SEDAP-SEDAP MENU DI MEISAN SZECHUAN RESTAURANT CINA HALAL MUTIARA JOHOR BAHRU

Sis Lin
28
SEDAP-SEDAP MENU DI MEISAN SZECHUAN RESTAURANT CINA HALAL MUTIARA JOHOR BAHRU | Yaaa betul-betul sedap menu yang di sediakan pada hari Sis dan geng media JOCOM makan tengah hari di sini sempena meraikan hari ketujuh perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Sejujurnya, ini adalah kali pertama Sis masuk ke (Hotel) Mutiara Johor Bahru ni, walaupun dahulunya namanya Holiday Inn, tapi tetap belum pernah Sis ko jejak. Dan pertama kali juga dapat masuk dan makan di Meisan Szechuan Restaurant Halalnya. Yaa restaurant cina ni halal, dan punya sijil halal sah!.



Mana-mana yang pernah membesar di Johor ni, mesti tau akan kewujudannya Mutiara Johor Bahru ni dan juga popularnya nama restoran ni. Mana taknya, sewaktu Sis singgah di Holiday Plaza membeli barang, berbual dengan seorang peniaga cina di situ, dia tanya Sis dari mana, Sis kata ada media review di restoran Meisan Szechuan, terus dia kata 'Waa itu restoran baik (sambil tunjuk ibu jarinya good) makanannya, sedap woo' katanya macamtu. So memang femeslah kan restoran ni.

Rezeki Sis laa dapat merasainya. Ternyata memang sedap kesemua hidangan yang di hidangkan. Cuma nak bagitau, hidangan yang Sis makan ni, walaupun ketika itu musim Tahun Baru Cina, tapi korang jangan risau, walaupun tak raya cina, kesemua menu-menu ini tetap ada di hidangkan jika korang order. Sentiasa ada katanya.

Meh nengok apa yang mereka hidangkan. Stanby kain lap mulut hahahaha..


Menu pertama yang di hidangkan adalah Shredded Dried Scallops Soup with Crabmeat and Fish Lips. Ya Tuhan yang ini memang sedap tak terkata. Tak sangka juga bibir ikan boleh di jadikan sup ek hahahaha. Lepas ni kat rumah kalau siang ikan Sis nak amik bibir ikan tu simpan hehehe.

Serius yang ini sedap! Sedap lagi ini dari Shark Fins Soup wokay!! .. Janganlah makan Shark Fins tu, sian dia huhuhu...



Menu kedua yang di hidangkan adalah Steamed Garoupa - Cantonese Style. Masa mula sampai menu ni, semua muka pelik dan excited termasuk Sis. Pelik sebab lain dari lain masakannya, biasa kami makan ikan kerapu stim putih tu, yang ini sangat beza. Kuahnya ada rasa sikit macam TomYam. Pedas-pedas sikit tapi memang sedap!

Ianya di datangkan bersama dengan Roti Mantau Goreng. Makan pepanas, cecah dengan kuah ikan tu, makk aii dapnyaa...sambil menaip kecur ayaq liur Sis..


Kemudiannya datang pula menu Deep Fried Boneless Chicken with Special Sauce and Shredded Mango. Menu ini menjadi kegemaran semua yang duduk semeja hehehe. Semua suka akan rasa ayam gorengnya yang di curah dengan sos dan ada hirisan buah mangga. Sos tu Sis rasa macam sos plum, tapi rasanya bukan, memang lain rasa sosnya, patutlah special namanya gitu.

Menu ni korang must try okay! Memang sedap. Portion dia banyak, boleh makan untuk 6/8 orang sepinggan tu.


Yang ini pula 2 masakan dalam satu pinggan, namanya Twin Delight Prawns with Dried Chili & Curry Leaves and Cornflakes. Menu ni juga antara menu killer yang selalu pengunjung datang makan ke sini. Masakan udang bersama cili kering tu memang sangat sedap. Sis suka!.

Dan agak sedikit kelainan dalam masakan ini apabila Chef masak menu udang bersama cornflakes dan daun kari hehehe. Hebat tak hebat, nanti korang boleh cuba dirumah hehehe. Tapi rasanya sedap dan rangup!


Menu wajib makan jika ke sini, Braised Black Mushroom, Fish Maw & Chicken Dumpling with Broccoli. Ini pun Sis suka, banyak Sis makan masa tu hehehe. Isi dumpling tu bila makan, ada inti ikan dalamnya, sedap gilerr!.

Dan Sos untuk menu ni, pun sedap, tak pedas, cecah dengan roti goreng tu pun sedap!. Yaa mana-mana makanan cina mesti ada hidangan ni, sebab apa? mereka suka makan sayur, bukan macam korang hahahaha.


Dan akhir sekali, apalagi kalau bukan Steamed Glutinpus Rice with Pumpkin In Lotus Leaf. Eee sedap sangatlah, Sis makan satu tu habis licin, padahal kan dah kenyang makan banyak menu sebelumnya hehehe. Sebab sedap. Takde rasa macam herba sangat dan kurang bau. Bau? Yaa biasanya ada sedikit bau dalam menu ni tau, tapi yang ini takde, elok je Sis makan.

