DULU GENG SENAM, SEKARANG GENG MAKAN!

Sis Lin
12
DULU GENG SENAM, SEKARANG GENG MAKAN! | Hahaha memang tak boleh nak tahan gelaklah kalau ingat-ingat gelagat dan borak panjang dengan Geng Makan Sis semalam ni, mau sampai nak terkencing di buatnya semalam hahahaha.

Yaa, dulu kami ni semua Geng Senam, sekarang dah bertukar ke Geng Makan dah, sebabnya, memasing dah tak join senam dah, tapi ada gak le kadang si Kak Mas tu dengan Kak Zizi pergi senam gak, tapi Sis, Nas dan si Ina tu, stop terus hahaha. Memasing dah macam ada batu dalam tapak kaki nak jejak dewan senam hohoho..

Bukan pemalas atau tak jaga kesihatan, siapa je oii nak sakit, tapi memasing ada sebab tertentu. Macam Sis, sejak kena hypertension gara-gara tak cukup rehat dulu tu, memang dah tak join dah memana senam Zumba, rasa serik dah, gym pun kadang je pergi, tengok mood...yang Nas plak, sejak dah hantar anak sekolah sampai ke petang hari, dia dah malas gak nak join, letih katanya, Ina plak dia slip disc, so memang dia takut nak join senam dah. Banyak rehat je kat rumah.

Makanya kalau dah tak senam, kami semua jarang jumpa, yang ado pun selalu berchat-chat di group wahtsapp kami 'Geng Bokeh' tu hahahaha. Tu pun Ya Allah, scroll sampai tak terbaca di buatnya, macam-macam cerita ado.. Ko bayangkan kalau dah dalam group panjang lebor, apatah lagi kalau dah jumpa, lagi le berjela ceritanya hahaha.

Bersambung-sambung dari cite dalam group, bawak ke meja makan gak. Aje gile cite tak sudah! hahahaha.

Geng kami sorang ni Ina, dia dah meniaga sekarang, dia jual Laksa Penang di rumahnya, ada yang dia delivery dan ada yang walk in datang beli dan duduk makan kat situ.

Dan petang semalam, memasing dah bagitau dan berjanji dalam group wahtsapp, nak jumpa lepak makan di gerai Ina ni, Sis pulak memang free semalam, so ON je laa.


Bayangkanlah bila dah jumpa, macam nak terbalik meja tu di buatnya. Nasib baik takde yang kena halau balik! Mulut kunyah tak benti, tapi pot pet pot pet nya pun non stop, sama naik dengan makannya. Memang ginilah kami, jumpa tak selalu, chat-chat je kat group wahtsapp, tapi bila dah jumpa, dia punya cite, ketawa sampai nangis, siap tukar jantina lagi hahahaha.

Orang yang kemurungan, kalau join geng Sis ni, memang terus hilang murung tau hahaha..kami senyap bila amik gambar je kakakakakah!!


Kakak-kakak kesayangan Sis, kecuali di tudung hijau tu,Nas. Nas sebaya Sis tahun 76. Yang pakai spek mata tu Kak Mas, dia Cikgu sekolah Menengah, hebat Cikgu Mas ni tau!, anaknya sama belajar dengan anak bujang Sis di Politeknik Mersing. Dan yang tudung purple tu Kak Zizi, dia paling tua dalam group kami, dah pencen dah, tapi jiwa belia remaja ko!

Kalau keluar gan kitaorang, dia le paling bergaya, kalah anak dara hahahaha...tapi hati dia baik, dah macam Mak-Mak kita je..


Dan yang ini lah Ina. Laksa Penang dia sedap gile, Sis kalau makan, boleh habis 2 bekas kalau lapar sangat! Tanya Sunah hehehe. Memang sedap Laksa Penang dia. Murah pun murah, sebekas macam kat belakang tu RM5 jer. Semalam dah ada menu baru, Nasi Lemak Sambal Abang Sayang hahahaha. sebab katanya Ina, Suami dia yang masak sambalnya hehehehe.

Cuba sekali Laksanya mesti nak lagi. Tapi Sis cukup bangga dengan Ina ni, pelbagai dugaan dan cabaran yang Allah bagi pada dia dan keluarganya, tapi dia kuat dan tabah menghadapinya, termasuklah Suaminya yang kini sakit buah pinggang. Moga Allah beri mu lebih kekuatan ya Ina.

Kami semua ni kalau korang nak tau, kenal kat dewan senam le, cuma Nas tu duk setaman gan Sis, dialah yang ajak pi senam dulu, dan yang lelain kenal di tempat senam, teruslah rapat sampai sekarang. Hampir 5 tahun dah kenali mereka sejak Sis duduk pindah Pasir Gudang.

Alhamdulilah Allah beri kawan yang baik pun satu rezeki kan...Moga persahabatan kami Allah berkati hingga ke Jannah...aamiinn..

Dah, nanti sambung lagi ya, nak makan dulu. Kang petang nak melawat kawasan Stadium JDT baru tu heheheh...tak sabarnya!!!


P/S: Terus lapar aku nampak Laksa ko Ina oiii..!!!
Tags

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ngeri tu chef laksa pegang pisau besaq. haahhaaa :P

    ردحذف
  2. hahahha takpe kak, janji happy, ada kawan-kawan kita bahagia... bila bahagia kita pun jadi sihat sebab gembira, gelak tawa heheheh

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Dana, be happy, kadang kawan-kawan ni le yang menghiburkan..

      حذف
  3. Alhamdulillah.Dapat kawan-kawan yang baik nikmat sangat.Moga ukhuwah ini kekal dunia sampai akhirat Sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah PC, kawan yang baik juga adalah satu rezeki..

      حذف
  4. Bukan senang nak dapat persahabatan macam nir.. semoga ukhwahnya berkekalan ye sis..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Sha, padahal kami jarang jumpa, duk chat chat dalam group je, tapi bila dah jumpa, meriah macam ayam bertelur hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!