DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN - COVID19 | Assalamualaikum semua. Selamat pagi hari Isnin yang dimuliakan dan selamat berpuasa juga bagi mereka yang berpuasa harini. Pagi ni bangun Subuh agak kemurungan sedikit. Dari malam tadi perasan bimbang bermain dalam fikiran sampaikan Sis tak lena tidur.
Yaa bimbang memikirkan keadaan negara kita sekarang yang di landa Covid-19 yang di katakan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Susah nak cakap dan komen apa, dan tak tau nak salahkan siapa, tapi semuanya datang dari diri sendiri juga. Apa yang dah disarankan, apa yang dah diperintahkan dan apa yang telah dikuat kuasakan, tapi masih ada lagi segelintir kita yang degil dan berdegil, ingkar segala patuhan dan arahan, sampai kes kecik menjadi kes besar dah sekarang ni, yang jadi mangsanya? satu Malaysia hokay!.
Jujurnya yaaa, Sis juga tidaklah kata Sis juga mematuhi sepenuhnya arahan dari Kementerian Kesihatan malaysia (KKM), sebabnya ada masa Sis juga tak pakai mask mulut bila keluar, masih pergi juga keluar sana sini, tapi atas tujuan tertentu, dan juga masih hadir ke majlis atau event (#buffetramadhan) sana sini, tapi semua tu dah Sis amik kira dah, yang mana perlu pergi, yang mana tidak, bukan main somborono jer hokay!.
Tapi itulah, dalam pada kita ni berjaga, tapi disebabkan orang lain, kita juga boleh jadi mangsa, kita juga mungkin pembawanya atau penyebar virusnya, tapi tu kalau kita degil sangat, tak patuh semua arahan! Kalau kita amik langkah berjaga-jaga dan patuhi arahan yang ditetapkan, insyaAllah semuanya dipermudahkan dan semuanya baik-baik aja.
Jangan terlalu kecam orang yang keluar masuk dan pergi event tu. Mereka mungkin mencari income di situ, banyak benda dah diatur sebelumnya, nak bayar itu, nak settlekan ini, jadinya nak tak nak mereka redah juga pergi dan hadir. Sis juga jujurnya, banyak event yang dah Sis RVSP bermula minggu ni, semua melibatkan keluar masuk Hotel, ingat takde rasa risau dan takut ke?.
Memang semua belum Sis cancel lagi, dan Sis belum buat pilihan lagi mungkin pergi atau tidak, tapi jika keadaan semakin teruk, kemungkinan Sis akan cancel. Sis ingat satu perkara aje, 'Jika kita permudahkan urusan orang, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita'. Tapi jika kau berkira-kira dengan aturan Allah, semuanya akan jadi sukar.
Banyak benda nak amik kira, semua perkara nak kita amik tau, tapi jangan terlampau sangat 'kiasu' nya hokay. Kita doa aje bebanyak dan mohon pada Allah moga semuanya akan baik-baik aja seperti semula. Kita ni masih belum terlambat lagi, kena cepat bertindak. Siapa nak bertindak? Diri sendiri laaa...kalau takde hal, bukan urusan kerja, duduk aje rumah dendiam. Jika perlu aje barulah keluar.
Tu pun susah ke? Ermmm...
Okaylah, sebelum kita mulakan semua urusan kita pagi ini, jomlah kita baca dan amalkan Doa DiPermudahkan Segala Urusan ni. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Aamiinn..
DOA MEMOHON KEMUDAHAN
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"
DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)
Aaamiinn...
P/S: Risau anak0anak yang jauh di mata dan Suami dan anak yang bekerja di luar sana. Allah, jada mereka untukku..aamiinn..
pasal pakai mask tu kak, hanya perlu bila kita sakit... kalau sihat tak di galakkan pakai katanya... tapi tulah dana cuba elakkan lah nak ke tempat yg sesak, tapi ke pasaraya jugakla semalam membeli brg keperluan... cuma masih boleh la nak jauhkan jarak dr yg lain, idoklah sesak-sesak, risau betul ramai yg dok pergi ke tempat perhimpuanan, tempat shopping yang sale gila-gila, aduhai
ردحذفYee Dana, keluar tetap ada juga, ada urusan juga perlu dilaksanakan kan..tapi kita amik langkah berjaga-jaga aje...
حذفmoga Allah permudahkan urusan kita semua...ameen
ردحذفAaamiinn...insyaAllah...
حذفthanks for this usefull article, waiting for this article like this again. ffp2 mask suppliers china
ردحذفAlhamdulilah...aamiinn
حذف