ALHAMDULILAH, PEMBEDAHAN TONSIL AKU DI TANGGUHKAN | Mana yang tau sebelum ni kisah Sis di masukkan ke hospital KPJ Pasir Gudang baru-baru ni, so mesti korang tau kenapa kan masalah yang Sis hadapi. Dan semalam adalah hari Sis jumpa Doktor penuhi temujanji bersama untuk pemeriksaan susulan.
Dari malam sebelumnya dah tanya Suami, nak pergi ke tak, nak pergi ke tak, Suami siap kata nak hantar tak? Tapi sebab tak boleh keluar berduaan, so Sis kata kat Suami, Sis pergi sendiri aja. Sis bukannya apa, takut kena warded untuk Sis jalani pembedahan buang tonsil tu. Takut!
Temujanjinya jam 10am, tapi Sis lengah-lengahkan aje, tak tau laa, dari di rumah, perasaan ni berbelah bagi nak pergi KPJ tu. Takut pun ada, seriau pun ada. Ingat nak kemas sekali kain baju, untuk persediaan, so nanti tak payahlah anak ke Suami datang hantar baju, tapi detik hati ni kuat kata, rasanya mesti postponed laaa operate ni hahahaa.
So Sis bergegas siap, sampaikan Suami pun dah call dua kali tanya, tapi Sis masih kat rumah lagi hahahaha. Sampai KPJ Sis park depan macam biasa. Nampak kosong dan sepi je KPJ. Kesahnya sekarang sejak virus Covid-19, semua pelawat KPJ kena masuk dari pintu emergency belakang sana. So berjalan kali laa Sis dengan cuaca panas terik!.
Sampai ke emergency, makk aii terkejut sekejap Sis, terpinga-pinga pun ada, punyalah ramai warga KKM semua pakai baju biru tu haa, semua bertutup dari atas ke bawah ko. Ko rasa? Dari aku rasa sihat, terus rasa nak demam, adoii jangan memain, kang kalau demam, mampos kena tahan.
Sampai je depan staff tu, dia tanya sambil dia picitkan hand sanitizer.
Staff: Puan nak kemana?
Sis: Nak jumpa Doktor ada temujanji. *Sambil tunjukkan kad temujanji Sis.
Staff: Ooo baiklah, Puan duduk sini, dan isi borang ni ya.
Sis: Baiklah.
Selesai isi surat tu, Sis kembalikan padanya, Staff baca dan terus bertanya pada Sis
Staff: Puan ada keluar negara dalam masa 14 hari lepas?
Sis: Takde
Staff: Puan ada kontak dengan pesakit Covid19?
Sis: Takde
Staff: Puan ada ikut majlis Tabligh?
Sis: Takde
Staff: Ookay Puan bangun dan berdiri di sana ya, kita check suhu.
Masa ni Sis ko berdebar dah, kalau check tekanan darah, rasanya naik darah Sis hahahaha. Dalam pada Staff tu check suhu Sis, sorang lagi Staff picitkan hand sanitizer kepada Sis. Dan tampal sticker FEVER FREE.
Tetttt, bunyi check suhu tu berbunyi, terus Staff kata.
Staff: Okay Puan, ini surat nanti sampai ke Klinik yang Puan temujanji tu, Puan beri pada mereka ya. Dan balik nanti, Puan ikut pintu hadapan.
Sis: Ooo okay baiklah, terima kasih.
Staff: Terima kasih Puan memberi kerjasama.
Sis: Sama-sama.
Phewww dia punya lega bila lepas tu dah macam rasa lepas dari tahanan polis roadblock ko hahahaha...adeii, masa Sis sampai tu ada juga dua tiga orang tengah isi borang juga. Mereka snagat serius ookay dalam buat pemeriksaan, so korang isi borang atau jika Staff tanya, sila jawab dengan JUJUR. Jangan sampai menyusahkan orang lain.
Harini temujanji Sis bersama Doktor Aizal dan juga Doktor Nidzam. Doktor Aizal ni dah macam Doktor personal Sis, semua tentang kesihatan dan masaalah Sis, semua dia tau. Asal jumpa aje dia, kalau tekanan darah Sis naik, mesti dia akan tanya 'Awak stress ke?', huhuhuhu. Dia seolah memahami masaalah apa yang selama ini Sis pendam.
Tapi servis dan rekemen ubat yang dia bagi Sis, memang terbaik dan serasi dengan Sis. Alhamdulilah. Semalam pun semua okay. Cuma ye la tekanan darah tu ada naik sikit, mungkin sebab nerbes dek sebab pemeriksaan kat bawah tadi le tu hahahaha. Jantung kemain laju ko kata Doktor hahahaha lawak!.
Kemudian Sis ke bilik Doktor Nidzam pulak. Doktor ni le yang merawat Tonsil Sis. Dan harini keputusan Sis nak dengar dari Doktor mengenai Sleep Test Sis tu. Samaada Sis ada Anemia atau tidak. Dan alhamdulilah, Doktor kata Sis takde Anemia, cuma oksigen dalam badan ketika tidur aje kurang.
