Mana taknya pertama kali juga Sis melihat satu kedai buku yang nenampilkan lebih sejuta buah buku berkonsepkan ‘The Box of Knowledge’ yang jika di lihat seperti kotak dalam kotak yang sangat unik!. Dari jauh nampak seperti bongkah emas gitu. Sangat menarik perhatian.
Pencinta buku atau ulat buku di selatan tanah air, Johor, kini boleh membeli buku dengan potongan harga antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan di BookXcess Sunway Big Box yang telah dibuka secara rasmi di FF-01, Sunway Big Box, Sunway Iskandar.
Kalau takde diskaun pun, kesemua buku yang di jual pun harganya memang murah sangat ko! Yang selalu pergi Big Bad Wolf mesti tau. Tapi...opsss di sini takde jual buku bahasa melayu ya, harap maklum hehehe.
Para pengunjung yang sampai depan pintu BookXcess Sunway Big Box pasti terpegun melihat kedai buku berkeluasan 32,000 kaki persegi yang turut menampilkan rak buku yang setinggi 7.5 meter. Kedai buku yang serba unik ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
Rak buku tersebut turut menempatkan Children’s Cave di sebelah bawah iaitu sebuah sudut khas untuk kanak-kanak. Selain buku kanak-kanak, korang juga boleh mendapatkan buku-buku daripada pelbagai genre bila korang naik ke atas seperti sains fiksyen, seram, kesusasteraan, novel remaja, buku-buku perniagaan, resipi masakan, seni dan reka bentuk, buku kanak-kanak serta banyak lagi buku-buku terlaris di kedai buku terbesar di Johor ini.
Juga di bahagian ruang bawah, pun ada pelbagai sudut bacaan buku yang menarik.
Di sini turut menampilkan sudut membaca yang selesa bagi memudahkan untuk korang membaca buku-buku yang disediakan. Selain itu, kalau korang datang dengan kawan-kawan, dan nak lepak-lepak sambil minum kopi, haa korang juga boleh menikmati secawan kopi dan pelbagai jenis jenis pencucui mulut di kafe milik BookXcess, Café Wolf, di dalam kedai buku berkenaan.
Yup korang boleh lepas sambil minum kopi dan makan roti atau kek yang di jual di situ. Terdapat juga meja yang mesra pengguna di mana mejanya di sediakan tempat cas telefon atau laptop di atasnya. So kalau korang nak lepak sana bawa laptop pun boleh.
Di Children’s Cave, ibu bapa yang membawa anak mereka pasti teruja kerana dapat bersama anak mereka membaca buku dengan beraneka pilihan judul menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Eksklusif bagi BookXcess sahaja, ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan siri Buku Ajaib yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) di kedai buku ini.
Buku Ajaib ini membolehkan kanak-kanak membaca, bermain serta belajar kerana ia menggunakan teknologi AR tercanggih bagi merevolusikan kaedah pembacaan untuk generasi akan datang dan menciptakan satu pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Yang pasti korang sebagai ibubapa mesti ada apps nya untuk menggunakan AR tu ya.
Selain itu juga, anak-anak boleh menyaksikan watak-watak dalm pelbagai jenis buku bersiri kegemaran mereka seperti Disney Winnie The Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey, Counting Fun with Mickey, Disney Frozen: A Sleepover Party dan banyak lagi.
Promosi pembelian istimewa ini diadakan mulai 27 Februari hingga 31 Mac 2020 untuk siri Buku Ajaib. Di mana korang boleh membeli 2 buah Buku Ajaib dan mendapatkan 1 buah Buku Ajaib secara percuma atau membeli 3 Buku Ajaib bagi mendapatkan 2 Buku Ajaib secara percuma. Woww sangat berbaloi hokay!
Red Readerhood, satu rak buku yang diletak di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BookXcess ini, percaya bahawa semua orang tanpa mengira status berhak mendapatkan akses kepada ilmu menerusi bacaan. Melalui inisiatif Red Readerhood, buku-buku Bahasa Inggeris yang baharu dikumpul dan didermakan kepada mereka yang kurang bernasib baik menerusi badan-badan kebajikan masyarakat tempatan yang turut sama menyokong usaha ini.
Bagi memulakan usaha ini, BookXcess Sunway Big Box komited untuk menyumbangkan bilangan buku yang sama dengan jumlah bilangan buku yang dijual pada hari pembukaan kedai berkenaan. Para pelanggan boleh memilih buku pilihan mereka di sudut Red Readerhood untuk didermakan.
Sempena promosi pembukaan, korang turut layak untuk menyertai promosi seperti keahlian BookXcess percuma, pembelian judul terpilih pada harga RM1, serta mendapatkan baucar tunai BookXcess bernilai RM20 untuk setiap pembelian berjumlah RM150.
Atau korang kunjungi laman sosial BookXcess untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pertandingan yang diadakan, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram: @bookxcess
Website: https://www.bookxcess.com/
P/S: Sis dapat juga beli satu buah buku yang sangat Sis suka, tajuknya 'LAUGH' ... :)
Lawanya port ni. Bawa diri menghilang ke sini pun best jugak ni.. ^^
ردحذفKann Aien..sekali agak stress, larikan diri ke sini hehehe
حذفSuka dengan susunaturnya la Sis.
ردحذفYee PC, susun atur dia jadikan mata sedap memandang dan senang nak cari bukunya..
حذفRamainya buku.
ردحذفHahahaha macam kebun kan Wak hahaha
حذفNice nyaaa...nanti nak singgah lahh minum kopi....even x selalu baca English book pun..hahahaha...
