JOM MAKAN-MAKAN DI SUGARBUN SEMPENA PROMOSI TAHUN BARU CINA

Sis Lin
36
JOM MAKAN-MAKAN DI SUGARBUN SEMPENA PROMOSI TAHUN BARU CINA | Sebut aje SugarBun ada juga yang tak tau bahawa restoran ini adalah restoran yang menyajikan menu masakan Borneo (Sabah & Sarawak) tapi ada juga yang baru tau ianya seperti juga restoran fast-food yang lain cuma konsepnya aje berlainan.

Bukan aje ada jual menu Laksa Sarawak tapi ada juga set ayam goreng single ataupun set family bucket yang mana ayamnya juga ada dua pilihan, samaada spicy atau original dan rasanya pun sedap setanding restoran fastfood yang lain juga. Korang ada yang dah pernah cuba ke?

Untuk Sis sendiri, ini adalah kali ketiga Sis datang makan di SugarBun Johor ni. Laksa Sarawaknya sedap, ayam gorengnya pun lazat, garing dan rangup. Sis suka makan lepak kat situ, memang suasananya tenang, aman damai je. Selesa sangat. Wifi pun ada, surau dan toilet pun ada, so memang santai kalau korang duduk makan sambil nak buat kerja (update blog ke) di sana hehehe.

Kalau area tempat Sis, paling dekat SugarBun, ada di Bandar Sri Alam. Besar dan kalau ke sini, senang nak parking. Nak cari kedainya pun senang, waze aje atau kalau korang tau Grumphy Goat & Friends? Haaa Sugarbun tu di bawahnya aje. Grumphy Goat di atas. Sederet dengan Moonlight Cafe. Senang cite waze, mesti jumpa!



Dan untuk promosi sempena Tahun Baru Cina ini yang masih berbaki lagi beberapa hari aje lagi, SugarBun telah menyediakan menu bertemakan Prosperity Chinese New Year 2020. Di mana terdapat set istimewa 'Limited Edition' yang korang boleh singgah makan dan mencubanya.

Antara Hot Menu sepanjang Tahun Baru Cina ini adalah The New Golden Orient Sauce with Famed Crispy & Succulent Whole Eco fish. Atau senang nak sebut dalam bahasa melayunya, set Ikan Talapia bersama sos plum istimewa yang menjadi kegemaran ramai. Menurut katanya Manager Sugarbun, Puan Siha, menu set ini adalah menu paling ramai orang Cina datang makan ketika tahun baru cina baru-baru ini. Hampir 80 set terjual dalam sehari hanya untuk set ini sahaja.

Set Talapia ini di datangkan sekali dengan nasi dan juga minuman teh 3 layer atau kopi panas/sejuk. Harga yang di jual hanya RM 18 sahaja. Memang berbaloi. Sis dah makan, memang ikannya besar, sedap, fresh dan rangup!

Masa korang nak makan tu, jangan lupa curah sosnya di atas ikannya, baru ada umph!



Untuk hidangan set lain juga, Sugarbun Johor juga ada menyediakan set Claypot Mushroom Chicken Soup (Sup Cendawan Ayam). Set yang dah jadi menu kegemaran Sis. Sebabnya rasa sup dia fresh sangat! hirup kuahnya ketika panas memang nikmat tak terkata. Kalau korang biasa lihat dan tau, yaaa orang cina memang suka makan sup cendawan atau sup ayam herba. So untuk hidangan yang ini memang sesuai sangat bagi mereka yang gemar makan sup.

Set ini juga di hidangkan beserta nasi, dan juga air minuman Frizzy, dengan harga serendah RM 14 sahaja. Kena cuba, sekali dah cuba pasti datang lagi hehehe. Air dia sedap oii hahahaha..



Untuk kesemua Set Prosperity Chinese New Year Edisi Terhad ini, korang hanya boleh nikmati bermula dari 20 Januari 2020 sehingga 29 Februari 2020 ini sahaja.

Bukan itu aje, ada terdapat 3 set (A, B & C) yang boleh korang buat pilihan ketika makan di sini.
Cuma kali ni Sis mencuba set A dia iaitu set Spageti. Dia ada daging dan juga ayam, ini kali kami amik ayam. Juga beserta sekali dengan 1 ketul ayam, 4 jejari isi ayam, dan juga minuman Frizzy.

Set ini berharga serendah RM 19.90 sahaja. Sos spagetinya sedap, bagi peminat spageti, pasti menyukainya. Kenyang makan sepinggan seorang oii. Sunah sampai surrender tak boleh nak perabiskan sebab dia dah makan set talapia tu sengsorang ko hahaha.



Dan jangan lupa juga, Sugarbun juga ada menjual Roasted Chicken (Ayam Goreng) bermula dengan hanya 1 ketul RM 4.90 sehingga 12 ketul ayam RM 53 sahaja!. Boleh buat pilihan samaada original ataupun spicy. Ayamnya pun besar dan kulit luarnya rangup!.

Dan untuk pilhan set, terdapat 2 set (A atau B) CNY Bucket istimewa yang boleh korang nimati samada 6 ketul atau 8 ketul ayam.

Haperr kolestrol? Arghh benda sedap depan mata, kita makan dulu, kemudian kita fikir diet hahahaha...


