BUFFET RAMADHAN: NIKMATI SAJIAN SELERA KAMPUNG DI TANJONG PUTERI GOLF RESORT

Sis Lin
16
BUFFET RAMADHAN: NIKMATI SAJIAN SELERA KAMPUNG DI TANJONG PUTERI GOLF RESORT | Ramadhan bakal datang lagi, makanya akan banyaklah promosi buffet ramadhan sana sini yang di tunggu-tunggu oleh semua orang, termasuk juga Sis. Ye laa mana taknya time buffet ramadhan laa kita dapat nikmati makanan bermacam jenis juadah yang jarang-jarang kita jumpa.

Dan baru-baru ini Sis berkesempatan untuk menikmati keenakan buffet ramadhan di Tanjong Puteri Golf Resort (TGPR) sempena promosi early bird mereka yang sudah pun mula di jual dengan harga yang sangat istimewa.

Yang tak pernah pergi atau makan di sini, korang boleh cuba untuk tahun ni ya.




Bertemakan 'Selera Kampung', Tanjong Puteri Golf Resort menjanjikan sesuatu yang pasti akan meninggalkan kesan di hati  mereka kepada mereka yang merindui masakan air tangan Emak mereka. Di mana sajian yang di hidangkan adalah menu-menu harian yang kebiasaannya Emak kita masakkan untuk kita di rumah.

Yelah time bulan puasalah kita rindu masakan Emak kitakan. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal berjauhan atau sudah tiada Emak, mungkin bila makan di sini akan mengamit sedikit kenangan buat korang.

Antara menu yang di sajikan adalah: Sotong/Udang Berlado, Daging Kerutub, Ikan Masak Cili Api, Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak, Lemak Labu Pucuk Manis, Siput Sedut Lemak Cili Api dan banyak lagi menu yang akan di hidangkan mengikut pusingan.




Semuanya sangat menyelerakan, sampai Sis pun tak tau nak makan mana satu hahaha. Tapi kalau dah kata Selera Kampung, ko bayangkanlah makan nasi bersama lemak labu pucuk manis tu dengan aneka sambal belacan yang ada, berserta ulam-ulaman dan juga aneka jenis ikan asin, tambah pula dengan sambal sotongnya, perghh gaul nasi masuk mulut, mau orang pangil nama ko terjerit pun ko tak dengar hahaha.

Dan macam biasa di setiap buffet ramadhan memang tak sah kalau takde Kambing Golek dan Satay. Istimewanya Kambing Golek di TGPR ni, ianya di perap bersama 16 jenis rempah selama 36jam dan di bakar secara perlahan bagi memastikan dagingnya juicy dan rempahnya resap ke dalam daghing. Memang sedap!




Bukan itu aja, ada juga menu Roti Canai dan Murtabak, Chicken Shawarna & Capati, BBQ meats and seafood dan juga Mangolian BBQ/Teppanyaki dan banyak lagi yang ada di sajikan, tak tersebut satu-satu namanya. Tapi rata-rata kawan Sis yang makan Chiecken Shawarna dengan Capati tu semua kata sedap, aishh rugi Sis tak rasa laaaa...dah kenyang sangat ko hahaha.

Bagi mereka yang tak makan nasi (diet ke?), jangan risau, ada juga hidangan mee yang disediakan, antaranya, Mee Goreng Mamak, Char Kway Teow, Laksa Johor, Curry Laksa, dan juga Sup Tulang dan juga Bubur Lambuk. Yaa Bubur Lambuk dan Sup Tulangnya kena cuba! Sekali cuba mesti bermangkuk tambahnya hehehe.

Dan tak lupa juga aneka salad dan sosnya..macam-macam ado.




Sesudah makan, korang boleh mencuba pencuci mulutnya juga, pelbagai hidangan kuih-muih dan juga beraneka jenis bubur seperti Pengat Pisang, Bubur Cha Cha dan juga Koktail di hidangkan berserta dengan buah-buahan beraneka jenis yang boleh korang makan.

Dah nama pun orang Johor kan, tentunyalah ada Goreng Pisang dan juga Keledek dan Ubi Goreng yang boleh korang makan dengan sambal kicap pedas, di goreng panas-panas sangat menyelerakan.




