HATI EMAK MANA YANG TAK RISAUKAN ANAK-ANAKNYA

Sis Lin
8
HATI EMAK MANA YANG TAK RISAUKAN ANAK-ANAKNYA | Kalau korang seorang Ibu atau Ayah, dalam keadaan macam ni (Covid-19) semestinyalah jika anak berjauhan korang akan risau akan keadaan keselamatan anak korang. Bohong kalau korang sebagai ibu bapa takde perasaan tu.

Sama macam Sis juga, kalau boleh dalam keadaan yang berjaga-jaga ni, kalau boleh nak anak-anak dan Suami pun berada di rumah aje, biar depan mata, rasa selamat sikit. Tapi tu laa, mana boleh ikut suka, ada komitmen yang perlu di buat, melainkan dah ada arahan bekerja atau belajar di rumah.

Yaa ramai pekerja-pekerja sekarang majikan sudah buat arahan bekerja di rumah aja sebab tempat kerjanya dah ada kes Covid-19 ni, begitu juga IPTA di semua negeri, semua dah di berikan arahan supaya pelajar tidak perlu datang kuliah dan belajar dalam sitem e-pembelajaran secara online. Tapi tu laa kata anak Sis, bukan senang Mak, ada benda yang boleh, ada benda yang tak boleh, mana tak boleh tu kena juga keluar dan cari bahan nak siapkan kerja, huhuhu..


Bertambah risau Emaknya bila mendengar. Tapi banyak yang Sis pesan pada anak-anak, jaga diri dan kebersihan diri, rajin mandi pergi dan balik setiap kali keluar rumah, utamakan langkah berjaga-jaga dan kalau boleh, keluar buat kerja, then terus balik. Yaa anak Sis sorang di Shah Alam dan seorang lagi di Politeknik Mersing. Sebab tu risau sangat bila berjauhan ni.


Tu yang jauh di mata, yang dekat di mata ni pun Sis risau juga. Ye laa Suami dan anak Sis bekerja kan, so memang terdedahlah dengan keadaan di luar sana. Pun sama Sis pesan macam-macam dan selalu ingatkan macam-macam perkara pada mereka. Asal balik kerja je, terus Sis suruh mandi. Baru boleh duduk dekat-dekat huhuhu.

Semalam hujung minggu pun, Sis dengan Suami tak kemana-mana pun, selalu aktiviti Sis, macam biasalah, meneman Suami mengurut, then merayap makan minum di luar seharian, tapi semalam, masak dan makan je dirumah, cuma tengah hari menghadirkan diri sekejap ke majlis perkahwinan jiran setaman, kemudian pergi belanja barang kering dan basah untuk keperluan dapur, lepas tu bawa kereta cuci  dan terus balik rumah.

Nak jenjalan ke sana ke sini pun jadi takut. Masa ke kenduri kawin tu pun, Sis pergi awal, ingatkan nak mengelakkan laa dari orang ramai, tapi rupanya ramai juga orang yang datang awal. So makan-makan terus balik, takde dah nak sembang-sembang dah. Nampak jiran, hai hai bye bye jer dari jauh hahahaha.

Takpelah, itu yang perlu di utamakan sekarang. Jangan sampai kerana Covid19 ni, kang muafakat kejiranan kita lupakan sampai tak datang kenduri mereka kan. Melainkan kalau ko memang sakit, time sekarang ni, kalau sakit jangan keluar rumah, lebih mendatangkan bahaya.


Kerajaan kita cuba buat yang terbaik untuk rakyatnya, dan kita ni hanya perlu patuhi aje arahannya, tak susah mana pun kan. Kita fikir panik kita, cemas kita, takut kita, tapi pernah tak korang fikir akan ketakutan mereka yang bekerja dan menjalankan tugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh Malaysia?. Sampai sanggup korbankan nyawa mereka dan tinggalkan keluarga mereka?

Dalam keadaan sekarang ni tak perlu nak berdebat dan bergaduh hanya kerana Covid19 ni. Yang perlu sekarang kita sama-sama fikir apa yang perlu kita buat untuk kita bertindak supaya virus Covid19 ni tak merebak cepat. Banyakkan membaca dan research langkah keselamatan dan penjagaan diri, insyaAllah dengan kerjasama semua, virus ini akan cepat hilang, dan kita pun akan berada dalam keadaan selamat seperti biasa.

Hentikanlah kecam sana sini tu, takde faedahnya pun. Jaga diri sendiri dan duduk dendiam. Tunggu arahan dan berita terkini dari pihak KKM. Dan perbanyakkan berdoa dan mohon kepadaNya, agar semuanya akan cepat berakhir.

Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah beri peringatan agar kita lebih dekat kepadaNya dan juga Allah beri kita masa yang lebih kepada keluarga apabila kita duduk dan stay dirumah. Jika sebelum ni, kita terlalu sibuk dengan hal dunia. Allahuakbar..

Moga Allah lindungi dan pelihara anak-anak kita, keluarga kita dan seluruh dunia dari bencana dan wabak penyakit berjangkit ini dari terus merebak dan berjangkit. Aamiin..

Sekian, bebelan kerisauan dari seorang Emak..
Korang jaga diri ya!..

OkBai..


P/S: Terima kasih buat semua warga kerja KKM dan kepada semua yang terlibat dalam usaha menangani Covid-19!!

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semua pusat pengajian telah ditutup
    Bolehlah mereka balik ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak..alhamdulilah, seolah doa Ibu di makbulkan pulak...

      Delete
  2. nampaknya nnti semua dapatlah balik kumpul kat rumah kak.... yelah mesti kita risau punya kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dana, alhamdulilah, cuma tu laaa, anak-anak tak boleh terus balik, sebab ada kerja perlu disiapkan, tunggu 2/3 hari lagi baru boleh balik..

      Delete
  3. sekarang betul-betul rasa tak selamat...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sangat!!! Kita jaga diri kita yaa...

      Delete
  4. Says rasa nak dudukk je kat rumahhh tapi Kena kerjaa..adoiii. Risau..sedih..stress..aigoooo..tapi jomm amalkan gaya hidup sihat...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Nona, Sis ko pun sama, selagi ada yang bekerja di luar, memang merisaukan huhuhu

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!