SIAPA MAKCIK YANG BAGI AKU TEH AIS CINCAU NI EK? | Al-kisahnya di satu tengah hari (harini), Sis ke kedai belakang rumah, membeli barang dapur. Sedang membeli dan memilih lada merah ada seorang MakCik ni tersenyum-senyum melihat Sis. Sis pun balas senyumannya. Kemudian Sis masuk kedalam kedai, MakCik tu pun ada juga dalam kedai. Tapi dia seolah tidak beli apa-apa pun. Cuma asyik senyum aje melihat Sis.
Kemudiannya setelah Sis selesai membeli dan membayar, Sis pun amik barang di kaunter dan kemudian Sis keluar dari kedai untuk naik kereta.
Dan secara tiba-tiba, ada seorang budak kecil ni datang kepada Sis dan menghulurkan sebekas cawan Teh Ais Cincau kepada Sis. Eh..Sis mula erkkkk apa ni?
Kemudiannya Sis tanya budak tu, Eh apa ni? Budak tu jawab, tadi ada MakCik tu beli, dia suruh bagi Cik satu..Gulp! Sis toleh kanan kiri cari MakCik tu takde. Tanya budak tu mana MakCik tu, dia jawab, dah balik..
Sis macam...ermmm terus amik, sebab peniaga keliling depan kedai tu semua tengok Sis. Macam pelik di situ, kenapa nak belikan Sis Teh Ais Cincau ni, sedangkan Sis ko tak suka minum ada Cincau huhuhu..Aishhh terus jadi tanda tanya sehingga post ni di taip.
Masuk kereta terus letak Teh Ais Cincau tu dan drive balik rumah. Kepala otak ni terus berfikir dan dalam hati berkata, Selamatkah aku minum air ni? Tekak tengah haus ni. Ikhlas ke MakCik tu? Atau ada sesuatu yang tidak baik?..arghhhh terus negatif Sis ko.
Bukan niat fikir negatif tak tentu arah tapi kalau korang jadi Sis? Ada rasa curiga dan was-was tak?
Tentu ada kan?...so? setelah fikir panjang tanpa dipendekkan, baca Bismillah, Sis terus minum jer...tawakkal aje, Sis fikir itu rezeki dari Allah. Kalau berlaku yang tidak baik, redha aje la, berserah pada Allah. Hilang juga haus bila sampai rumah.
Tapi siapa ek MakCik tu? Ermmm takde tua sangat, tak juga muda sangat, gaya biasa, kemas dan ada rupa orang, kaki pun jejak tanah...ermmm...takkan di sebabkan kes viral Penyapu Berdiri tu hari ini, terus jadi gini ek?...aishhh...
Apa-apa pun terima kasih ya MakCik, moga dimurahkan rezeki MakCik. Kotlah MakCik ni pembaca baca blog Saya ni kan, hehehehe.. Makaseyyyy!..
Apa yang korang fikir? kalau korang yang dapat Teh Ais Cincau tu? Apa yang korang buat? Oh! Ya adik yang bagi air tu, adik yang menjual air tu ler..
Hurmmmm....
P/S: Kalau delivery, ni namanya Rezeki tersalah alamat ni kot hehehehe..
Kalau SA pun pasti tertanya-tanya siapa yg bagi air tu dan pastinya SA x kan minum..hehehe
ReplyDeleteYaaa, siap toleh kanan kiri mencari MakCik tu, padahal dia keluar kedai sama je dengan Sis...
DeleteRezeki, sapu ajelah.
ReplyDeleteHahaha tu lee Wak, fikir gitu je laaaa
DeleteKalau penjual air tu yang bagi, jadi apa-apa, leh cari dia...hoho...so saya minum jer..ngeh3~
ReplyDeleteHahahaha lupa plak nak tanya adik tu, dia kenal ke MakCik tu...
Deletemungkin dia tu silent reader blog akak, dia nak tegur segan tapi dia nk kongsi rezeki dengan akak...lenkali kalau terjumpa makcik tu lagi, akak buat-buat la tegur.. husnuzon je kak hehehe...
ReplyDeletejanji kita baca la bismillah, ke apa minta doa takde apa jadi...
Hahahahaha sebab tu kata, positif aje laa Dana, tawakkal, dah rezeki kan, sayang pulak nak buang, so ku telan aje, alhamdulilah, baik-baik aje ni...
DeleteTak tahulah ya kalau kita berada di situasi tu, rasanya kita akan bagi pada orang lain atau tak minum langsung. Apapun semoga semuanya baik2 ya Lin
ReplyDeleteTak terfikir nak bagi kat sapa, semalam ada Mak pun tak sampai hati nak bagi Mak,s ebab kita sendiri tak tau datang dari mana, so bedal je la sendiri...
DeleteSemoga yang baik-baik sahaja.. Mungkin makcik tu kenal sis kot..
ReplyDeleteAlhamdulilah setakat harini Sis baik-baik aja ni haaa..takut gak kannn...
Delete