Dan setelah berbincang dengan Doktor, jalan terbaik pembedahan Sis ni di tangguhkan sehingga keadaan Covid19 ni reda. Doktor tak kisah pun kalau Sis nak buat juga, tapi dia yang sarankan agar tangguh dulu. So Sis ikut dan patuhi, lagipun itu jalan terbaik juga kan. Takde nanti nak menyusahkan anak dan merisaukan Suami. Dah le nak masuk hospital susah, tak boleh ramai-ramai. Jadi lebih baik kita tunggu dan postponed aje.
Selesai semua temujanji, terus turun untuk amik ubat dan bayar bil. Kebetulan jam dah jam 1pm, Sis tau jam segitu ada Perutusan dari Perdana Menteri kita mengenai Covid19. Nasib baik juga KPJ ni kat bawah tu ada tv, so selesai bayar dan amik ubat, Sis duduk situ dulu sambil tengok tv dan dengar apa yang nak di sampaikan oleh PM kita.
Dan sudah dijangka sama sekali. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia di sambung lagi segingga 14/4/2020. Memang dapat di jangka, walaupun kadar kematian buat masa dua hari ini agak rendah, tapi kedegilan rakyat Malaysia yang susah sangat nak #DudukRumah ni, dah tak tau nak kata dah. Degil tahap maksima dah!
Lagi marah, lagi tegur, lagi berderet kereta atas jalan raya tu, sampai jem dibuatnya!! Nak kemana haa korang!!!...kot ye kalau panik soping, kalau barang dapur habis, tapi dah kenapa sampai jejauh nak beli barang, sampai naik highway? Memang tak logik gile! Area rumah korang takde kedia runcit ke apa???...Stress aku fikir masaalah orang ni tau adoii...
Haaa padahnya, PKP di sambung lagi..korang suka kan kan kan...huhuhu..tak kasihani langsung masalah orang lain, dengan kedegilan korang yang taknak #StayAtHome tu, buat ramai orang susah tau tak?!!..lagi-lagi peniaga, kesian mereka takde sumber pendapatan. Apa yang korang fikir pun tak tau laa..
Dah le, makin panjang kang bebel Sis kat sini..stress oii!! Korang fikirlah sendiri ya..
P/S: Jom makan roti celup telur! Sambil baca up to date mengenai #Covid19..

gws sis.. PKP ni ramai yang panic buying, tu menambah penyakit tu.. rileks lah beli mana yang patut dulu, takda nak habis barangnya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukurlah pembedahan tonsil ditanggungkan. Secara jujurnya kalau bagi diri sendiri pulak, rasa kecut perut bila dengar orang buat operation dan sebagainya. Apa pun semoga semuanya dipermudahkan.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semua urusan sis. Takut tau semalam nak cari barang anak pagi dah pegi takut bertembung dengan ramai orang
ReplyDeleteLeka saya baca tulisan Lini ni...apa pun moga cepat sembuh ada hukmah di sebalik penangguhan tu mana tau pas ni tonsil baik.
ReplyDeleteTangguhhhhh, nice.......hehe... Yang kat hiway tu..kerja kot...kahh...sekarang tempat kerja dah buat shift asing-asing biar tak ramai dalam satu shift tu...yang mana kerja normal, akan selang seli cuti, atau selang seli shift...tak bertemu antara group A dengan B..agituhhh
ReplyDeleteSemoga sis cepat sembuh..mungkin ada hikmah dari penanguhan operation tue.
ReplyDeleteHusband I dulu doktor suggested juga dia buang tonsil sebab asyik dok bengkak je.. sekali tu I suruh dia makan vitamin c jangan skip Alhamdulillah much better jarang nampak dia selesema kahak banyak sekarang.. dia sejenis tak suka ambil supp.. tapi bini dia sekarang rajin dok beli supp letak atas meja.. haaa kalau I tak sediakan dia ambil sendiri.. 😁Alhamdulillah semua dengan Iain Allah
ReplyDeleteIzin*
DeleteSebaiknya ditangguhkan agar kelak takde la pening jika ada komplikasi kan. Bertabahlah kita semua dan semoga Covid nie segera hilang
ReplyDeleteAkak jaga kesihatan ok. Semoga dipermudahkan segala urusan. Dalam keadaan lega, mesti akak risau kan. Sakit ke kak tonsil tu? Ikut diet pemakanan seimbang ya. Hehehe
ReplyDeleteLin take care. Moga diberi segera kesembuhan. Aminn..mmg stress kan tgk mrknyg x dengar kata
ReplyDeleteHaah betul.. Bila dah risau.. Stp symmyom yang disenaraikan.. Yiba3 mcm ada.. Dpd tak demm rasa nak demam, kadang2 time tu la nak batuk ke apa.. Hehe.. Tp apa pun dpd ulasan tu.. Staff kat situ nmpk sgt bertanggungjawab dlm menangani maslah pesakit..
ReplyDeletealhamdulillah...sleep apnea pun takde la kan...syukurrr
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh sis..take care of yourself..jangan stress2 tau..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ya. jaga diri dan kesihatan di waktu2 macam ni :)
ReplyDeletealhamdulillah semoga cepat sembuh. kena cari vitamin yang dapat bantu naikkan sistem imun
ReplyDeleteoh sis pun ada masalah tonsil ya. saya dh buang beberapa tahun lepas. Nanti boleh la baca perkongsian saya di blog. Apapon moga dipermudahkan sis.
ReplyDelete