Bau tu mungkin pada daunnya kot, atau rempah yang di stim dalam nasi tu, mungkinlah, Sis pun tak tau. Tapi yang ni korang cuba, memang sedap.


Dan akhir sekali, sebagai penutup makan tengah hari pada hari itu, kami di hidangkan dengan hidangan pencuci mulut iaitu Steamed Buns with Kaya and Cold 'Mua Chi'. Wowww roti tu sangat sedap, ada inti kaya dan Mua Chi tu waduh, makan sejuk masuk mulut, nikmat ya amat!!! ..

Apa tulis kat roti tu? ooo tu bahasa cina la time raya cina memang selalu mereka sebut, Heng Ong Huat !! Maksudnya macam Kaya, Sukses dan ada Ong maaa hahahahaha...


Sis rekemen sangat kat Korang yang suka makan menu makanan cina, yaa korang bolehlah cuba datang ke sini dan mencubanya. Menu-menu kesemua ini 'all time' (setiap hari) di sajikan jika ada permintaan. Tapi restorannya dibuka pada waktu lunch dari jam 11.30am - 2.30pm dan juga makan malam dari jam 6.30pm - 10.30pm.

Meisan Szechuan Restaurant
Mutiara Johor Bahru Hotel
No. 779, Jalan Dato Sulaiman, Taman Century, 80250 Johor Bahru

Contact: 07-3300 300
Email: fbjb@mutiarahotels.com

Website: https://www.mutiarajohorbahru.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MutiaraJohorBahru/

#Throwback sekitar Perayaan 7days Tahun Baru Cina, korang boleh lihat facebook pages Sis ni ya.


Thank You Mutiara Johor bahru for having Us.


P/S: Nanti nak makan Laksa Johornya pulak, dengarnya sedap! Jomm kita..

Post a Comment

28Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dugaan org tgh puasa tgk menu2 tu..sedapnyaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe maafkan hamba wahai Mama Tisya hehehe

      Delete
  2. Sis.. semua menu nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  3. ya ampun sedapnya semua kak oi... kak mesti ikan yang di ambil bibirnya tu besar kan... kalau takat ikan sekilo dua besar mana lah bibir dia heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lupa plak nak tanya Dana, tapi serius pertama kali juga dengar tau hahaha

      Delete
  4. Menariklah menu dia.. teringin pula nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, mai le datang Johor nanti boleh cubanya...

      Delete
  5. Sedapnya menu-menu tue, kalau dekat k mid dah pergi cuba tapi mana tau esok lusa ke Jb bole.lah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak, kotlah tersesat ke Johor, nanti boleh menginap dan makan di sini Kak..

      Delete
  6. Waduhhh sedapnya. Dah lah kita ni suka chinese food..sup tu buatkan kita meleleh air liur. Kalau dekat mau kita terjah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Hanny, lagi pulak sup szechuan crab tu arghh sedapnyaa...

      Delete
  7. Saya memang penggemar makanan cina kak. makanan diorang ni memang best. tengok kat sini pun macammenarik menu2 dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madi sama Sis, pantang kalau offer makan makanan Cina, memang kesukaan Sis..hehehe

      Delete
  8. Airah pun memang mencari restoran makanan cina halal dekat jb ni sebab dari haritu craving. Nak tunggu balik perak nanti lama sangat pulak. Harga dia berbaloi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa nanti boleh pergi Mutiara Johor Bahru Airah...memang mereka ada sijil Halal ya..makanlah puas-puas...sedap..Harga berbaloi, tak mahal sesangat...mampu bayar Ai..

      Delete
  9. Kebanyakkan Chinese cuisine memang sedap-sedap. Yalah menu yang bukan selalu dapat makan. Baguslah hotel ni ada sijil Halal yang sah sb yang ada banyak ni diragui jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann tak pernah tak sedap..ada sijil Halal, lagi bertambah sedap, makan tanpa was-was kan Bella..

      Delete
  10. amboi sis lin..posing lain macam kat gambar first..sedap sangat ni heheheh..btw menu masakan cina memamng semua fav..apo kat johor..cam kena singgah kalau ke sini nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu posing kelaparan sebelum makan, lepas makan posing dah lain dah hahahaha

      Delete
  11. Ya allah memang nampk sedap semuanya sis. Kte kalo makan cina kat Malaysia ni semua kite suka. Tapi gi Beijing i tak leh telan rasa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samalah kita, kalau dah ke Bangkok ke HongKong ke, nak masuk restoran Cina dia pun takut...tapi seafood dia makan bedal sampai kenyang hahahaha

      Delete
  12. Woowwoo sedapnya... Makanan sinchuan memang sedap lagi2 yg pedas.. Dah save, nanti sampai Jb nak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa memang sedap, baoleh terbawa sampai mimpi sedapnya...mai Kak, nanti datang Jb roger-roger..

      Delete
  13. lain drp yg lain!! unik! sesuai la dgn siapa yang teringin nak menu baru utk lari dr kebiasaan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Awa, halal pun ya, so jangan bimbang nak datang makan..

      Delete
  14. wah sedap2 semuanya. saya pun memang minat chinese food. terutama sayur dia, sup eggs drops tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..kesuakaan Sis juga tu..arghh sedapnyaaa...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!