PAKAI KASUT RM9.90, ADA AKU KESAH? JANJI PAKAI KASUT!

Sis Lin
46
PAKAI KASUT RM9.90, ADA AKU KESAH? JANJI PAKAI KASUT! | Betul tak? Janji pakai kasut! Murah ke mahal ke tak kisah, janji juga bila pakai kasutnya, kasutnya tak tertanggal hahaha. Ni kang beli mahal ada tu pakai tak sampai sebulan dah tertanggal tapak, dan ada juga beli punyalah murah, pakai bertahun tahan lamanya.

Jenis seorang Sis Lin memang tak cerewet dan tak kisah brand. Asal nampak lawa (tapi tengok harga dulu), dan murah, Sis beli jer. Sejujurnya ya, inilah kasut atau sepatu yang paling murah Sis beli dan pakai. Sis beli kat Shopee.

Mulanya kan dah nampak dah kat Shopee tu lalu lalang iklan jual kasut ni, tapi Sis ni jenis takut nak beli, takut tak muat satu hal, takut kang dapatnya sebesar keychain kang, aje giler hahahaha.

Tapi atas nafsu berahi yang nak juga mencuba belinya, makanya Sis telah mencuba beli dan amik saiz 40. Biasa Sis ni pakai tengok kasut, ada saiz 38, kadang 39 atau 40, kalau Carlo Rino yer, saiz Sis 38. Cuma beli online ni, Sis tak berani amik 38, so Sis amik 40. Ternyata alhamdulilah, ngam!



Order harini, lusa esoknya barang dah sampai. Cepat gilerr! Hahahaha. Sis tak espek kasut ni akan selesa dan best pakai tau, yelaa murahkan, ingat nak buat pakai pergi pasar dan kedai dekat-dekat jer, ataupun kadang buat salin-salin bilamana Suami ajak bercuti gitu, buat kasut spare.

Akan tetapi bila dapat kasutnya, perghh selesa gile bila sarung dan pakai. Memang tak sangka sama sekali! Walaupun rm 9.90, tapi sangat berbaloi untuk membeli dan memakainya, serius ni.

Korang boleh cuba dapatkannya juga. Tapi kalau korang jenis tak cerewet macam Sis lerr yer.



Tu haaa kedai Shopeenya, tengah sale lagi, Sis baru je print skrin pagi ni, tengok harga turun jadi RM9.40. Korang boleh order di situ ya. Murah dan selesa pakai. Walaupun dia ala getah macam Jelly Bunny tu, tapi dia tak sakit kaki bila pakai lama-lama.

Yerr Sis ko cakap ni sebab dah pakai dan dah pakai berjalan ke sana sini dah, setakat ni, tak melecet pun. Tak payah nak gigit-gigit bagai hahahaha.

Sis kongsi ni sebab ramai sangat nampak cakap cantik, sampai Suami Sis pun tegur, 'kasut baru lagi la tu', hahahaha. Nasib le murah ajerr, beli guna duit sendiri, tak payah minta kat Suami. So korang kalau nak cuba beli, beli di kedai tu ha, Sis memang rekemended sangat!

Servis cepat, chat tanya soalan pun jawab laju, dan barang sampai pun dalam keadaan baik. Beli lerr eh hahahaha.. *Iklan tak berbayar okay.

Okaylah, cukup perkongsian mengenai kasut, esok kita kongsi plak beli tudung murah hahahahaha.. dimana? rahasia, tunggu esok lalalalala..

Harini nak masak, menu permintaan Suami, Ikan Kurau Masak Kari Santan.
Jom kita memasak!!


P/S: Korang! Harini B5 Johor Street buka, jangan lupa serbu!! #DahBukakWei ...

إرسال تعليق

46تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sy pon sejenis yg xkisah pkai kasut murah..
    jnji selesa ok la..

    nmpk mcm berkenan jgk ni..
    nt gaji blh beli! terjah shopee! haha

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ezy, murah tak semestinya tak cantik, mahal tak selalunya selesa..janji pakai kasut...

      حذف
  2. Zaman muda2 dulu konon kesah laaa sekarang huh! Ada aku kesah?? Janji selesa, kaki tak sakit kan? Saya pakai je kasut murah janji selesa

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha sama kita lerr, dulu-dulu semua nak branded, sekarang, beli aje mana dapat kann Min hahaha

      حذف
  3. SA zaman muda2 dulu selalu beli kasut mahal..la ni dah tua- tua apa je kasut pakai je asalkan selesa..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah kita SA, main sarung je mana ada. Bukan takde yang mahal, tapi tengok tempat nak pakainya juga kan...