Lebih dari 100 jenis menu yang boleh korang makan dengan hanya satu kali bayaran yang pasti berbaloi. So apalagi, buat tempahan awal untuk dapatkan harga istimewa untuk keluarga, rakan dan orang tersayang korang. Ajak kawan-kawan semua berbuka puasa di sini ya. Yela makan berjemaah ramai-ramai tu kan afdol..hehehehe.

Buffet bermula dari 27/4 hingga 22/5 2020 (Setiap Hari).

Harga:
- RM98nett Dewasa
- RM49nett Kanak² (Bawah 11 tahun)

Pembelian awal (Early Bird):
- Beli 10 (Dewasa) + Percuma 2 (Dewasa) | Sebelum 31/3/2020
- Beli 10 (Dewasa) + Percuma 1 (Dewasa) | 1/4 hingga 22/5/2020

Dapatkan potongan harga istimewa RM78nett (Dewasa)/RM39nett (Kanak² bawah 11 tahun) dengan setiap pembelian pada 27/4 hingga 29/4/2020.



Untuk segala pertanyaan hubungi:

Ṁȧġḋėl̇ėṅė Ėṙ 07-271 1888/259 6100
Email: enquiry@tpgr.com
Website: www.tpgr.com

𝗧𝗮𝗻𝗷𝗼𝗻𝗴 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗚𝗼𝗹𝗳 𝗥𝗲𝘀𝗼𝗿𝘁
Jalan Tanjong Puteri 1,
Tanjong Puteri Resort,
81700 Pasir Gudang,Johor.


P/S: Tiap kali buffet ramadhan, kambing golek dan Satay jadi pilihan utama Sis hehehe..

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. masya Allah sedapnyaaaaa kek tu sisssss

    ReplyDelete
  2. Sedap dan menyelerakan semua. Memang nampak masakan mak-mak~ xx

    ReplyDelete
  3. wahhh sedapnya, tang goreng pisang, ubi goreng tu paling best dan rare tuh kak...

    ReplyDelete
  4. Best la orang Johor dah tahu dah nak iftar kat mana. Saya dulu rasa pelik juga makan goreng pisang cicah sambal kicap tapi sekarang saya suka....Sedap!!!

    ReplyDelete
  5. ohsem! lauk melayu jugak kekadang yg pikat hati aida bila nak berbuka.
    lemak labu pucuk manis tu ,sos, ngencesssssss! ya Allah. dpt sesenduk tu pun jadik la. feveret.
    dessert wajib la kan. buat pemanis mulut lepas seharian berpuasa :)

    ReplyDelete
  6. fuh.. tengok menu mcm ni terus rasa lapar.. cabara pada bulan puasa bila sana sini offer juadah buka puasa.. harga pun berpatutan saya rasa..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya makanan kat sini. Suka dengan variasi hidangan yg ditawarkan... klu time berbuka lagi best

    ReplyDelete
  8. Sesiapa yang berada di kawasan ini boleh lah cuba makan kat sini ya tak... klu pergi masakan pertama kak mestii masakan tempoyak.

    ReplyDelete
  9. Wah best yer berbuka kat sini. Pembuka selera dapat makan pisang goreng panas cicah sambal kicap!

    ReplyDelete
  10. Sedapnye tengok sajian lauk pauk dan kuih muih tu. Mesti best bulan puasa nanti.

    ReplyDelete
  11. Terlioq pulak sis tengok, nampak sedap2 n tempat dia pun tengok selesa je. Kalau lah sis tersinggah Johor Ramadhan ni..boleh le singgah kat sini berbuka

    ReplyDelete
  12. Banyak juga pilihan lauk pauk yang ada. Dessert pun banyak. Bolehlah singgah berbuka nanti kalau pergi Johor

    ReplyDelete
  13. Puasa dah nak dekat, banyak dah buffet ramadan buat promosi..sedapnya semau makan ni..banyak betul lauk dia ye..

    ReplyDelete
  14. Huwa akakkkk. Bestnyaaaaaaaaaa. Tak sabar nak puasa!! Semuanya sedap-sedap!

    ReplyDelete
  15. boleh la ni masuk list bulan ramadhan nanti semua makanan tu nampak sedap2 hihi

    ReplyDelete
  16. Wah sedapnya nmpk semua mknn tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!