MANA NAK CARI TEPAK SIREH LAMA MACAM NI EK?

Sis Lin
21
MANA NAK CARI TEPAK SIREH LAMA MACAM NI EK? | Ada siapa yang tau? Mana nak cari Tepak Sireh desugn lama macam ni? Kalau ada, sila komen ya. Atau kalau ada siapa yang menjualnya, boleh email kepada Sis ya linmdnoor@gmail.com .

Yaa Sis sedang mencarinya. Dalam Johor ni Sis dah survey, kalau jenis macam ini belum ada nampak lagi jual dan Sis tak dapat lagi mencarinya, sebab tu Sis try post di sini kot-kot ada yang tau di mana ada jual sekitar Johor ni.

Cuma di Ayer Itam yang orang sebut-sebut suruh Sis cari, Sis belum pergi lagi, tapi comfirm ke ada? Kang datang jejauh, sekali takde, ermmm...



Gambar amik dari En Google.

Sis tak kisah perak ke emas ke, janji nak tepak sireh design lama gini. Dulu Emak Sis ada, entah mana dia letak entah. Kalau tak memang Sis guna yang tu. Lagi laa antik, sebab dari arwah Atuk Sis punya zaman perang lagi tu. Antikkan...

Nanti nak suruh Emak cari-cari, mesti ada dalam lemari tu. Tapi kalau korang ada terjumpa dan tau kot mana ada jual, bagitau ea. Kalau area Kuala Lumpur atau Shah Alam pun takpe, boleh minta anak Sis pi cari.

Kalau dah tau kat mana ada, senang nak tuju, Sis tau laa mana nak carinya, ni puas tanya dan cari, semua tak tau. di Johor PISB berdekatan Sis pun takde jual. Kalau design yang baru yang macam kotak tertutup tu ye banyak.

Nak buat apa? Hahaha nak buat hantaran laaa, takkan nak buat masak pulak. Dah, jangan banyak tanya, anak nak kawin laa apa laa, nanti Sis akan bagitau. Ni sebagai salah satu persiapannya. Doakan aje moga semuanya berjalan dengan baik. Aamiinn..

Jangan lupa tau, kalau jumpa, sila komen atau email.


P/S: Pengalaman pertama nak urus bab hantaran ni, so semua jadi blur..
Tags

إرسال تعليق

21تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tempoh hari sepupu PC kawin pun mak ngah PC cari juga..pun tak dapat juga..tanya-tanya mak andam pun tak ada..penyudahnya pakai yang moden punya..
    Kalau dapat ni memang best sebab klasik.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang tengah cari ni PC, nak cari sampai jumpa..now dah ada yang bagitau kat mana nak cari...

      حذف
  2. الردود
    1. Betul la, ada nampak kat pasar payang.

      حذف
    2. Ada yang yang email kita gak bagitau mana ada jual, belum reply lagi ni...

      حذف
  3. waaa, sis Lin nak timang menantu ke? ^^

    Aien tak tahu mana nak cari ni sebab sekarang pakai moden semua.

    ردحذف
  4. alamak, memang susah nk jumpa dah tepak sirih gini... cuba cari di kedai barangan pengantin takde ke kak? kadang ada atau di kedai menjual barang-barang puiter... kot ada

    ردحذف
    الردود
    1. Sis ada dpat orang email jawab, nanti nak kirim dengannya Dana, alhamdulilah...

      حذف
  5. Akak nak pi meminang ke kak?hehehe...susah dah sekarang nak cari tepak sirih..sewa kat mak andam kak

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha orang nak masuk meminang lerr, maklum anak pompuan hahahaha...

      حذف
  6. Wah3x... Dah nak terima menantu rupanya sis kita ni.. Semoga segalanya selamat ye sis.

    ردحذف
  7. kat rumah mak ada lagi tepak sirih ni..memang mak simpan dan kami pun memang sayang tepak sirih nii

    ردحذف
    الردود
    1. Kann simpan jangan buang, kalau di gosok elok nanti nampaknya..

      حذف
  8. kat maison raja rezza ada...hahahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Oitt hahahaha nak kena pi Kelantan ke acaner ni...

      حذف
  9. MIL kita masih simpan sampai sekarang tepak sirih ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Waaa antik tu, Sis tengah cari ni, nak buat hantaran...

      حذف
  10. kalo pegi Pasar Payang kat ganu tu ada jual ni.. kalo x silap..
    sebab macam pernah ternampak. cumaaa jauh le pulak kan ke ganuu..

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laa nak cari gak ni, nak guna nanti hehehehe...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!