'MAKAN JOURNEY' DI DOUBLE TREE BY HILTON MENJANJIKAN KEPUASAN!

Sis Lin
30
'MAKAN JOURNEY' DI DOUBLE TREE BY HILTON MENJANJIKAN KEPUASAN! | Puas dan kenyang, yaa itu yang Sis nak bagitau. Kalau di baca tajuk di atas 'Makan Journey' tu bermaksud 'Jalan-Jalan Cari Makan' macam tu laa, so sudah tentulah kita terfikir mestilah ada pelbagai menu dalam satu buffet kan? Ofcos buffet! Ko ngase? Maunya tak kenyangkan hahahaha.

Malaysia memang terkenal dengan makanan yang sedap dan pelbagai menu dari semua negeri. Setiap negeri ada keistimewaannnya tersendiri. Tapi untuk merasai kesemuanya, korang kenalah jelajah satu Malaysia kan, tu pun kadang bila dah sampai ke satu negeri tu, lupa pulak nak merasai makanannya, sebabnya dah nampak menu lain hahaha. 

Oleh itu, sepanjang bulan Februari ini Makan Kitchen di Double Tree by Hilton ingin mengajak kepada semua 'Food Lovers' atau pencinta makan datang untuk menikmati hidangan buffet bertemakan 'Makan Journey' yang telah pun bermula dari 2 hingga 27 Februari 2020 setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 6.30pm hingga 10.30pm. 



Jika siapa yang pernah makan di Makan Kitchen Double Tree by Hilton ni, korang mesti tau kan, ada kepelbagaian menu yang tersedia dari setiap dapur yang berlainan bangsa. Maksudnya, ada menu makanan Melayu, Cina, India dan juga Western (makanan barat). 

Lebih dari 80 jenis menu tersedia. Korang boleh pilih dari setiap ruang kaunter yang ada tanpa had. Makan selagi boleh dan korang boleh cuba semuanya. Dari masakan panas, bakar, kukus, dan juga sejuk, semuanya dalam satu buffet. Dan untuk kali ini, jangan lupa korang mencuba Freshly Roasted Chicken from the Oven, Dim Sum, Satay from the Charcoal Grill dan juga Chicken Tandoori bersama Naan Breads from the Tandoor Oven, dan banyak lagi. 




Kepada pencinta makanan jangan lupa merasai keenakannya Beef Kerabu, Satay, Assam Laksa & Prawn Sambal Petai from the Malay section yang pasti mengiurkan mata dan tekak korang. Sis paling suka makan satay dagingnya, sangat sedap! 

Pengemar makanan Cina boleh juga mencuba Double Boiled Chinese Herbal Soup, Stir Fried Kailan and Wok Fried Prawn from the Chinese corner. Ianya di masak dan di hidangkan secara panas ke meja korang. Dan tidak lupa juga, menu Tomato Dhaniya Shorbat, Palak Mutter, Lamb Raragosh, Mud Pot Biryani and Squid 65 from the Indian section dan banyak lagi menu tersedia. 




Yang sukakan manisan inilah masanya korang dapat merasai kesemuanya sepanjang Makan Journey yang berlangsung di kaunter Assorted Crepe Stall and Dessert Station. Selain dari manisan antarabangsa yang tersedia, juga tersedia Ice Kacang, Assorted Aiskrim Malaysia, Shibuya Toast and Charcoal Waffles, Sago Gula Melaka, Carrot Cake, Passionfruit Opera, Pandan Catalana and Peanut Butter Mascarpone. Korang boleh pilih yang mana menjadi taste korang. 

Sis suka akan Shibuya tu, ianya sejenis roti dan di letak atasnya dengan buah-buahan dan juga aiskrim, ermm sangat sedap. Tapi menu Acai Bowl tu Sis tak boleh masuk dek tekak, mungkin Sis bukan pengemar yogurt dan bijiran, so tak masuk tekak Sis. Tengok orang makan kemain sedap huhuhu..



Sebenarnya ada banyak lagi pilihan menu yang korang boleh pilih dan makan, cuma kali ni Sis tak amik semua gambar, Sis amik mana yang new highlight aje. Kang semua Sis tayang, korang kenyang tengok gambar aje pulak kan hehehe. 

So siapa yang suka makan, jomlah ke Makan Journey di Makan Kitchen Double Tree by Hilton sepanjang Februari 2020 ni ya. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Go on a Makan Journey with DoubleTree by Hilton at Makan Kitchen. Discover the best of Malaysian cuisine and cultures under one roof.

The Makan Journey promotion is available for dinner, Sunday to Thursday throughout 2 – 27 February 2020. Prices start from RM88 nett per adult and RM44 nett per child (age 6 – 12).

