BUKAN SENANG NAK JUMPA SIPUT GONGGONG NI

Sis Lin
14
BUKAN SENANG NAK JUMPA SIPUT GONGGONG NI | Kann betul tak Sis cakap, bukan senang nak jumpa Siput Gonggong ni, kalau makan di restoran seafood Todak sana pun, dah jarang sangat jumpa, kecuali kalau di seafood Lobster Sungai Rengit sana, haa situ selalu gak Sis pergi makan, siput gonggong ni ada, pun mahal gak harga uii.

Makanya bila dah terjumpa siput gonggong ni, jangan tak lee membelinya, terus mintak 2 kilo hahahaha. Mulanya Sis kata sekilo cukup, sebab anak-anak bukan ada semua, ehhh Suami kata nanti tak cukup, dia tambah lagi sekilo, tu yang beli 2 kilo. Sekilo RM20.

Hujung minggu baru-baru ni Sis ke Pasar Orang Asli di Permas sana, tu yang jumpa siput gonggong ni. Yaa di pasar tu semua ada, ikan, udang, kupang, kepah, dan banyak lagi lee, semua korang boleh beli di sana. Sejak sekali Sis bawa Suami ke sana, terus jadi rutin kami berdua setiap hari Ahad, mesti nak kesana. Kadang takde beli apanya, saje suka nengok ikan-ikan yang di jual, segar-segar, geramm!



Ada orang pandai makan siput ni, tapi ada juga yang pelik nengok, tapi ianya bukanlah spesies siput bab* tu yaa, rupa je macam, tapi yang ini boleh di makan. Harga memang mahal, sebab susah nak mencarinya kot. Kalau makan di kedai seafood pun, harga pun boleh tahan, sepinggan alaaa haii berapa ketul aje.

Sebab tu kalau jumpa, beli lebih kata Suami, kasi puas makan. Tu anak bujang takde, kalau ada, inilah kesukaan dia. Tapi memang kami anak beranak sukalah siput gonggong ni, termasuk Suami Sis.


Cara nak makannya pun ada kena gayanya hahaha. Tu nampak tak dalam gambar tu macam ada cangkuk tu? Haaa korang kena tarik benda tu, barulah isi siput tu keluar. Tapi bila korang rebus siput gonggong ni, kebiasaannya, cangkuk siput tu akan masuk ke dalam, ye laaa kecut barangkali kan, so ada caranya pulak nak makan.

Korang kena guna cungkil gigi untuk menarik siput tu dan keluarkan cangkuk siput, haaa then barulah boleh isinya keluar hahaha. Agak susahkan, tapi sekali dah rasa, perghh kesedapan terus..


Dan selalunya kalau siput gonggong ni, Sis masak rebus serai aje campur halia. Bawang pun letak hirisan bawang besar atau kecil. Rebuslah sampai dia betul masak dan mendidih. Ikutkan siput ni, kena laa korang gosok sikit body dia tu, barulah nampak putih-putih macam kat kedai seafood tu, tapi sebabkan malas nak kerjakannya, terus aje cuci-cuci asal boleh then terus rebus hahaha.

Nak sedap, campak asam keping sekeping, sedaplah rasanya. Dah siap masak, makan pepanas, cecah dengan sambal lada cuka, arghhh sedapnya oiii...terasa-rasa kat tekak ni haaa...

Suami kata nanti tunggu anak-anak balik, kita ke pasar lagi cari siput, kotlah mana tau ada rezeki anak-anak, beli lebih, makan sampai lebam katanya hahahaha. Yeee laaa beli 2 kilo tu sekali hadap je 3 beranak, Sis, Suami dan Yana. Yang Ayahnya dengki, siap amik gambo hantar kat anak bujang dia hahahaha.

Pasar mana? Pasar Orang Asli Permas sana, Sis pun tak tau nak bagi direction, Sis bagi facebook direction dia aje ya..Korang klik di sini Pasar Pagi Orang Asli Permas .

Rasanya guna waze ada laa..cubalah..

Okaylah, nanti sambung lagi, harini masak lewat sikit, tunggu anak Sis balik nak ajak ke kedai beli gas, bukan gas habis, tapi nak beli setong gantikan yang stanby tu dah kosong. Senang beli awal-awal kan.

Korang masak apa?..


P/S: Tak sudah-sudah lagi cerita lock dan down tu di timeline sana sini..ermmm ..

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dana tak pernah jumpa kka, makan apatah lagi... jakun

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo nanti kalau jumpa try laa beli, sekali makan mesti suka hehehe

      حذف
  2. ada terpandang kat pasar tapi tak pernah beli apatah lagi makan..kalau siput sedut tu memang kerap beli..hehehe.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe nanti trylah PC, bukan senang nak jumpa ni..

      حذف
  3. pernah makan ni kat felda air tawar..seafood tepi laut tu...sedap gak..

    eh, awat comel sangat header baru tu melingkau-lingkauu

    ردحذف
    الردود
    1. Kan kan, sedap kannn...
      Hahaha header cilok jee, sila buatkan i hahahaha

      حذف
  4. Rasanya ku tak sanggup nak makan.. takpun kena tukar nama lain, jangan panggil siput..ku tak boleh dengan siput

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha..cubalah sekali, sekali cuba mesti nak lagi hehehe

      حذف
  5. Dapnyaaa..mak saya suka siput sedut...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha ni bukan siput sedut, ni siput gonggong Nonnn

      حذف
  6. Baru je beli tadi sipot ni..mmbe kg jual skilo 18 hingget..beli 2 kilo..lama dh xmkn sipot ni..teringin pulak😆
    tpi nk tanye lah serai nk letak brp btg kalau 2 kilo?..dua btg ckup tak?..bawang putih kena letak juga ke?..sory bnyk tanye nk try masak sendiri😅

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau masak 2 kilo, letak le serai 2 batang, dan bawang putih hiris-hiris..bawang besar pun letak sikit...memang sedap nanti..pastikan siput tu di cuci dulu...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!