      حذف
  4. cantik kak kasutnya, harga murah tu kira best bonus bila dahla murah, cantik dan selesa lak tu...

    dana ni sangat jarang beli kasut online, takut tak muat kak, almaklum jenis kak besar kembang gini kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr cantik, tak sangka beli bila pakai selesa plak..so lepas ni beli aje dengan Shopee tu..heheheh

      حذف
  5. Janji lawoo kasutnya. Berkenan lak hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Beli Faizzah, yang ni berani Sis rekemen sebab dah beli kann hehehe

      حذف
  6. Rawlins pun sejenis pakai mestilah cantik dan selesa - harga murah itu tidak penting. Lagi murah lagi elok hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Murah ke mahal ke, bukan orang tau, kalau tak Sis update ni, orang pun tak tau Sis pakai kasut rm9.90 kann hahahaha

      حذف
  7. Cantekla kasut tu. Suka tgk simple jer. Harga dia sangat murah hokeh

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr murah aje, tu haa semalam ada lagi sale, lagi murah hehehe

      حذف
  8. Cepatnya sampai sis. Best la kalau order hari ni, esok dah sampai. Tak la lama menunggu macam tu. Saya pun tak kisah brand apa. Yang penting tahan lama. Dan lagi berbaloi kalau tahan lama dan murah... hehehe...happy sangat jadinya.

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, beli pagi, terus tranfer, so dia terus pos, esoknya dah sampai, terkejut kita hahahaha

      حذف
  9. bestnya dapat beli kasut murah cantik mcmni.. mcm saya kena cari betul2 lah ni sbb kaki size besar ..hihi... berbaloi kan sis dapat beli murah... bole beli banyak2 tukar hari2...hahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau saiz kaki besar memang kena try sendiri, takut kang saiz dapat kecik, Sis pun gamble je beli, nasib baik muat!

      حذف
  10. Bagi I kasut janji selesa dengan kaki tak kisah la murah ke mahal. Cantik design kasut tu!

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn..buat pakai pi kedai dan pasar jer..kalau yang mahal, sayang nak buat lasak kannn..

      حذف
  11. wow the shoes look so pretty! Not look like hanya RM 9.90 la. Time to check it out and buy!

    ردحذف
  12. Bila bab kasut ni sis jarang beli online sebab tsk puas... nk gak try dulu...hihi

    ردحذف
    الردود
    1. YUp ada gak macamtu, Sis pun jarang gak beli online ni, cuma ni gamble je beli, nasib baik okay hehehe

      حذف
  13. Wahhhh lawa lah pulak. Alahai terlambat tahu. Sabtu dah ada event, kalau tak boleh la beli dan pakai 😂

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe kannn, takpe Umi, masih boleh beli, harga dia memang murah sentiasa jer...

      حذف
  14. Setuju! Kalau Bella tak kisah asalkan selesa dan ada kualiti. Bella banyak pakai barang bundle dari JJJ yer. Semua lawa-lawa dan murah. Kalau kasut yng penting selesa dan tak sakit bila pakai.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Bella, kadang kita pakai mahal ke murah ke, bukan orang tau. KIta cakap baru orang tau murah dan mahal hehehehe

      حذف
  15. kita pun xkisah bli kasut murah..janji selesa..:)

    ردحذف
  16. setuju!!!! zul pun macam ni jugak, tak kisah orang nak cakap apa pasal barang yang kita beli, mahal atau murah tidak menentukan darjat pun, asalkan cantik dibadan kita. Beli pakai duit kita, bukan duit diorang kan. heheh

    ردحذف
    الردود
    1. Khennn..Sis pun tak kisah sampai haa buat posting satu Malaya baca hahahaa...xkisah pun..

      حذف
  17. berapa pun harga tak kisah pun, kalau saya mesti pastikan selesa dipakai. kalau tidak, murah atau mahal, tak selesa akan dipakai sekali sahaja.

    ردحذف
    الردود
    1. YUp..kita ikut keselesaan kita..yang tak suka tu, belilah yang mahal kann hehehe

      حذف
  18. kita pun tak kisah tang harga..janji cantik & selesa..pasar malam pun pasar malam lah..

    ردحذف
    الردود
    1. Lama tak beli kasut pasar malam sejak dah ada Shopee ni tau heheheeh

      حذف
  19. Samalah..skrg kalau beli kasut..yg penting selesa pakai dn x buat kaki sakit bila pakai lama yg ke 2 baru tgok cantik. Problem sakit lutut mmg dh x leh nak heel2 sgt

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, selagi selesa, kita pakai, kalau pakai je kaki sakit, jangan teruskan pakai...

      حذف
  20. wow, murah yer kasut tak sampai RM10. kasut kat pasar malam pun lagi mahal kan? ish, terasa nk g terjah shoppe jugak ni, beli satu. hehe...

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe belilah, Sis dah banyak belikan untuk kawan juga ni hehehe..sebab size kami sama semua..

      حذف
  21. memang cantik kasut ni...tapi tak berani la beli online..kang tak sama saiz..hahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Tu ler, kalau sama size, dah ku belikan untukmu Sunah..

      حذف
  22. Cantik! Berbaloi nampak kejadiannya dengan harga..ohhhh.kena beli satu Dua size lebih sikit ea.. noted..dah save info..nanti bukak Shopee boleh ushar...tapi Sama la..x berani gak beli kasut on9 ...huuuuuhu..

    ردحذف
    الردود
    1. Yup Nona, berbaloi membeli, lasak pun ya sebab dia getah..belilah cuba dulu, kang dah berkenan, ada membeli je ko hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!