IKAN PEKASAM MENU PEMBUKA SELERA BAGI MEREKA YANG KATA DIET! | Hahaha diet katanya ek? Tapi bila Suami nengok je menu macamtu dalam wahtsapp, dan dek makan pujuk Sis, akhirnya sempatkan juga balik rumah dan makan, siap bertambah nasi lagi hehehe. Punah diet katanya!
Sebenarnya bukanlah diet mana pun, tapi Suami tengah taknak makan malam, tu jer. So bila Suami balik kerja dah malam, walau masak menu sedap macam mana pun, dia memang takkan makan, paling tak dia buka tudung saji dan cuit jamah aje, boleh tahan tu kontrol nafsu tu hahaha.
So Sabtu lepas, tiba-tiba datang rajin Sis, Sis masaklah Asam Pedas Ikan Bawal, ikan hasil pancingan Suami, walaupun Sis tau takde siapa nak makannya nanti, tapi tekak Sis yang nak makan, so kita masak jer dan Sis gorengkan juga Ikan Pekasam Berlada untuk Suami dan kopekkannya jering atau jengkol sebagai pembuka selera yang Suami bawa balik kelmarinnya.
Siap masak, Sis tangkap gambar dan hantar kat Suami di wahtsapp. Sis kata Sis tak makan lagi tunggu dia balik baru nak makan sekali, tapi Suami kata kerja tak siap lagi, Okay takpe, Sis tunggu juga sambil layan Netflix. Tunggu punya tunggu, tak balik juga, dah lewat petang gak. Sis wahtsapp tanya dan bagitau yang Sis tak makan lagi, and then Suami jawab, dia otw balik nak makan hehehe.
Sampai rumah, macam orang tak nyempat apa, terus amik pinggan dan duduk di meja, hahahaha sian pulak nengok, lapar sangat agaknya. Nasib baik juga menu semua memang kesukaan Suami, so Ikan Pekasam tu laa jadi menu pembuka selera Suami, sebab katanya, tak tahan nengok Ikan Pekasam tu hahahaha.
Ikan Pekasam tu Sis kirim dengan PS Neyra atau Syahirah Sabri, geng blogger gak ni. Memang elok dan puashati beli dengannya. Sebekas tu RM10 dan boleh bagitau nak ikan apa, dan pekasam berasnya pun sedap, takde bau yang kuat sangat.
Korang kalau nak kirim dengannya pun boleh, boleh ke Neyra: www.bit.ly/OrderNey
Ni dia ke Hatyai ni, kalau korang nak kirim apa-apa jenis barang atau pes ke, haa cepat order, memang dia PS terbaik ar setakat ni yang Sis jumpa. Dan lagi satu, kalau siapa sini hantu pengumpul barangan Starbucks, haa pun boleh order dengan dia, dia memang akan belikan dan dapatkan untuk korang. Atau korang pergi ke channel dia di Telegram : www.t.me/PSNey
Dan menu utama Sis tu ni haaa Asam Pedas Ikan Bawal. Letak kepala ikan aje dalam magkuk ni sebab yang kepala ni khas untuk Suami, Sis punya tang isi dah masuk dalam pinggan nasi Sis hahahaha. Sejak-sejak ni memang rumah Sis makan ikan aje la. Suami mancing asyiklah bawak ikan sampai 3/4 ekor.
Penuh dalam peti ais tu haa ikan bawal emas, ikan unga dan juga ikan siakap. Dah macam pasar runcit dah aisbox Sis hahaha. Sampai nak masuk benda lain dah tak muat-muat dek ikan penuh dalam tu.
Apa-apa pun alhamdulilah, syukur, kena ingat, ada orang lain kemain susah nak makan ikan, so kita jangan mengeluh ya. Tu pun ada yang Sis sedekah bagi kat kawan-kawan Geng Makan secara bergilir hahaha. Ada rezeki mereka, dapatlah merasa semua.
Okaylah, cukup dulu untuk harini.
Nanti kita sambung lagi ya. Update terkini, Sis tak berapa sihat ni, batuk selesema dan sakit tekak. Sekejap lagi tengah hari sikit nak ke KPJ buat check, sebab dah takde ubat nak makan. Nak amik darah sekali, rasa badan lain macam sakitnya.
Doakan Sis baik-baik aja ya.
P/S: Terima kasih Suami malam tadi tak tidur menjaga Sis sampai tuamkan tuala di kepala. :((
wah bestnya kak, ikan fresh tuh kalau beli mau berapa puluh hinggit dah kan...
ReplyDeleteikan pekasam susah nk tolak, bau dia tuh perkkkh makan dengan nasi panas je pun dh boleh bertambah nasi
Yerr Dana, makanya bedal aje laa hari-hari makan ikan hahahaha
Deletejering tu kita suka..haha
ReplyDeleteHahaha lepas makan sila cuci toiletnya hahaha
DeleteKalau dapat ikan pekasam,
ReplyDeletetak cukup nasi 2 pinggan
Tau takpe, dari kenyang jadi lapar nengoknya kan Wak..
Deletemenu bahaya ni SL hehe :)
ReplyDeleteHahahaha iyee Kak, kalau lapar gile jangan makan, memang makan bertambah kang ...
Deleteikan pekasam dan jering, memang diet tu dah naik ke bulan matahari lah. hahahaha
ReplyDeleteHahahaha tutup mata je time makan, tau-tau 2 pinggan hahahaa
Delete