BUFFET RAMADHAN: SAJIAN SELERA KAMPUNG NUSANTARA DI BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR

Sis Lin
19
BUFFET RAMADHAN: SAJIAN SELERA KAMPUNG NUSANTARA DI BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR | Sejujurnya kan, waktu tengah menaip posting ni, air liur Sis tertelan-telan bila nengok menu Pecal Sayur tu haa, iyerrr terus terasa-rasa di tekak Sis ni keenakkannya. Aishhh mana nak cari ek time gini.

Tu lee dia, kalau menaip perut tengah lapar, nampak gambar pun rasa macam nak telan skrin laptop ni hahahaha. Tu baru nengok gambar, belum lagi ko pergi dan singgah makannya. Memang kesemua menu masakannya semua sedap-sedap, terutama bagi mereka yang mengemari masakan Indonesia.

Yaa biasa kalau cakap menu Indonesia, tak kira di Malaysia atau korang sendiri ke Indonesia, tak sudah-sudah dengan nasi Padangnyaa aje kan, macam takde menu lain je nak makan kan hehehe. Kini sempena Buffet Ramadhan 2020 tahun ini, Berjaya Waterfront Hotel, mengetengahkan menu-menu yang di datangkan khas dari masakan Indonesia terutamanya Batam (Negara paling dekat dengan Johor) yang akan di sajikan sempena Buffet Ramadhan 2020 bermula dari 24/4 sehingga 23/5/2020.



Sis berpeluang turut sama di majlis Media Food Reviewnya baru-baru ini bagi memperkenalkan tema untuk Buffet Ramadhan Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru yaitu 'Selera Kampung Nusantara' yang akan di sajikan lebih dari 100 menu tersedia ada.

Bertempat di Salt 'n' Pepper Restaurant (Level 5), korang boleh nikmati semua jenis masakan dan menu asli Indonesia yang terdiri daripada: Mee Goreng Medan, Kolak Pisang, Oseng-Oseng Kambing, Pecal Saos Kacang, Ayam Betutu, Rendang Sapi, Asinan Sayur Bumbu, Soto Medan, Nasi Liwet juga Kambing Tonggek dan banyak lagi.




Juga terdapat warung-warung kecik masakan panas yang boleh korang nikmati juga, antaranya: Kambing Tonggek, Martabak Telor, Tahu Bunting, Durian Goreng, juga bermacam-macam lagi. Apa? Kenapa tonggek? Entah, dah memang kambingnya duduk tonggek gitu kot hahahaha..Eh tapi sedap, juicy dagingnya, makan dengan Sos Sambal kicap dan juga Sos Sambal Kacang, hahaha mesti korang pelik kan?, yaa mula pelik gak, tapi bila dah makan, woww sedap juga ya!.

Tak lupa juga terdapat 12 jenis aneka sambal yang boleh korang cuba. Sis paling suka Sambal Hijaunya, sedap giler, teringat kalau makan Nasi Padang, Sis akan amik bebanyak ko, sama juga masa makan kat sini, bersudu-sudu Sis ceduk hehehehe. Antara sambalnya yang ada adalah: Sambel Teri, Sambal Terasi, Sambal Rao, Sambal Matah, Sambal Lais, Sambal Pleaching dan bermacam lagi laaa. Nama memang aneh, tapi rasa dia sama macam sambal biasa korang makan.




Beraneka kuih-muih juga di sajikan. Dan macam biasa Indonesia terkenal dengan kuihnya yang berasaskan pulut, makanya setiap menunya mesti ada Kueh Wajik, Kuih Ketan kelapa, Kueh Dadar Gulung, Kueh Pukis kelapa, Kuih Serikaya dan beraneka jenis lagi. Jangan lupa korang rasa Kueh Lopesnya, sedap! Jap rasanya dia panggil nama lain, Sis dah lupa laa, tapi rupanya memang Kueh Lopes yang makan dengan gula melaka tu haa.

