MALAYSIA LAKSANA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERMULA 18 MAC SEHINGGA 31 MAC 2020 | Akhirnya semalam kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau Restricted Movement Order yang akan bermula pada esok 18/3 sehingga 31/3/2020 di seluruh negara pada sidang media peruntukan khas oleh PM YAB, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berdebar-debar kan malam semalam menunggu perutusan khas Perdana Menteri. Sampai tertido-tido semalam depan TV lepas makan cekodok pisang semangkuk, nasib baik kunci jam hahahaha. Yaa ini memang dah tahap serius berikutan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia (update jumlah terkini semalam).
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes kelmarin, disusuli 125 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang (17/3/2020). Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu kerajaan memutuskan Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:
Pertama [1], Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua [2], Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.
Ketiga [3], Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Keempat [4], Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
Kelima [5], Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara dan
Keenam [6], Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Setelah perutusan ini di keluarkan, ramai yang keliru antara 'Perintah Berkurung' & 'Perintah Kawalan Pergerakan'. Sis juga macamtu. Sebab banyak nama yang di beri. Tapi takpe, kita ikut je apa nama kerajaan kata tu. Janji sendiri faham dan sedriri mau ingatlah ya.
Perintah Kawalan Pergerakan = Restricted Movement Order
Perintah Berkurung = Lockdown Order
Tapi..
BERNAMA guna Move Restriction Order.
MALAYSIAKINI guna Movement Regulation.
THE STAR guna Restricted Movement Measure.
NST guna Partial Lockdown.
MALAYSIANINSIGHT, THE EDGE dan MALAYMAIL guna Lockdown.
Walaupun pelbagai istilah dan nama yang di guna pakai dalam perkara ini, tapi tak apalah janji korang faham untuk pemahaman sendiri. Tak perlu nak berdebat dengan orang dalam hal gini. Ikut aje laa apa yang kerajaan arahkan, cuma jangan panik! Ko kalau panik Sis ko pun panik sama hahahaa.
Dalam hal ini (cuba lihat gambar atas) bukanlah kata berkurung terus, kita masih boleh keluar masuk rumah juga cuma jika perlu sahaja. Jika perlu tu maksudnya, kalau demam pergilah klinik, barang dapur habis, boleh lagi pergi kedai beli, cuma janganlah ko nak jenjalan soping tolak troli jalan lenggang kangkung ek. Masih boleh ke pasar beli ikan, ke pasaraya beli keperluan peribadi, ke bank buat urusan dan sebagainya.
Cuma tak boleh buat mass gathering termasuk di rumah ibadah, lepak di mana-mana tempat. Tak boleh ke luar negara, tak boleh buat kenduri kahwin, tak boleh sembang di luar, dan yang utamanya sangat digalakkan berada di rumah. Kalau boleh pun jangan balik kampung, sebab kita pun tak tau kita ni sihat atau tidak, tak pasal-pasal, Emak kita di kampung pun sama jadi tak sihat kan. So duduk aje di rumah.
Paling sangat-sangat penting, terus jaga kebersihan, amalkan langkah pencegahan yang disyorkan. Dan jangan berhenti berdoa. Semuanya bermula dari diri sendiri. Kita sama-sama bantu negara kita, insyaAllah semuanya akan baik dan pulih seperti sedia kata.
Jika ada sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari ini..
P/S: Menunggu anak-anak pulang rumah..alhamdulilah lega hati Emak anak-anak semua depan mata.

rasa sedih dan takut sis....rasa tak selamat....
ReplyDeletemoga Allah lindungi kita semuanya...ameen
Yaaa Sunah, kita selamat dirumah, tapi anak dan Suami masih di luar, jadi ketakutan tu sama naiknya huhuhu
DeleteSama Sama jaga diri Dan mengikut perintah berkurung... Says risauuu jugak sebab masih bekerjaaa..adehhhhhhh
ReplyDeleteYaaa Nona, ko jaga diri yaa...
Delete