SEMOGA MIMPI MENJADI KENYATAAN! | Jeng jeng jeng...waaa ceria dan bertenaga laa Sis Lin pagi ni hahahaha. Ofcos laaa, buat apa nak bangun pagi dengan keadaan sedih dan lembik-lembik? Buang masa je sebab sudahnya mood semua kelaut. Kang satu kerja semua tak siap dek melayan mood yang sedih dan lembik.
Lembik tu jadikan kita pemalas!
Dan ada masanya ceria dan bertenaga tu di sebabkan ada sesuatu yang membuatkan kita jadi lebih agresif. Ya betul! Adakah kerana bermimpikan sesuatu yang baik malam semalam, hinggakan begitu ceria bila bangun pagi? Hahahaha ye betul! Sibuklah korang ni nak tanya-tanya hahahaa...
Tapi takpelah, Sis ceritalah sebabnya, sebab terlalu gembira sangat pagi ni bila fikir mimpi malam tadi, tapi kalau cerita bukan korang faham pun hahaha.
Malam tadi Sis bermimpi, seorang yang pernah Sis kata Sis takkan maafkan dia (bagi korang yang ikut cerita Sis seblum ni laa), telah pergi jauh dari hidup Sis dan keluarga Sis. perasaan Sis ketika dalam mimpi tu bahagia tak boleh nak cakap dah, nak nangis pun tak, nak gelak pun tak, tapi apa yang boleh Sis katakan, segala doa yang Sis minta dan mohon pada Allah, dalam mimpi tu Allah makbulkan. MOga ianya akan menjadi realiti! Aaamiinn..
Mesti korang pelikkan, apalah citenya ni hahahaha. Nantilah cite ek.
Korang baca, korang buatlah spekulasi sendiri hahahaha. Sis tak kisah pun, janji jangan tabur fitnah, kang korang yang berdosa ya.
Dan harini, Isnin yang ceria, cuaca yang sejuk-sejuk, so apa kita nak buat harini? Korang ada plan apa-apa ke? Yang bekerja, selamat bekerja, yang surirumah tu, selamat melayan karenah anak-anak dan yang sedang sendirian tu (macam Sis ni), apalagi? tak rerti-reti nak sambung tidur, hahahaha..
Oitt bangun! Rugi je laa kalau sambung tidur, kang satu kerja tak siap. Kalau blogger macam Sis ni, inilah masanya nak draft segala kerja yang tertangguh dan blog walking blog kawan-kawan dan sambil membalas komen.
Untuk minggu ni agak rehat sikit, cuma Khamis aje Sis ada event, then bulan depan dah start bizi dengan #BuffetRamadhan, phewww satu-satu masuk ko, apalagi, sila siapkan bengkung! Hahaha.
Ingat tahun ni, niatnya, tiap kali jemputan #BuffetRamadhan, Sis nak puasa, yee puasa macam kita puasa ramadhan, so nanti masa event tu kita buka puasa di situ. Dapat gak pahala puasa sunat kan? InsyaAllah, moga Allah permudahkan semuanya.
So, jomlah kita sambung update one by one, sambil tu amik sarapan dulu ya. Pagi ni Sis nak makan roti bakar je gan air kopiO Hatyai hehehe. Kang tengah hari nak bakar ikan jer. Mood harini bakar-bakar ek hahaha..
Semalam Suami memancing lagi, bertambah lagi ikan dalam peti ais Sis, waduh! 3 ekor ikan besar Suami bawa balik. Nanti nak bawak gi kedai, potong-potong dan masuk bekas sesiap satu-satu, senang nak masak nanti.
Okaylah nanti kita sambung lagi. Nak bakar roti jap.
Have a nice day korang!
P/S: Tengok gambar tu, lamanya tak mandi air terjun! ..
Tengah meeting ni..selit mengomen...hahaha... Moga segala doa tercapai... Amin..Berterusan mimpi best yooo
ردحذفRajin ko Nona membaca hehehe...aamiinn
حذفMoga mimpi menjadi nyata.Aamiin.
ردحذفSemakin mendekat ramadhan.
Aamiinn..doakan kita ya PC ...
حذفweii nasib aku baca, aku ingatkan da kosong da event...lupa khamis ni ada bookexcess
ردحذفHahaha ko jangan lupa Khamis ni oii...jam 10am
حذفSemoga tak bermimpi di siang hari
ردحذفHuhuhu menakutkan laaa Wak..
حذفyes suka baca ayat-ayat kat post kak ^_^
ردحذفAlhamdulilah..makaseh Umi..
حذف