27 REJAB 1441H - SALAM ISRAK MIKRAJ 2020 | Selamat mengingati peristiwa agung Israk & Mikraj Nabi Muhammad saw buat semua pembaca blog @akusislin. Untuk kali ini walaupun dah banyak kali Sis kongsikan peristiwa Israk Mikraj di blog Sis, tapi takpe, kita kongsikan berkali-kali supaya kita tak lupa akan kejadian dan peritiwa yang berlaku. Baca aje pun dah dapat pahala, apalagi jika menghayatinya.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas juga selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut. Tapi harini mungkin tiadalah ceramah di Masjid ataupun di Surau bagi menjarakkan #SocialDistancing akibat penuaran virus Covid-19 ni.
Tapi korang masih boleh layari facebook live yang ada buat ceramah secara online.
Peristiwa Israk Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada bulan Rejab iaitu 27 Rejab setahun sebelum hijrah menurut jumhur ulama. Ia juga berlaku setelah kewafatan isteri baginda Rasulullah S.A.W, Saidatina Khadijah R.A. dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.
Peristiwa Israk dan Mikraj belaku dalam satu malam dimana boleh dibahagikan kepada dua fasa :
1. Israk - Perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj - Perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
ISRAK
Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq. Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci Zam Zam.
Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat yang tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan).
Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
MIKRAJ
Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga. Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud. Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu. Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.
Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
SELEPAS MIKRAJ
Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram. Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah. Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini. Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.
Kesimpulannya, peristiwa ini berlaku hanya untuk baginda menerima perintah solat 5 waktu yang mana solat itu sangat penting dalam kehidupan sehari-hari kita. Ketika hari penghitungan kelak, solat inilah yang akan disoal dahulu sebelum yang lainnya. Hanya 5 waktu dalam satu hari. Tetapi walaupun hanya sebanyak 5 kali sehari, itu pun masih ramai umat manusia yang tidak melangar perintah Allah ini.
Cuba bayangkan betapa sedihnya baginda melihat umatnya yang meninggalkan solat. Ia umpama tidak menghargai pengorbanan dan kesusahan Rasulullah ketika menerima perintah tersebut.
Dalam suasana dunia yang penuh dugaan , jangan lupa untuk mendekati diri dan hati terhadap akhirat kerana akhirat juga tempat yang kita tujui akhirnya...
Hidupkanlah di rumah masing-masing bersama pasangan , anak anak, anak dan ibu bapa ...sambut dgn bacaan bacaan al Quran ...
Ihya Malam Israk & Mikraj 1441H
- Iktikaf di tempat solat
- Wirdul Latif
- Solat Maghrib Berjemaah
- Sunat Ba'diyah Maghrib
- Surah Al-Mulk (1X)
- Surah Ash-Sharh (3x)
- Surah Al-Ikhlas (10x)
- Surah Al-Falaq (3x)
- Surah An-Nas (3x)
- Istighfar (70x)
- Selawat sehingga Isyak
- Solat Isyak Berjemaah dgn suami/ isteri jika ada atau dgn anak anak .
Semoga kita tergolong dalam umat yang membuatkan Rasulullah tersenyum melihatnya.
P/S: Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw, dan berdoa moga semua penyakit wabak berjangkit ini #Covid19 segera berakhir.

Salam isra' mikraj sis Lin.. ^^
ReplyDeleteSalam Israk Mikraj juga buat Aien..
Deletethnk you so much for sharing this
ReplyDeleteMost welcome, moga bermanfaat..
Deletesalam israk mikraj sis...sendu je rasa israk mikraj tahun ni...huhuhu
ReplyDeleteYaaa Sunah, entah bagaimanalah Ramadhan nanti kan...huwaaa
Deletesuka dengar ceramah kalau ada orang citer pasal sirah Israk Mikraj..
ReplyDeleteIyerrr semalam dengar dari live facebook aje Siti..sedihkan, kalau tak semua mesjid/surau ada ceramah..
Delete