masak, tapi rajin lain..terbalik anak Sis, dia rajin masak, bab kemas, malas sikit hahaha
DeleteYang penting lauk-pauk tu nampak sedap. Ni semua lauk mintak bertambah nasi
ReplyDeleteHehehe tau=tau Emaknya balik dah siap Faizzah hehehe
DeleteBetul kot tu, sebab saya pun anak ke2 suka memasak juga nih.
ReplyDeleteHehehe syabas Haulia hehehee
DeleteWak anak ketiga
ReplyDeleteRajin makan aje
Hahahaha dan juga rajin berkebun...
Deletecit anak kedua mak saya rajin makan ja. nasib baik bukan saya. hahahahaahahaha
ReplyDeleteHahahaha tapi kot laa dia rajin buat benda lain Umi..
DeleteBelum nampak lagi ciri rajinnya ke mana.. hehehe.. kecik cinonet lagi anak no 2 sha nie.. tapi masakan anak sis lin tu memamg minta bertambah nasi..
ReplyDeleteHehehehe jauh lagi perjalanannya tu Sha, sabar yee, didik aje minat memasak kat dia, lama-lama nanti dia mesti suka memasak besar nanti..
DeleteOhhh tidak sis. Adik sy tk suka masak 😂😂
ReplyDeleteHahahaha tapi mesti dia suka buat benda lain kan Farah hehehee
Delete