DULU DI KENALI DENGAN NAMA BATU LIMA, KINI B5 JOHOR STREET MARKET

Sis Lin
31
DULU NAMANYA BATU LIMA, KINI B5 JOHOR STREET MARKET | Kalau orang Johor lama, pasti tau di mana letaknya Batu Lima ni. Yaa Sis masa kecik-kecik selalu di bawa merayap dengan arwah Abah Sis di sini dulu bersama Emak dan Atuk Sis. Tetiap pagi datang sini ada satu kedai kopi kecik yang jual roti bakar. Dan arwah Abah cukup suka makan sarapan di sini.

Sis pun dah lupa nama kedai kopi tu, dan sekarang dah takde daa, tapak yang dahulunya Batu Lima tu kini telah di naik taraf kepada B5 Johor Street Market (B5JSM). 

Yang tinggal hanya gerai-gerai kayu lama sebelah tapak B5JSM ni yang masih lagi beroperasi. Korang jangan tak tau, kat situ ada satu kedai lama menjual pelbagai 'jajan' secara borong. Family Sis kalau nak beli apa-apa untuk goodies ke, ke situ aje la. Kedainya sangat lama dari Bapaknya yang meniaga, dah sampai ke Cucunya dah sekarang.




Ada yang pergi tak waktu pembukaannya semalam (20/2/2020)? Tak sempat pergi? Haaa tu ler, ko sibuk beratur nak dapatkan KFC 2 set RM20 tu kan? Sampai lupa nak ke B5 Street Johor Market ni hahahaha adeii..

Takpe takpe, kalau belum sempat nak ke sana B5JSM ni jangan risau, esok-esok pun ada lagi, dan ada pelbagai aktiviti dan jualan yang akan memeriahkan suasana dari pagi sampai ke malam. Dengarnya esok pun ada artis Shuib dan Siti Sarah yang akan ke sana. Apalagi silalah pergi.

Sis berkesempatan dapat ke sini sewaktu jemputan Media Tour sehari sebelum pembukaan B5JSM ni. So waktu Sis sampai sini, banyak kedai-kedai masih dalam persiapan pembukaannya, ada yang tengah susun barang, masuk barang, dan ada juga dah mula letak barang dan menjual.




Sis tertarik dengan reka bentuknya. Ianya bercirikan warisan lama Johor dan setiap reka bentuknya mempunyai 5 elemen utama iaitu Retail Bazaar, Box Park, Kenderaan Saji atau Food Truck, Makanan serta minuman Serta Hab untuk Persembahan Seni dan Kebudayaan Johor. Dan akan ada juga jualan seperti Bazar karat tu nanti. Menarikkan?

Pembangunan B5JSM ini secara tidak langsung akan menjadi Pusat Pelancongan Komersil Pelancongan Setempat (Centralised Retail Tourism) yang pertama di Johor! Lebih dari 219 ruang niaga di sediakan dan menjual pelbagai jenama 'retailers' yang terdiri daripada penyewa utama, D'Market by Kapitan Grocer, kedai-kedai makan seperti JBorn, Cupcai, DumDum Thai Tea, Cendol Kampung Hulu, 3 Budak Gemok dan banyak lagi.

Bukan ada makan aje, ada juga pameran kraftangan, pembuatan batik, aktiviti tarian kebudayaan, dan sebelah malamnya ada wayang piknik, joget lambak dan bermacam lagi aktiviti yang telah di susun setiap hari sehingga penghujung tahun 2020. Pasti meriah nanti kat sini kan!




Berkeluasan (GFA) 101,181 kaki persegi dan keluasan (NLA) 56,475 persegi ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada lebih 1,000 penduduk setempat dan luar kawasan dan menarik lebih ramai pengusaha produk pelancongan tempatan, pengiat seni, golongan muda dan pengusaha makanan untuk bergabung di bawah satu bumbung bagi menjalankan aktiviti bisnes, memasarkan hasil kraftangan, berkarya, mempamerkan bakat dan lain-lain lagi.

Kalau korang yang rajin keluar pagi tu kan, haa pepagi tu datang singgah sini, ada aktiviti sihat yaitu berzumba yang di adakan di tengah pentas tu. Percuma aje, datang walk in, senam, kemudian jam 10am kedai dah bukak, boleh terus sarapan dan makan tengah hari hehehe.

Pembangunan B5 Johor Street Market ini di usahakan oleh Konglomerat Kerajaan Negeri Johor, Johor Corporation menerusi Divisyen Hartanah yang diterajui oleh Johor Land Berhad dan iperasinya dirurskan oleh Damansara Assets Sdn Bhd.




B5JSM mengharapkan ianya akan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar Negara selain melengkapi dan memenuhi permintaan masayarakat sekeliling, khususnya golongan belia sebagai sasaran kerana ia adalah 'trend-trend' terkini di samping mengenali seni, warisan dan budaya negeri.

Memang suasana tempatnya sangat 'hipster' kalau bagi Sis, anak-anak muda pasti suka ni, ye laa dari ko melepak tak tentu arah ke mana-mana tu, haa mai datang B5JSM ni, sambil lepak ada pelbagai aktiviti kebudayaan yang korang boleh belajar dan join sama.

