KEREPEK NGAKU SEDAP DIMAKAN TAPI NAK MEMBUATNYA PENUH KESABARAN | Memang sedap! Sekali makan kalau ngadap sebotol, boleh licin sekelip mata, haa itu Suami Sis. Dia memang suka kerepek ngaku ni. Sewaktu tahun baru cina baru-baru ni, Suami siap beli 3 botol, tapi bukannya nak beri pada orang, dia buat makannya sendiri dalam kereta, hahaha.
Kalau yang berada di Johor dan tau di mana Holiday Plaza, di bahagian pintu masuk tepi yang berdepan dengan kedai bunga tu, ada satu warung kecil yang menjual kerepek ngaku ni. Akak tu siap buat, goreng dan pack di situ. Sebotol RM 15 sahaja. Memang sedap paduu rasanya.
Selalu Sis beli kat situ la, agak nampak dah habis aje botol kerepek ngaku Suami tu, kalau ke sana mesti Sis belikan, kemain suka kalau dapat sebotol. Dan dek kerana Suami suka, makanya sewaktu kami pergi belanja barang dapur, boleh pulak Suami ternampak buah 'arrowhead' ni yang orang jadikan kerepek. Apalagi Suami beli hampir dua kilo juga dan minta Sis buatkan untuknya.
Okaylah Sis ikut arahan dan cuba membuatnya, walaupun kalau bab mengoreng ni memang tak suka betul hahahaha. Tak suka sebab duduk depan kuali tu lelama.
Yang tak kenal asal usul kejadiannya kerepek ngaku, haaa tu le buahnya, orang panggil arrowhead. Sis pun tak tau katagori buah ke sayur ek hahaha. Janji bila dah di jadikan kerepek, perghh memang sedap! Siapalah punya idea asal yang buat buah ni jadi kerepek kan..
Sekilo berapa RM? Adeii lupa laa nak tengok harga, Suami main pilih masuk plastik je, sebab Sis belanja barang lain. Nanti kalau ada nampak Sis bagitau ya. Dan lagi satu, sewaktu nak buat kerepek ngaku ni Sis mengaku yang Sis takde google ke atau research memana macam mana nak buat kerepek ngaku ni, Sis main beli, kopek, sagat dan goreng aje.
Sebab Sis fikir, alaa sama je macam buat kerepek ubi dan pisang tu hehehe.
Cuma masa selepas kopek kulitnya, Sis rendamkan sekejap buah tu ke dalam air yang berisi garam. Tak tau kenapa, cuma dalam kepala otak tak nak buah tu jadi lebam menunggu giliran nak kena sagat dan masuk kuali hahaha. Sebab tu Sis rendam. Alaa macam kita kopek buah epal tu, kan kita rendam dalam air garam, nak bagi fresh dan rangup, gitu le kekdahnya hahaha.
Dua tiga kali sagat dan goreng masih bertahan, masuk ke lima ke enam, adeiii seksa juga duk berdiri depan kuali ni menunggu kerepek garing. Terus dalam hati berkata-kata, lepas ni beli aje le senang, tak tahan oii duk depan kuali panas ,menggoreng hahahaha.
Memang bila dah siap waaa puashati nengok dapat berbekas-bekas, tapi fikir nak mendapatkannya tu, perghh berperang depan api ko, Sis tak biasa. Memang tabik spring laa pada mereka yang meniaga jualan kerepek ni! Lagi satu yang gelihatinya, masa Sis menggoreng, siap sekali angkat dari kuali, Suami datang cekut semangkuk, siap dua kali, Suami cekut semangkuk, sekali nengok, bilalah nak penuh bekas ni ek hahahahaha...
Tapi sebab Suami suka dan happy makannya, Sis laa orang paling bahagia rasanya, sebab dapat buatkan benda kesukaan Suami. Bila dah siap, haa kami anak beranak mengadap makan kerepek ngaku sambil nengok Netflix. Habis dah sebekas itu jam juga, tinggal lagi sebekas kecil tu.
So korang yang suka makan kerepek ngaku ni, bolehlah try buat. kalau yang anak ramai, kalau beli sebotol RM 15 tu, ada tak cukup makan kan. Buat sendiri rewang reramai kopek buah tu, kemudian kerjasama menggorengnya, mesti meriah! Lain le kalau buat sengsorang macam Sis, aje pengsan hahaha.
Ada yang tanya Sis jumpa buah arrowhead ni kat mana, Sis jumpa dan beli di Ekonsave Permas Jaya. katanya Adik Sis, di Tesco Sri Alam tu pun ada. Cubalah korang cari ya.
Okaylah, Sis nak bersiap, nak keluar sekejap, nak cari barang sikit. Malam kang ada jemputan makan plak. Nanti kita sambung lagi okay.
Bye.
P/S: Mana nak cari mask mulut lagi ni ek, semua tempat dah kehabisan!
kak, lenkali kalau buat kerepek ngaku nih jangan buang batang atas dia tuh, batang tu selalu senang jadikan pemegang...
ReplyDeletedana biasa sagat terus dalam kuali, batang tu jadi pemegang dan memudahkan kalau nk sagat kt bawah pun...
Oooo baru Sis tau tips Dana bagi tu, lepas ni jangan buang tangkainya ek...seksa gak nak memarut...
Deletekerepek ni kalau kita dah start makan payah betul nk berhenti.hehe.
ReplyDeleteKannnn, sekali makan, susah nak stop, mengadap sampai habis...
Deletekita suka kepek ni, Lin tapi bab nak membautnya tulah, payahhhhhh
ReplyDeleteHahahaha Suami Lin yang suka, Lin tumpang makan je, lepas ni beli je, nak buatnya seksaa Kak hahahaa
DeleteTak berkesempatan nak buat..SA sibuk jaga mak yang x sihat
ReplyDeleteNanti trylah SA, kalau jumpa Ngaku tu beli dan cuba..
Deleteboleh jual dah ni...hahhaha
ReplyDeleteHuii tak larat den nak menyagat oiii!
Deletewalaupun puas hati makan sebab buat sendiri tapi bab sagattt and goreng mmg x snggoppp
ReplyDeletehahahaha..
Tau takpe, cukuplah sekali Sis membuatnya...adeii kepanasan depan kuali...
Delete