KENAPA AKU BUAT 'SLEEP TEST' (UJIAN TIDUR) TU?

Sis Lin
20
KENAPA AKU BUAT 'SLEEP TEST' (UJIAN TIDUR) TU? | Yaa ramai sangat yang bertanya bila Sis upload gambar Sis di IGs ketika admit di hospital yang menggunakan mesin penuh dengan wayar baru-baru ni. Ooo itu namanya mesin Ujian Tidur atau Sleep Test.

Kenapa Sis buat Sleep Test tu? Punca Sis buat Sleep Test ni ketika Sis admit di hospital baru-baru ni akibat sesak nafas. Masa tu Sis ada selsema dan batuk, ketika batuk tu Sis tiba-tiba sesak nafas, terus Sis drive pergi hospital dan terus kena tahan masuk wad.

Kemudian Sis juga mengadu pada Doktor sejak-sejak ni Sis kerap sesak nafas ketika tidur. Memang Sis ada masaalah dengkuran tapi sejak akhir ini ianya menjadi lebih serius bila time tidur pun Sis sesak nafas. Dan ada masanya time tidur boleh terbangun dalam keadaan terkejut.

Jadi Sis dirujuk pada Doktor ENT dan setelah buat skop, Doktor kata Sis ada Tonsil. Doktor sarankan suruh buang Tonsilnya tapi untuk pastikan Sis ni ada OSA (Obstructive Sleep Apnea) atau tidak, makanya Sis kena buat Sleep Test. Kebetulan masih admit, so Sis buat ujian tidur ni di katil hospital aje.

Dan untuk makluman korang, Sleep Test atau Ujian Tidur ni, insurans tak cover ya, korang kena bayar sendiri pada orang yang datang bawa mesin tu. Kira buat ujian ni, tak masuk dalam bil hospital.

Memang selama ni Sis tak tau pun ada Tonsil, tapi sebab banyak membaca, Sis dah dapat agak dah mesti Tonsil, rupanya betul tekaan Sis.

Doktor dah terangkan semua mengenai Sleep Test tu pada Sis, dan apa fungsinya, so petang tu Joanne (orang yang bawa mesin tu) datang hospital dan terangkan semuanya cara pakai dan fungsi mesin tu. So malam sebelum tidur Sis akan pakai mesin tu. Sleep Test ni korang kena pakai tidur selama 6jam. Yaa minimum 6jam, lebih takpe.


Sorilah gambar blur sebab dah tutup lampu bagai semua, dalam gelap amik gambo hahaha. Just untuk kongsikan pada korang semua. Yaa begitulah mesin tu di pakai. Siap ada pakai oksigen di hidung, oksigen di jari dan mesin tu kena letak di dada dan bila di ON pastikan semua lampu hijau tu menyala sampailah kita OFF kan mesin tu.

Selesa pakainya cuma bila nak ngiring ke apa, kena adjustlah sikit mesin tu. Tapi kalau dah tidur, mana nak tau, lantak le kan, tapi elok je mesinnya bekerja hahaha. Sis start ON jam 11.30pm dan Sis offkan jam 7.30am esoknya. Lebih dari 6 jam gitu hehehe.

Dan esoknya Joanne datang amik mesin tu dan petang tu juga dia hantar result kepada Doktor. Dengan Sis pun dia hantar juga, tapi Sis tak reti nak baca dan nak copy nak kongsi di sini laa, pening Sis ko tengok result dia hahahaha. Yang Sis tau, yaa Sis ada OSA tu dan Joanne dah terangkan sikit dalam wahtsapp.


Doktor dah bagitau Sis yang Sis kena buang tonsil tu juga. Doktor pun dah bagi date dah, so tunggu aje laa. Moga semuanya dipermudahkan. Biarlah sakit sekarang, cegah sekarang, dari nanti ianya membunuh dalam diam kan. Sakit ni bukan kita minta pun, Allah yang bagi, so kita redha ajelah. Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita.

Obstructive Sleep Apnoea

“Sleep apnea” adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episods pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk berdasarkan kepada jumlah apnea dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam. Jumlah episod “apnea” boleh berlaku diantara 5 ke 50.

Punca–punca “Obstructive sleep apnea”(OSA):

- Kegemukan (paling kerap), leher pendek dan besar (saiz kolar), dagu kecil
- Sumbatan di bahagian hidung, mulut, tekak ; contohnya pembengkakkan tonsil ataupun lidah yang besar

Faktor faktor penyumbang lain :

- Alkohol boleh menyebabkan otot bahagian tekak kendur serta menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur
- Masalah hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar
- Ubat ubatan seperti pil tidur dan ubat penenang
- Merokok

Bagaimana ia terjadi?

