HARI INI 29 FEBRUARI 2020 - TAHUN LOMPAT

Sis Lin
8
HARI INI 29 FEBRUARI 2020 - TAHUN LOMPAT | Siapa sambut besday harini? Yay!! happy birthday to you awak!. Sis ada juga kawan yang sambut birthday harini. Kira korang muda 4 tahun ek hehehe. Bestnya laaa, 4 tahun sekali sambut birthday, sekali sambut mesti meriah, sebab dapat hadiah mesti besau, ye laa hadiah sekali claim untuk 4 tahun hahahaha.

Korang tau ke apa itu Tahun Lompat?

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.

Tahun abad pula, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas.

Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.

Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diberubah.

Korang faham ke tu? Kalau tak faham silalah buka wikipedia hehehe.


Bagi mereka yang sambut birthday harini, termasuk kawan Sis juga, Kak Mar, selamat hari jadi korang semua. Moga yang baik-baik aja untuk korang semua ya.

Nak tau satu cerita, dulu seingat Sis masa kecil laa, kalau masuk je tahun lompat, atuk cina Sis akan buat kuih bulan atau lebih senang kitaorang panggil dodol cina. Masa tu kan, mulalah atuk cina Sis kalau nak buat je semua kena halau ke depan, sorang pun tak boleh nengok.

Sebabnya buat kuih bulan ni kena lebih fokus, dan tak boleh banyak bercakap, kalau tak kuihnya bantat tengah...hahahahaha..

Tapi sekarang entak ek, ada ke orang cina buat kuih bulan lagi masa tahun lompat? Macam takde je ek. Kata atuk, 'manyak Ong' hahahaha...so buat kuih bulan, kasi orang makan dan sembahyang katanya. Begitulah cerita dulu-dulunya hehehe..

So harini apa plan korang? Kemana aje tu? Sis pagi ni ada urusan nak settlekan, urusan seri baginda gitu, tapi bukan ngadap Agong lee, kang ada plak Agong suruh jadi Menteri Dapur Istana kakakakakakah...adeiii gurau-gurau aje dong!..

Bilalah nak selesai kemelut negara ni ek...kita doa bebanyaklah mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan keputusannya adalah pilihan yang bijak..

Malas nak campur isu politik ni, tapi kena amik tau gak...kalau tak, ehhh tau-tau kang Dato Aliff pulak yang jadi Perdana Menteri, aje semua kena subscribe youtube channel dia muahahahaha.. #SisGurauAje ..


P/S: Dulu, Kini dan selamanya, Tun M di hatiku..sekian..
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Special tarikh ni 4 tahun sekali je jumpa

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Faizzah kan...ramai gak yang kahwin date harini...4 tahun sekali sambut anniversari le gamaknya hehehe

      حذف
  2. hari banyak yang uat sales 29.2 tahun lompat :)

    ردحذف
  3. Bukan saja ada tahun lompat
    YBs pun ada yang melompat

    ردحذف
  4. الردود
    1. Kan kannn...ramai gak kawin date tu haritu kan...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!