DOA KELUARGA BAHAGIA

Sis Lin
4
DOA KELUARGA BAHAGIA | Selamat pagi sayang-sayang semua, moga kalian semua dalam keadaan baik-baik aja dan bahagia ceria di samping keluarga tercinta. Yaa kebahagian dalam keluarga semua orang impikan yang paling bahagia. bahagia bersama, bahagia sentiasa disisi dan bahagia sehidup semati hingga ke Jannah.

Tapi dalam pada bahagia, jangan lupa pada mereka yang memerhati, mereka yang dengki akan kebahagiaan orang lain, hinggakan sanggup menjatuhkan maruah sendiri semata untuk merampas kebahagiaan orang lain dan sanggup berkongsi kasih sayang hingga menyakiti hati orang lain.

Buat apa mencipta kebahagiaan di atas penderitaan orang lain? Ciptalah kebahagiaan sendiri yang sememangnya Allah dah sediakan, antara cepat dan lambat aje, tapi kalau dasar kemaruk nafsu syaitan, sanggup buat apa saja hingga maruah sendiri pun tergadai.

Harini 10.3.2020 Sis ko agak emo sikit. Dan memang akan emo selamanya bila bicara soal seperti di atas. Banyak kalangan kawan-kawan Sis semua bercerai berai akibat hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain. Jodoh katanya, tapi jodoh kalau atas penderitaan orang lain sampai sanggup meruntuhkan mesjid orang, jodoh apa namanya?

Berkat ke hidup berkeluarga macamtu? Tak takut kalau satu hari nanti, apa yang kita buat pada orang lain, akan terjadi pada anak-anak kita? Allahuakbar...

SubhanaAllah mohon di jauhkan dari keluarga Sis dan juga anak-anak Sis juga. Yaaa bukan melawan takdir atau tidak redha dengan ketentuan Allah. Tapi benda boleh elak, kalau fikir panjang, semuanya takkan terjadi, melainkan atas persetujuaan bersama.

Nak bahagia? Cipta kebahagiaan sendiri, bukan atas penderitaan orang lain..


Segala penciptaan Allah tersimpan beribu hikmahnya. Begitu juga dalam hal menjalani kehidupan rumah tangga. Selain memberi nikmat berbentuk pasangan, anak-anak, dan rezeki, jangan lupa bahawa keluarga kita juga adalah ladang ibadah dan amal soleh buat kita semua.

Keluarga yang diselubungi cinta dan kasih sayang adalah fitrah yang menjadi keinginan setiap manusia. Tidak ada kurnia sekecil apapun kecuali hanya datang dari Allah. Maka, di samping berikhtiar mencari kecukupan duniawi, sentiasalah kita berdoa kepada Allah kerana Allah jualah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia.

 “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”

Aamiinn..


P/S: Moga Allah juga kuatkan imanku dan tabahkan hatiku walau apa jua ujian mendatang.

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!