Korang dah ganti puasa ke? Haa kalau belum inilah masanya korang boleh ganti puasa dalam bulan Rejab. Banyak pahala boleh kita amik sepanjang bulan Rejab. Kalau tak tau, baca, banyakkan membaca dan ceduk ilmu sana sini. Untuk siapa? Untuk diri sendiri juga.
Macam Sis juga, kadang nak cari info nak update di blog sendiri, google sana sini, kemudian baca dan fahamkan, dan kita copy sana sini, satukan menjadi satu posting yang mudah orang nak baca dan faham. So dari situ, sedikit sebanyak, sambil tu Sis pun dapat juga ilmu baru yang mungkin Sis pun tak tau.
Tapi kalau jenis korang malas membaca, ermm sendiri mau ingat je la. Tak siapa boleh tolong, kecuali diri sendiri. So untuk harini, sempena esok dah masuk bulan Rejab, marilah kita sama-sama baca doa bulan Rejab dan sama-sama juga kita perbanyakkan amalam yang di syorkan. Walaupun dah berkali-kali mungkin update posting ni, tapi takpe, kita saling ingat mengingati.
Moga kita semua di panjangkan umur untuk temui bulan Syaa'ban dan Ramadhan akan datang.
Jom sama-sama kita..
Apa Maksud ‘Rejab’?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118].
Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya. Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir dan selepasnya adalah Sya’ban.
Tambahan pula, Allah SWT juga berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah al-Taubah:
Firman Allah SWT:
إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”. [al-Taubah:36]
Doa bulan Rejab.
.
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
Mengapa Bulan Ini Diagungkan?
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]
Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat.
.
Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…” Surah at-Taubah:36
Definisi Bulan Haram
Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari (4054)]
Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?
Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.
Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.
Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab
- Berpuasa
- Memperbanyakkan bersedekah
- Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
- Memperbanyakkan berzikir
- Memperbanyakkan solat-solat sunat
Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
Apa Keistimewaan Bulan Ini
Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.” Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
Bulan haram ini juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain, antaranya ialah:
- Terdapat sebahagian ulama’ mengatakan afdhal melakukan umrah pada bulan Zul al-Kaedah berdasarkan hadith di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW melaksanakan kesemua umrah baginda SAW di dalam bulan ini.
- Pada bulan Syawal, Zul al-Kaedah dan Zul al-Hijjah, umat Islam akan mula menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini tidak boleh dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain.
- Berpuasa sunat pada 9 Zul al-Hijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji.
- Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura’.
Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan antara bulan-bulan yang mulia kerana ia merupakan salah satu daripada bulan Haram. Hal ini juga disebut berdasarkan firman Allah SWT berkaitan bulan Haram di dalam al-Qur’an. Untuk itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita dalam bulan ini bagi mempersiapkan diri menempuh bulan Ramadhan yang akan datang.
Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Amin.
P/S: Alhamdulilah, Sis dah selesai ganti puasa ..
Baru teringat puasa banyak tak ganti lagi.
ReplyDeleteUitt...silalah amik peluang Rejab ni ganti puasa yaa Faizzah...
Deleteweii sama..aku pun kalo nak cari info ke ape nanti aku taip "doa rejab sunah sakura" kat google..hahahaha
ReplyDeleteHahaha kan kan...walaupun dah berapa kali update pun, kita saling ingat mengingati..
Deletetadi dah aminkan doa rejab ramai2 kat masjid selepas solat maghrib.
ReplyDeleteAlhamdulilah...Salam 1 Rejab Wak..
DeleteYa Allah, dah masuk rejab. ni yg kena ganti puasa cepat2 ni. °_°
ReplyDeleteLor..awas ya! Cepat gantinya hahahaha
Deletepuasa dh abis gnti.. hihi..
ReplyDeletelupa pulak nk puasa 1 rejab arini.. huuu
Hehehe takpe, ada banyak lagi hari boleh puasa nanti Ezy..
DeleteInfo yang menarik...setiap bulan Islam ada kelebihan tersendiri.
ReplyDeleteAlhamdulilah...salam 1 Rejab Julia..
Deletealhamdulillah. selamat datang rejab. semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan. aamiin
ReplyDeleteAaamiinn..moga kita perbanyakkan amalam sepanjang bulan Rejab ni yaa Umi..
Delete