ردحذفSelamat membaca sis...baca sampai habiss okkayhh...Saya baca tajuk buku tu pun Saya dah nak laugh lahh sis ..muahahahaa
Yaaa Nona, banyak genre kalau ko nak baca, bacalah yang simple dan mudah faham, then sambil minum, atau bawa laptop update blog ko hehehe
حذفadoi, syok giler ni, kena tunggu geng balik nanti kita meronggeng ke sana
ردحذفHehehe kan Kak, jangan lupa meronggeng sambil minum kopi hehehe
حذفumi tertarik dengan buku-buku kanak-kanak tu.ada masa nak pi terjah
ردحذفSangat banyakkkk...mata boleh jadi juling nengok buku kanak-kanak..
حذفoic.
ردحذفxde buku BM ye.
baru nak cari 1 novel.
anak aida beli di bbw last time.
beli 2. rupanya ia adalah novel bersambung. kena beli buku ke3.
x jual di kedai :(
hanya di bbw.
Takde, semua buku Bahasa Inglish sahaja Aida..
حذفcantik giler rak buku tu..ni kalau ambil gambar ootd mesti cantik..kalau ambil gambar wedding pun lagi cantik kut hihi..besar luas semua kemudahan ada..kanak2 lagilah seronok baca buku kat sini..sambil beli/baca buku boleh juga ye minum/makan best environment
ردحذفYerr kalau OOTD memang lawa gile ni EL...luas sangat, macam boleh baring-baring sambil naba buku gitu...
حذفAlhamdulillah..k mid yg duduk KL pun dah smpai bookxcess nie...konsep sikit2 sama macam starfield Library Seoul..cumadi sini bookstore tapi di Seoul Library:))
ردحذفWoww ye ke Kak Mid? Bestkann...Yup konsep macam tu laa juga..tak silap kat Shah Alam pun ada macam ni, cuma dia bulat, yang ni kotak..
حذفSerius boleh duduk dan baca buku dekat situ? Tak tahu pulak saya. Ingatkan beli je boleh. Menarik
ردحذفYaaa boleh lepak minum kopi lagikkk hehehe nak main piano pun boleh...
حذفCantiknya lahai design rak buku dia. Memang menarik minat pengunjung betul. Siap boleh lepak kopi2 lagi kat situ. Marilah ke Book Xcess!
ردحذفDah pergi ke Nur? Pergilah bawa anak, boleh lepak santai-santai aje sambil membaca...
حذفDesign dia macam sebuah library kat luar negara. Lupa negara mana, tapi lagi tinggi rak buku dia. Teringin nak pegi sebab menarik.
ردحذفKat Korea Bella ada satu, tapi tu tinggi besar gile, yang ni pun boleh tahan besar tinggi hehehe..
حذفYa ampun syurga buku..tapi book xcess buku yg ditawarkan sgt murah dan berbaloi
ردحذفYup..buku dia sangat murah, standard harga BBW punya..
حذفbestnya. kalau nak dtg buat kerja pun best ni. kat johor ya? harap kat area gombak ada la 1
ردحذفKannn, kalau bawa laptop pun boleh, sambil baca buat kerja...
حذفMohon la buka seindah begini di Selangor @ KL nie. Memang Rawlins akan datang dan membaca (sambil bergambar bagai) kat situ. Cantik betul tempatnya. Banyak pula bukunya. Sejenis kebahagiaan bila buku banyak gini.
ردحذفKan kan, kena buat konsep macam ni untuk tarik daya minat membaca golongan muda ni kan..tengok tempat je dah macam syurga buku...
حذفUiks bestnya kak..kte dah la sejenis yg suka sgt membaca ni jadi memang puas ati lepak sini sambil minum kopi
ردحذفJom le ke Johor, nanti kita lepak sini aje hehehe
حذفSaya nak sangat pergi BookXcess ni sis. Tapi jauh sangat.. hahaha... terpaksa pula naik kapal terbang dulu. Harap oneday ada cawangan kat Sabah... Seronok!! - Blog Sofinahlamudindotcom
ردحذفOne day nanti insyaAllah akan ada di Sabah ke kan..buat macam ni bagus, tarikan membaca golongan belia dan kanak-kanak..tengok je dah suka kann
حذفAkak kalau ke sini. roger saya okeh. Hahahaha. Boleh la kita ngeteh sesama.
ردحذفBaik! Ajom laaa kita nanti..jangan bawa mangkuk tepen je sudah hahaha
حذفMenariklah book-xcess ni. Jom la lepak kat sini.. kita ngopi sambil baca buku..
ردحذفKan kan Zarin, jom laa, kalau datang Johor bagitau..kita lepak sini aje hehehe
حذفwah kalau dapat ke book-xcess ni mesti rasa relaks je lepak sini.. suasana membaca yang ulat buku suka ni.. heee
ردحذفYup, tenang aje bila berada di sini TB..walau ada kanak-kanak pun, tapi mereka khusyuk membaca buku..
حذفpergh boleh la klau nak hilangkan diri kat sini nanti. buat macam dekat ja nak pi, haha
ردحذفHahahah kann, nak hilangkan diri mai sini, datang sini aje yaaa
حذفBestnya! Macam besar je kawasan book xcess ni. Kalau tak silap dalam amcorp mall ada satu kedai book xcess, tapi tak sebesar yang ni la.
ردحذفI would like to say that this blog really convinced me to do it! Thanks, very good post. USA domestic order fulfillment
ردحذف