Saluran udara yang separuh tersumbat ataupun sempit tidak mendatangkan masalah pada waktu siang semasa seseorang terjaga, tetapi semasa tidur, lemak di bahagian leher akan memberi tekanan kepada salur pernafasan menyebabkan salur pernafasan bertambah sempit menyebabkan “Obstructive Sleep Apnea”. Keadaan ini diburukkan oleh alkohol dan ubat yang menyebabkan otot di bahagian tekak menjadi kendur (relak) semasa tidur.

Pada waktu saluran pernafasan tersumbat teruk, pernafasan akan terhenti untuk beberapa ketika sehingga otak mengesan kadar oksigen yang rendah. Otak akan menghantar signal kekurangan oksigen. Pada masa ini seseorang itu akan menjadi separuh sedar berdengkur, dan cuba bernafas sekuat mungkin untuk mendapatkan oksigen sebelum tidur semula.

Dalam kebanyakan kes seseorang yang mengidap masalah ini tidak sedar yang beliau sebenarnya separuh sedar untuk mendapatkan oksigen. Corak tidur begini berulang beratus-ratus kali setiap malam menyebabkan tidur yang terganggu serta masalah mengantuk dan keletihan apabila bangun tidur.

Tanda dan Gejala

Gejala utama “sleep apnea” adalah berdengkur dengan kuat serta mengantuk di waktu siang. Pasangan mengadu bahawa anda berhenti bernafas semasa tidur Pada amnya seseorang yang menghidap “sleep apnea” tidur berdengkur tetapi tidak semua yang tidur berdengkur menghidap sleep apnea.

Baca sepenuhnya di SINI

So korang jika rasa sesak nafas selalu, silalah buat pemeriksaan Doktor ya. Jangan biarkan dan anggap ianya remeh, nanti jadi mudarat, siapa yang susah? Sendiri juga susah.


P/S: Berdebor menunggu nak operate buang tonsil ni oii!!!..

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahu. Risau pulak. Baru tau pasal sleep apnea ni tak pernah dengar pun sebelum ni. Thanks berkongsi sis

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Faizzah, kalau rasa ada masaalah di atas, gi laa check..boleh buat sleep test tu di rumah juga...

      حذف
  2. baru tau ada 'sleep test' macam ni.. 1st time dengar.. semoga semuanya berjalan lancar ye sis..

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah Dilah..kalau ada sapa nak buat test ni bagitau, Sis ada nombornya, boleh buat ujian tidur ni di rumah jer..

      حذف
  3. all the best Sis Lin.. Ada kawan sorang pun masalah tonsil ni. Currently dah dua bulan lepas operate.. Semoga dipermudahkan sis. ^^

    ردحذف
    الردود
    1. Makaseh Aien..mudah-mudahan baik-baik aje ni nanti..seremmmm

      حذف
  4. moga dipermudahkan semuanya sis...lepas ni takde la muzik menemani aku tidur dengan ko..haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha entah ye hilang ke tak..ko je la jadi ujian test aku nanti kakakakah

      حذف
  5. macam nak buat test dengkur je.. harap sis lin kembali sihat ye

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh Liez..kalau nak bagitau laaa, Sis ada nombor telefon orang tu, boleh buat ujian tidur ni dirumah..

      حذف
  6. semoga sis Lin tiada apa-apa selepas ini.

    ini juga pertama kali saya dengar sleep test

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah...yee Tuan, Saya pun pertama kali tau..

      حذف
  7. Assalamualaikum...nak tanya bole?biasanya kos sleep test tu berapa ya?dan awk buat kat mana?if x keberatan,bole share dak no orang tu?

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam..
      Sis buat sleep test ni di KPJ Pasir Gudang, tapi orang test tu boleh datang ke tempat kita dan kita sendiri pun boleh buat kat rumah. Nanti dia datang hantar dan amik mesinnya tu..
      Bayarannya RM250

      Ni no telefonnya : 012 575 9808 Joanne

      حذف
  8. Terima kasih infonya sis. Tgh berdebar ni sbb next mth sya akan buat Sleep Study di hosp. krjn.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu, info yg bermanfaat...
      Saya pon nak kena buat sleep study di HSIJB minggu ni..debar jugak..

      حذف
  9. Hi sis..nak tanye sleep study ni same mcm yg pesakit covid kene tidokan tu ke?

    ردحذف
    الردود
    1. Eh bukann, sleep test ni guna mesin, di pasang pada badan dan kita ON sepanjang tidur, esoknya pihak mereka akan amik mesin tu dan dia akan beri resultnya..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!