Your adventure comes to a sweet end with the freshly made to order Assorted Crepe Stall and Dessert Station. A tantalising local and international selection includes Ice Kacang, Assorted Aiskrim Malaysia, Shibuya Toast and Charcoal Waffles, Sago Gula Melaka, Carrot Cake, Passionfruit Opera and Pandan Catalana and many more!!

Located on level 1 of DoubleTree by Hilton Johor Bahru, Makan Kitchen is open daily from 6:30am until 10.30pm.

For further enquiries or reservations, please call +07 268 6868 or visit www.eatdrinkhilton.com.

Thank You Double Tree for having us ..


P/S: Eh..semalam korang ada cuba ke penyapu berdiri tu? Betul ek berdiri? Erkkkk....

إرسال تعليق

30تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mana ada makanan yang tak best kak oi... hahahah sedap-sedap semuanya

    ردحذف
    الردود
    1. Kann bagi je laa apa pun, semuanya sedap aje kalau makan kat Hotel hehehehe

      حذف
  2. nyummm tengok pun dah berselera ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa semuanya sedap Umi, tu amik gambar sikit je tu...

      حذف
  3. Nasib tengah lunch sambil tengok all these yummy dishes. Kalau tak mau meroyan nak mencari makanan yummy nie

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa oitt sambil makan pun main handphone ek hahahaha

      حذف
  4. Waffle Arang tu uniknya tak pernah la tau waffle pun ada waffle arang. Kalau bun arang tu adalah. Acai Bowl tu mungkin tak lalu nak makan juga sebab merahnya kan?.

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, sedap Ezna...sebelum ni pernah makan juga waffle arang, tapi yang ini lagi sedap! Acai Bowl tu sebab yogurt, so Sis tak makan yogurt, erkkk

      حذف
  5. Yeah!!!!!!!! Double Tree by Hilton memang a good place to dine. Dulu opiz Saya pun pernah buat dinner kat situ. Memang puas makan.

    ردحذف
    الردود
    1. Yay! Sebab tu tak lepaskan peluang kalau ada jemputan makan di sini, memang semua sedap-sedap!

      حذف
  6. Banyaknye menu dia. Nampak sedap2 makanan dia. Terliur dah ni

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Marina, semua sedap-sedap, tu baru nengok gambar, belum mencubanya lagi...

      حذف
  7. Ya sis. tengok gambar-gambar sis nampak kepuasannya disitu ya. Nanti kalau kita ke Johor bawak kita ke sini please.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha tengok gambar je dah puas kenyang, apalagi kalau duduk depan meja makannya..Mai le kalau datang Johor roger-roger Sis ya...

      حذف
  8. Sedapnya. Dekat jugak ni kalau nak pergi nanti. Esok jugak ajak husband hahahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaaa...tak rugi makan sini Airah..puas makan! Nanti dah makan jangan lupa share ya...

      حذف
  9. Me too! Bukan seorang peminat yogurt!
    Uhhhhhh! Tapi yang lainnn, memang sedap banget ar!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha Sis ko nengok yang lain makan sedapnya, Tricia makan sampai 2 bekas ko...pakkal jee Sis tak makan yogurt hahahaha

      حذف
  10. menarik gak ni. RM88 tu kira berpatutanlah and u get so much food you can choose from

    ردحذف
    الردود
    1. Yup! rm88 tu boleh makan semua makanan, dah macam JJCM satu Malaysia dalam Makan Kitchen tu haaaa

      حذف
  11. Wow so many food here and all look nice and delicious must try lah hehehe tengok harga pun berpatutan dan juga pilihan yang banyak.. Sedap lama tak makan kat tempat macam ni hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, harga dia berbaloi Maha, makan buffet lagi, mana nak dapatkan...puashati..makan sepuas-puasnya..

      حذف
  12. dah rindu nak buat buffet food review ...bukan apa suka tengok kepelbagaian makanan gitu ...double tree by hilton ni lagilah ...fames sangat ...semua makanan nampak sedap dan menarik ...meleleh dah air liuq ni tengokkk

    ردحذف
    الردود
    1. Takpe Kak, buffet Ramadhan coming soon hahaha..stanby je le perut hehehe...

      حذف
  13. lama tak makan hotel, double tree fuhh bukan calang calang hotel. Kira okay harga per pax tu, kurang seratus ringgit, macam mcam boleh makan. terliur juga tengok makanan ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, tak pernah miss kalau dapat pelawaan makan di sini, sebab menu dia semua sedap belaka.,..

      حذف
  14. hilton ni salalu ada promosi menarik. saya tak pernah ada pengalaman lagi ke sana. so far semua gambar nampak menyelerakan.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Nik, harga pun tak mahal, berbaloi dengan apa yang di hidangkan..puashati makan..

      حذف
  15. Pergh macam-macam ada.. Memng kenyang dan puas.. Memang kalau dapat makan macam ni memng kene ambil semua.. Hehehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Kann sebab tu tajuknya begitu, melangkah masuk makan, keluar dengan kepuasan hehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!