STATUS KESIHATAN AKU HARI INI 'FEVER FREE' | Yaa hari ini Sis ko di sahkan 'Fever Free', tapi bukan demam percuma ya hahaha..Maksudnya, hari ini Sis bebas dari jangkitan demam atau gejala-gejala yang menyebabkan virus Korona tu ha.
Pagi ni menemani Suami ke KPJ Abu Samad untuk rutin medical check-up dia, so pepagi lagi dah muncul di bilik Dr Abraham. Macam biasa pesakit nombor 1 hahaha. Tu pun menunggu lama gak nak masuk bilik Dr, sebab Dr ada kes di wad.
Sejak kes virus Korona ni, mana-mana tempat kunjungan orang ramai termasuk airport atau hospital dan klinik, mereka akan buat pemeriksaan saringan kepada semua pengunjung. Jadi tadi Sis dapatlah merasa satu pengalaman dan melihat macam mana mereka membuat saringan kepada semua pengunjung, pekerja dan juga pesakit, termasuk juga kakitangan dan para Doktor.
[Baca Juga] : Doa Agar Terhindar Dari Wabak Penyakit Berjangkit
Sebaik korang masuk je ke hospital, korang akan di tahan dulu, mereka akan check suhu badan dan juga akan di tanya beberapa soalan. Contohnya: ada demam tak? batuk? selsema? Jika ada, korang akan di beri mask penutup mulut, jika korang pakai yang korang punya sedia ada, mereka akan suruh bukak dan buang, dan guna yang baru mereka beri tu.
Sebab Sis nampak mereka buat macamtu. Baguslah kan, ini sebagai untuk langkah penjagaan dan keselamatan, so korang tidak akan di jangkitan kuman yang sedia dah ada melekat dari luar yang korang dah pakai tu. Pakai yang baru so refresh! Ada juga yang degil, tak nak pakai dan tak nak ganti yang sedia ada, ermmm...
Bila korang betul di sahkan tidak ada demam, satu pelekat akan di tampal pada korang. Jangan eksen sangat taknak lekatkannya, rata-rata semua yang berada di hospital tu semua pakai pelekat tu. Ini menandakan korang dah di beri ujian saringan tu. Kalau takde pelekat tu, korang kena buat lagi.
Sis tak pakai penutup mulut ke? Pakai, masa ni dalam bilik menunggu Suami scan, so Sis baru bukak sebab kepanasan berjalan dari bilik Dr nak ke bilik scan, semput ko, so amik nafas sekejap hahahaha.
Dari semalam memang Sis dah bagitau dengan Suami, ini kali kalau jumpa Dr Abraham kompom kena marah, sebab asyik tunda aje appoinment dan tukar date, so betul jangkaan Sis, kan dah kena marah hahahaha. Ubat pun tak teratur makan dan amik, nasib baik ujian darah semua okay.
Biasa ler orang lelaki ni degil, sibuk dengan kerja so kesihatan memang kadang di abaikan, kalau tak kita sergah, memang buat bodoh je la kan bab nak ke hospital ni,ermmm..
So nak taknak kali ni paksa Suami amik ubat sekali dua bulan, senang kalau pergi outstation, ubat sentiasa ada. Tapi lepas ni nak amik ubat kena jumpa Dr dulu, dah tak boleh main amik kat kaunter je. Bagus! kalau tak asyik skip je kan appoinment Dr huhuhu.
Sambil menunggu Suami amik ubat, terbaca kes Sajat ke Umrah tu, adeii kenapalah ko buat macamtu Sajat oii, tak memasal kerana ko sorang semua rakyat Malaysia kena impaknya. Dan kau pulak, dari menyorok sangat jantina ko, haaa tak ke jadi kecuh satu Dunia nanti, semua tahu ko tu jantan yang sebenarnya jantan!
Sis malas nak ulas panjang bab kes Sajat ni, selalu follow IG dia tu sebab suka tengok gelagat dan gedik dia tu, tapi bila ko menghina Islam macam ni, eeee menyampah Sis dengan ko Jat oi!!..Yang family dia tu dah kenapa menyokong sangat? Termasuk rakan artis tu semua? kalau betul kawan, nasihatlah kawan ko tu, sian dia sampai dah terpesong jauh dah.. Allahuakbar..
Moga Allah ampuni dosa-dosa ko Sajat. aamiinn..
Eh dah laa, emosi pulak kita di buatnya hahaha. Okaylah, Sis nak tidurkan mata sekejap, kepala pening gara-gara malam tadi tak tidur lutut sakit dek jatuh semalam huhuhu..
OkayBye.
P/S: Menghitung hari ... apa? Sibukkkkkkkk ...
semoga cepat sembuh dan dikembalikan kesihatan semula ye sis <3
ردحذفAaamiinn, makaseh Umi...now batuk-batuk pulak..
حذفBaguslah dah banyak tempat buat inisiatif mcm tu. Filter dulu siapa nak masuk. Barulah rasa selamat. Pasal sajat tu hmmmm. Takut tahu tak.....!!!
ردحذفYaaa, Nur mengandung lagilah, kena banyak rehat kat rumah ya Nur..jaga kesihatan..
حذفAlhamdulillah sihat ye sis. Kita ni baru baik demam. Kena juga buat test influenza A. Mujur masa warded hari tu coronavirus ni masih belum merebak. Kalau tak banyak lagi test/procedures nak kena hadap.
ردحذفAlhamdulilah, takut plak membacanya, nasib baik semuanya baik-baik aja ya...
حذفapooooo?? sis suka tengok sajat selama ni? hahahahhahahaha :p
ردحذفHahahaha oii baru tau ke haaaa...hahahaha
حذفAlhamdulillah, semoga sentiasa sihat.
ردحذفNasib baik wak tak kenal sajat
Hahahaha lawak laaa Wak ni hahaha
حذفSemoga kita semua dijauhkan dari segala penyakit yang bahaya..aminnn
ردحذفAamiinn...doa bebanyak kan SA
حذف