So bagi korang yang nak mencubanya, bolehlah pergi ke cawangan-cawangan Sugarbun yang terdekat ya, atau boleh dapatkan info lebih jelas mengenai promosi ini di laman sosial Sugarbun Johor seperti di bawah.

Apa yang Sis kongsikan ini adalah apa yang Sis dah makan, so korang kalau datang mencuba menu set yang lain, jangan lupa kongsikannya..

Cuba jangan tak cuba, kalau Sis kata sedap, makanya sedaplah tu hahahaha..



𝐁𝐨𝐫𝐧𝐞𝐨 𝐀𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐛𝐲 𝐒𝐮𝐠𝐚𝐫𝐛𝐮𝐧

Address : 6C, C-01, Jalan Suria, Gravity Green, Bandar Seri Alam, 81700 Johor Bahru
Business Hour : (Open Daily) 11am - 11pm (Monday - Thursday),
From : 10am - 11pm (Friday - Sunday)

Facebook : SugarBun Johor
Instagram : @sugarbunjohor


P/S: Makin tua makin kuat makan hahahaha...adeii pelik sungguh!

إرسال تعليق

36تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahahah woiii kenapa bagitau orang aku habiskan sensorang set tilapia tu?? nak aku bocorkan rahsia ko habiskan spaghetti + sup mushroom + sugarbun boba tu ke?? ehhhhhhhh

    ردحذف
  2. Makan lah selagi ada selera kan..masa cuti ada masa makan2 ..happy day to you

    ردحذف
  3. Baru nampak hari tu, singgah belom lagi. Rindu hometown. =_=

    ردحذف
  4. ayam goreng!!! nampak sedap sekali....ampun laaaaa

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa ayam goreng crispy! Sedap dan lazat sekali hahahaha

      حذف
  5. Amboii makan dgn sunah tmpt best x ajak.. heheheh

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahaa bila sedap, memang lupa diri kejap hahaha

      حذف
  6. Nampak sedap belaka tu. Nak nak yang spageti ada ayam goreng. Rare. Ayam goreng tu memang bikin meleleh air liur

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, semua sedap, jujur cakap sebab dah makannya...boleh nanti cuba ya...

      حذف
  7. Sebagai peminat Sugarbun sejak diperkenalkan di Sibu, Sarawak, Rawlins memang penggemar juadah di SB. Lazat weiii

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe kannn, kalau makan tu betul-betul rasa jiwa Borneo gitu hehehehe

      حذف
  8. Belummoernah tey makan kat Sugarbun ni... ingat jual roti je rupanya macam macam tapi taj rau la bila boleh sampai ... jauhnya nak ke Johor huhu...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, sama lah Sis, dulu ingat jual laksa sarwak aje ke, rupenya sekarang bermacam menu ado...

      حذف
  9. I pernah makan dulu dulu kat KK. KL tak da sugarbun. makanan dia sedap la

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo ye ke? Nasib juga JB ada ni..bolehlah mencubanya di JB ya...hehehe

      حذف
  10. terliur tengok Nasi Putih dengan ikan goreng tu. Lapar pula rasa tengok menu yang menarik dan ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe semua sedap-sedap, mana tak terliurnya hahahaha

      حذف
  11. First time dengar nama sugarbun ni. Nampak sedap menu2nya. Bolehlah singgah bila ke johor nnti :)

    ردحذف
    الردود
    1. Seriuslah baru tau nama SugarBun ni? Hahaha sebab setahu Sis dulu ada di KL gak..

      حذف
  12. Bella ingatkan kedai roti. Ikan talapia tu lama tak makan. Nampak garing sangat dan menyelerakan. Tu ada org Sarawak komen sedap, mesti sedap makan kat sini. Jauh nye nak pi Johorrrr. hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ramai fikir macamtu Bella, ingatkan nama SugarBun tu kedai roti, tapi rupanya dia dah sama macam kedai fastfood lelain..

      حذف
  13. Sis ingatkan sugarbun ni jual roti, kisahnya restoran hehehe. Nasib baik baca sampai habis. Nanti nak survey le ada tak kat kawasan sis ni sugarbun ni..terliur lak tgok hidangan dia

    ردحذف
    الردود
    1. Yup..nanti boleh mencubanya kalau ada ternampak Sis...semua sedap-sedap belaka..

      حذف
  14. Wow menarik menu dia! Terliur tgk ikan goreng atas meja tu ha! Laksa sarawak pulak memang fav saya! 💕

    ردحذف
  15. Ya Allah sedapnya nampak food kat sini. Nama pun comel je SugarBun tp sebelum baca tadi sy ingatkan ni Bakery

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe kesahnya dia sama je macam restoran fastfood lain kan Cik Min hehehe

      حذف
  16. Kalau dekat nie, dah lama saya terjah. Ya Allah nampak sedap betul spaghetti dengan ayam goreng tu. rasa teringin nak makan

    ردحذف
    الردود
    1. Kot mana laa tau ada ke Johor, nanti bagitau, Sis belanja hehehe

      حذف
  17. baru tau sugarbun ni jual food macam kfc semua tu ya. saya ingatkan dessert sahaja

    ردحذف
  18. Eh eh...dia pun sama gak ngan si Sunah tayang makanan kat Sugarbun ni ha....mentang2 takde kat KL

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha dah perginya pun sama, makanya sama le postnya hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!