Yang bestnya, setiap sudut di B5JSM ini sangat instagrammable, so bagi mereka yang suka berOOTD, haaa carilah lantai yang ada logo gambar kamera' berdiri je situ, terus dah dapat point menarik untuk korang bergambar. Tak caya ye pergi! Hehehehe.



So korang jangan lupa singgah dan datang bersama keluarga untuk sama-sama memeriahkan susana di B5 Johor Street Market ni ya. Cuma masih banyak lagi gerai yang belum beroperasi, insyaAllah menurut kata Tn Haji Yusaini Bin Sidek, semua peniaga akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac nanti. Sos mesti lagi meriah!

Psttt ada gak Butik Nealofar kat sini, Sis ko dah teruja benar ni hehehe.

Untuk mendapatkan lebih info mengenai aktiviti, acara mingguan, dan tahunan, juga details bazar jualan sewaan, korang boleh hubungi : En Mohd Saffian 012-737 2536 untuk segala pertanyaan.

Atau ke laman sosial B5 Johor Street Market seperti di bawah. Korang bukak je IGs di Instagramnya, banyak aktiviti dia update! Meriah sungguh suasana malam semalam.

Facebook : B5 Johor Strest Market 
Instagram : @b5johorstreetmarket  


P/S: Bertambah meriah Johor ni kan? Luaskan Kuasamu Johor!! Ayuh!

إرسال تعليق

31تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahaha zaman kecik pun arwah mak suka bawak ke batu 5 hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kan Hernee kan, dulu tempat Mak Abah Sis lepaking hehehe

      حذف
  2. tunggu dah banyak bukak, nanti nak terjah jugak bawak anak-anak

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, samalah juga, tapi nengok dah meriah gak tu..

      حذف
  3. dulu pernah datang sini teman senior utm cari doorgift kawen...best, murah...sekarang dah tentu tak ada...

    ردحذف
    الردود
    1. Pun ada Sunah, tapi rasanya kedainya pun dah takde juga tu..

      حذف
  4. Cantiknya tempat ni. Binaan bas tu best kalau dapat bergambar. Kalau turun sini kena singgah juga la.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, rekabentuk dia menarik perhatian...tak sabar nak tunggu kedai apa yang bakal di buka tu..

      حذف
  5. Wow!!!!!!! Looks like an awesome place to visit and shop. Insya’Allah I will visit this place one day. Thank you for sharing your review about this cool spot. We should recommend this to foreigners.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa...u share to others ya..thanks..and jomm ke Johor!!

      حذف
  6. Thanks sharing tempat menarik untuk di kunjungi ni. InshaAllah bulan depan nak ke Johor, boleh lah singgah sini

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa, akan datang kalau Huda datang, kompom dah penuh dah semua kedai..lagi meriah..

      حذف
  7. Sis bukan orang Johir jadi lagi lah tak tahu tempat tempat yg disebutkan ini... akan lawat nanti insyaAllah!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha takpe, kotlah tersesat ke Johor, jangan lupa singgah tau..betul-betul sebelah Angsana nuuu

      حذف
  8. Bagusnya peniaga tu bertahan sampai hari ni sampai ke cucu. Sampai dah bertukar nama tempat ni. Cantik cantik la design kat sini. Cantik sangat kalau pelancong amik gambar...ada zumba free plak tu pepagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa, situ orang yang meniaga dari dulu hingga kini. Dari tahun 80an rasanya..
      Betul, instagrammable orang kata gitu...hehehe

      حذف
  9. menarik dan cantek. kalau ke johor dah tahu nak lepak kat man lepa sni hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yup..kalau Johor jangan lupa roger-roger i hahahaha

      حذف
  10. Belum pernah sampai sini lagi sebab dah lama tak pergi Johor. Next time will drop by sini kalau pergi Johor.

    ردحذف
    الردود
    1. Yeszaaa...if u want me to teman u, just roger me ya..hehehe

      حذف
  11. Tak pernah lagi sampai. Menarik juga tempat ni untuk datang makan. Tunggu dah banyak buka boleh singgah sini nanti.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Mimie, akan datang bulan 3, penuh dah semua tempat makan tu..sekarang pun dah meriah..

      حذف
  12. Cantiknyaaa tempat dia.. Perghh mmg hipster dan instgramable betul.. Pulak tu bukan je ade kedai makan, ade kedai jual dan aktiviti lain.. Bestnya orang johor..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Nad, orang yang meniaga pun jadi seronok nak meniaga bila kedainya cantik macamtu kann...

      حذف
  13. wah cantiklah tempat dia. instagrammable la kiranya cantik buat bergambar. food pun harapnya sedap2

    ردحذف
    الردود
    1. Ya ya..jom laaa ke Johor..jangan lupa share-share pada mereka yaa..

      حذف
  14. cantiknya tempat dia, banyak port untuk bergambar masuk Insta! Tak pernah pulak tahu pasal batu 5 ni, lepas ni boleh singgah shopping makan2

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Farhana, cantikkan, nanti kalau ke semua kedai dah buka, mesti lagi lawaaa kan...

      حذف
  15. wow, sy asal johor xpi x prnh dengar pasal tmpt ni. thanks for the intro, will make a trip there soon!

    ردحذف
    الردود
    1. Next time boleh singgah sini, now happening gile kat situ Grace..

      حذف
  16. Wahhh ada macam-macam kat sini. Qiss pi JB haritu nak singgah tapi hujan pulak. Next time nak pi lagi

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!