AQIQAH CENTRE TAWAR HARGA SERENDAH RM499 UNTUK PAKEJ AQIQAH & QURBAN DI MEKAH

Sis Lin
17
AQIQAH CENTRE TAWAR HARGA SERENDAH RM499 UNTUK PAKEJ AQIQAH & QURBAN DI MEKAH | Aqiqah menurut pemahaman Sis ialah ‘memotong’. Ianya juga merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Aqiqah menurut Islam atau istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. Wallahuaklam.

Korang dah buat aqiqah untuk diri sendiri atau untuk anak korang? Tak ada masa nak uruskannya? Survey harga mahal di luar kemampuan? atau takut nak buat secara online takut di tipu?.

Yee Sis faham, sebab itu harini Sis nak kongsikan dengan korang semua mengenai Pakej Aqiqah & Qurban dari Aqiqah Centre. Pernah dengar nama tu?


Apa Itu Aqiqah Centre?

Aqiqah Centre adalah syarikat Malaysia yang mengurus aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Kewujudan dan kepakaran mereka didalam dunia pengurusan aqiqah dan qurban bermula dari tahun 2015. Penjenamaan aqiqah centre bermula pada awal tahun 2019, dan ini adalah hasil rebranding dari jenama asal, Halim House of Lamb.

Jimat Kos Dan Masa Pengurusan 

Hukum melaksanakan aqiqah menurut Islam untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat dan sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah SWT.

Rata-rata masyarakat Islam banyak bertangguh disebabkan masaalah masa dan juga kos untuk pakej aqiqah & qurban itu. Ini adalah kerana di Malaysia jika korang survey dan dapati, harga pakej untuk satu aqiqah & qurban adalah sekitar Rm850. Itu tak termasuk upah masak, majlis, menu tambahan dan sebagainya. Kalau siap semua boleh cecah hampir ke RM2000 untuk 1 majlis.

Dan kesan dari kos yang tinggi macmtulah, orang ramai memilih untuk bertangguh, dan akhirnya tak buat sebab anak dah besar, malu nak buat majlis aqiqah.

Tawaran Harga Yang Rendah Dan Murah


Maka dengan sebab itulah pihak Aqiqah Centre ingin memudahkan urusan orang ramai yang berkeinginan menunaikan hajat untuk membuat aqiqah & qurban, dengan menawarkan pakej harga serendah hanya RM499 sahaja. Murahkan? Mana nak dapat harga serendah itu. Dan ianya akan dilaksana di Tanah Suci Mekah. 

Bukan itu sahaja, pakej yang di tawarkan termasuk harga dan juga percuma sijil dan rakaman video sembelihan dengan sebutan nama anak (tiada unsur scam). Sijilnya juga adalah sijil ukiran kayu bernilai Rm40. Kesemua ini termasuk dalam pakej harga all in.

Video Testimoni  : Aqiqah Centre 
"DIPERCAYAI LEBIH 19,000 PELANGGAN"





Cara Mendaftar Secara Online 

Melalui Aqiqah Centre, korang hanya perlu 5 minit sahaja untuk mendaftar. selebihnya semua urusan pihak mereka yang akan sempurnakan. Sembelihan dibuat setiap minggu hari jumaat. *Boleh pilih tarikh untuk kelahiran baru.

Caranya:
- Masuk ke laman web https://aqiqahcentre.com/borang-aqiqah-mekah/ (Aqiqah) atau https://aqiqahcentre.com/borang-qurban-mekah/ (Qurban) dan isi semua maklumat pendaftran di dalam borang yang di sediakan.
- Setelah selesai, pilih cara pembayaran dan klik SUBMIT.
- Kemudian, korang akan terima video sembelian selepas 3 hari sembelian dan sijil kurang 2 minggu dari tarikh pembayaran.

Agihan Daging : Dilaksanakan di Mekah dan diagihkan kepada fakir miskin.

Atau korang boleh hubungi Aqiqah Centre melalui nombor Encik Bryan Musa +60 10-840 0803 (Call/Whatsapp) untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Facebook : Aqiqah Centre
Instagram : @aqiqahcentredotcom
Website : Aqiqah Centre 

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis:
Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.


P/S: Alhamdulilah, Sis ketiga-tiga anak dan juga diri Sis dan Suami sendiri sudah laksanakan aqiqah & qurban. Syukur. 

إرسال تعليق

17تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. teringat dulu masa kecik arwah atok buat kenduri aqiqah untuk kami sepupu sepapat..

    ردحذف
  2. murah tu banyak pula diskaun. semoga ada rezeki bagi yang membaca utk buat quran

    ردحذف
  3. Dah murah sgt dgn harga separuh dari kebiasaan. Senang juga dah ada agensi yang boleh tlg uruskan majlis aqiqah di tanah haram. Boleh Bella share nanti.

    ردحذف
  4. Banyak kali plan nak buat aqiqah anak tapi terpaksa tangguh sebab kos yang agak mahal. Boleh bagitau suami nanti pasal ni, harganya pun dah murah dah tu berbanding yang kami survey sebelum ni. Thanks sis kongsi pasal aqiqah centre ni

    ردحذف
  5. ok sgt harga tu, sis.
    kalau buat sendiri di sini, sekor kambing tak kurang rm800 kot sekarang.
    aida ada hutang sekor kambing akikah for izzat.
    maybe nak buat di kemboja. tapi tu la, lom terlaksana.

    ردحذف
  6. Masa anak saya Aqiqah dulu, saya pun buat stail macam ni. Order online, bayar dan bulan depan dapat sijil dah lalukan Aqiqah / Qurban. Lagi satu harga dia murah skit dr kos kita kenduri kendara dan nak prepare pelamin bagai. hahaha

    ردحذف
  7. K mid semua anal buat aqiqah di Kg ..mmg kos murah cikit tak semurah aqiqah centre...tq atas perkongsian bole bagitau kawan yg lain

    ردحذف
  8. Bab akikah SA suka sbb dpt makan lauk kambing..hahahaha

    ردحذف
  9. Murah juga harga pakej yang ditawarkan. Boleh lah suggest dekat kawan2 nanti :)

    ردحذف
  10. Bagus ada pendekatan mcm nie. Mudah utk kita buat aqiqah dan ibadah2 korban. Pakej yg ditawarkan pon murah. Pasti ramai yg akan ambil peluang nie

    ردحذف
  11. wah murah juga pakej aqiqah dan kurban ni.tahun lepas huda buat dengan ezqurban jer. mungkin tahun ni boleh buat dengan company ni pula

    ردحذف
  12. Bagusnya ada Aqiqah Centre ni. Kalau kat Malaysia memang beribu jugak habis sebab nak jemput keluarga semua. Kalau daftar kat Aqiqah Centre ni dapat jugalah orang fakir miskin makan.

    ردحذف
  13. Bagus Aqiqah Centre nie. InsyaAllah matlamat kita sampai dan tidak ditipu kan. Lagipun harganya berpatutan

    ردحذف
  14. oo murah juga buat kat sana kan. menarik juga ni. nanti covid19 selesai bolehlah cuba buat

    ردحذف
  15. Memang murah sangat tuh rm499. Boleh rebut peluang buat aqiqah ni sebba pakej ditawarkan murah dan berbaloi kan

    ردحذف
  16. Not bad harga dia ya. Boleh suggest kat sanak saudara. Sis ada jugak wat korban kat sana gunakan org tengah juga. Alhamdulillah semua selesai tanpa sebarang masalah

    ردحذف
  17. bagusnya! first time tau ada khidmat sebegini. bolehlah guna untuk masa depan nnti :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!