AKU BARU NAK RASA MOCHI DURIAN WALL'S NI HAA

Sis Lin
16
AKU BARU NAK RASA MOCHI DURIAN WALL'S NI HAA | Yaaa orang lain jangan kata dah jadi taik gigi, silap-silap dah takde baki dalam perut dah, dah 'pam' masuk Indah Water dah, tapi Sis ko baru nak rasa haa hahahahaha. Waktu tengah viral tu, jujur cakap, takde rasa pun nak beli dan mencari dan nak makannya, ni tiba-tiba je bila adik Sis tunjuk, haaa baru rasa teringin.

Itu pun sana sini gak mencari kata adik, tapi susah nak jumpa, cepat aje habis. Tapi nasib baik juga ada anak saudara yang kerja di 7eleven, itu yang dapat beli dan minta anak saudara Sis simpankan, kalau tak, jangan harap laaa. Kata anak saudara, harini sampai, esok dah licin hahahaha.

Yaaa takde tunggu-tunggu dua tiga hari punya, kejap je dah licin, padahal boleh tahan gak harganya tu oii RM3 seketul. Kalau beli 5 dah RM15, kenyang makan KFC 3 ketul ayam hahahaha.

Tapi takpelah, janji merasa, jangan idok kan...


Dan bila dah rasa dan merasainya, wowww memang wowww gile rasa dia. 100% terasa sungguh duriannya. Memang betul di tulisnya tu pada paketnya, dibuat daripada 100% puri durian! Memang sedap gile, patut laa orang yang makan sekali, pasti nak lagi dan lagi dan lagi..

Kalau Sis makan mochi suka makan lembik-lembik, ada orang macam adik Sis tu, suka makan keras, tapi kalau ikut sebenarnya tekstur mochi ni, memang makannya lembik. Baru lee kaw-kaw rasa dia. Kena pulak isinya durian yang macam isi durian sebenar tu, lagi lee sedap oii!

Korang kalau belum cuba, lekas cuba, sebelum Wall's stopkan pengeluarannya, kang nyesal ngidam ternganga lobang hidung hahahaha. Janji dapat rasa sekali dah ler, sekali katanya? Semalam je Sis ko bedal 3 biji hahahahaha..

Bagi Suami semalam rasa satu pun dia kata sedap, nak lagi? Sila beli sendiri kakakakakah..


Okaylah, nanti kita sambung lagi, kang lepas Zuhur ni Sis nak ke majlis Khatam Quran pegantin anak jiran setaman Sis ni haaa, esok majlis berlangsungnya pulak. Ermm baru ni laa kat Johor ada orang buat majlis kahwin hari Ahad, mungkin tuannya amik sempena cuti sekolah kot. Sebab rata-rata buat hari Sabtu. Nasib juga esok Ahad, so Suami ada, bolehlah teman pergi makan nasi minyak sekali esok. Jiran setaman kot, takkan le tak pergi kann..

Dalam pada itu, kita amik langkah berjaga-jaga dan kebersihan diri..insyaAllah moga semuanya baik-baik aja dan dipermudahkan urusan tuan rumahnya dan para jemputannya.

Dah jomm, bersiap-siap! Bai..


P/S: Terbayang-bayang muka Suami pagi tadi senyum lebor, kemain ea hahaha..apa? Jeng3x....

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Suami nak apaaa??! Hahahahaha.. saya haritu pun x rasa lagi..sebab fikir..leh rasa durian sebenar jelaa..kah3..tapi adik beli yang strawberry...sedapw jugakkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sibuk ko ea Nona hahaha...yang stoberi tu pun sedap kan Nonaa..lkecurr arrrr

      Delete
  2. Lepas rasa mochi p majlis pulak ye Sis...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa masa update ni, berangan nak pergi majlisnya PC, sekali batuk menyerang, terus tak jadi pi, makan ubat batuk then tidur..takut melarat..

      Delete
  3. Kita belum rasa heheh. Nnti nak try lah. Ramai review kata sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Farah, Sis pun kata sedap, memang sedap..jadi lerr rasa sekali kan hehehe

      Delete
  4. Belum pernah jumpa lagi.
    Durian fresh adalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau durian fresh gan Mochi, Saya piliha durian Wak..hehehehe

      Delete
  5. sya pun dah rasa! betul sangat rasa dia macam durian betul2 tapi tula mahal la rm3 hahah, rasa tak berbaloi utk benda kecik ni je hehe

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa pejam mata je beli dan bayar hahahaha...

      Delete
  6. Replies
    1. Kannn, stoberi dah rasa, lupa amik gambonya sebab makan dalam kereta hahahaha

      Delete
  7. alaa aku tak rasa lagi...asyik takde je kat 7E...geram pulak..esok lah cuba cari...7E bukak kan...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak jumpa oii walaupun dah tak viral, kalau kata namanya durian, sekejap je licinnnn

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!