Minuman panas dan sejuk juga ada di sediakan. Dan paling istimewa korang akan dapat nikmati Es Dawet yang seakan macam Cendol malaysia, tapi bukan Cendol. Dalamnya memang ada cendol tapi ada kelainannya sebab dalam Es Dawet tu ada nangka, sedap! Korang mesti cuba. Juga ada Es Timun Selasih, Bubur Sumsum dan macam-macam lagi minuman dan pencuci mulutnya termasuk juga aneka buah-buahan yang amnis bangat!!!.




Rasa asli kesemua menu yang bertemakan Selera Kampung Nusantara ini akan korang dapat rasai melalui bahan dan juga rempahnya yang pasti membuat sesiapa yang jauh (Khususnya warga Batam Indonesia) yang merantau di negera orang seolah berada di kampung sendiri.

Harga pembelian awal di tawarkan serendah RM62nett/RM38nett sahaja
(belian dari 1/3 - 15/4/2020).

Harga biasa hanya RM78nett dewasa dan RM38nett kanak² dan juga warga emas.

Pakej penginapan 2hari 1malam
Beserta Sahur & Berbuka RM149nett per-person (Deluxe Room).
*Corporate Rate RM55nett per-person (100 pembelian baucer ke atas).



Untuk lebih melihat lebih banyak gambar lagi, sila ke facebook Page @akusislin seperti di atas ya. 

Untuk tempahan & Pertanyaan:
Boleh hubungi +6010 439 4101/07 221 9999 ext 5106/5107.
Atau email bwh.rvsn@berjayahotel.com

Website: www.berjayahotel.com.my
FB: Berjaya Waterfront Johor Bahru
IG: @bwhjb

Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru
88 Jalan Ibrahim Sultan
Stulang Laut
80300 Johor Bahru.


P/S: Berbaloi gak tu, beli baucer, siap penginapan + Sahur + Berbuka Puasa..kan kannn...

إرسال تعليق

19تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tuuuuu dia punya gambar, memanggil-manggil

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kambing tunggek tu Kak mengancam kannn hahahaha

      حذف
  2. Perghhhhh hilang terus kata2 😂

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha tengok jee, jangan berkta-kata Umi hahahaha

      حذف
  3. hahaha comel kan kambing tu...duduk dengan penuh kesopanan...

    ردحذف
  4. Package 📦 nya menarik betul. Tertarik dgn beli voucher + penginapan + sahur. Ada package kejut sahur sekali tak? Hahaha

    ردحذف
  5. haha tgk kambing tu je dh terhibur.. tak tau la nnt kalau pi makan nnt asyik tergelak ke apa... ni kalau ke johor time puasa nnt haruslah singgah..

    ردحذف
  6. Wah. Siap ada persembahan tu. Harga dia pun menarik. Mesti penuh kelak sebab promosi awalnya menarik sangat tu

    ردحذف
  7. Lauk pauk kampung memang terbaik. I dah la teringin nak makan rendang. Tengok post ni terus terliur.

    ردحذف
  8. Wah jauh perjalanan ke Johor ni klu nak rasa bufet Ramadannya..orang JB apa lagi bolrh la start trmpah.

    ردحذف
  9. Perghh kambing golek tu dah melambai lambai dah. Tapi tu lah..jauh bebenor nak ke sana..huhuhu

    ردحذف
  10. funny betul nama kambing tu. kambing tunggek? tonggek ek? hahah semua sedap2

    ردحذف
  11. Looks yummy! Thanks for sharing! Nak ajak kawan kawan pergi sama sama~

    ردحذف
  12. Sukalah.makanan kat sini. Semuanya nampak menarik dan sedap. Nanti kalau ke johor time ramafhan bolehlah cuba

    ردحذف
  13. sedap2 ya makanan kat sini. bolehlah nnti makan dkt sini untuk rasa makanan indonesia. terima kasih share ya

    ردحذف
  14. Makanan sajian kampung ni memang favourite tau. Tengok makanan yang ada ni menggugat iman sungguh. Terliur tengok. Semua nampak sedap belaka

    ردحذف
  15. Rata2 hotel dah start buat review ramadhan erk. Menu semua nampak menyelerakan. Selalu dengar kambing golek. Ni pesal nama kambing tunggek. Hehehehhe

    ردحذف
  16. saya kalau buffet selera kampung paling suka. baru ada selera nak buka puasa kan.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!