MENU ALA KAMPUNG YANG SIMPLE TAPI MENYELERAKAN

Sis Lin
17
MENU ALA KAMPUNG YANG SIMPLE TAPI MENYELERAKAN | Sebenarnya Sis pun tak tau nak cakap, ye ke tak ini menu kampung, sebab itulah Sis tulis 'ala kampung'. Ye ler, sebabnya, kalau kata menu kampung, kenapa kalau tiap kali balik kampung sebelah Suami, takde pun mereka hidangkan lauk macam ni, yang mereka hidang, Ikan Masak Tiga Rasa ko, ko ngase? hahahaa..

Nak kata kampung dah moden, idok le juga, kampung sebelah Suamilah yang kampungnya terceruk ke dalam pinggir kota sana. Yaa di Sabak Bernam. Memanglah ketika nak ke rumahnya, mata di hidangkan dengan saujana sawah padi, kebun-kebun pisang dan jagung, tapi nak sampai ke rumah kampung kakaknya Suami ni, memang jauh ke dalam ko, bayangkan kalau sampai sana takde line telefon dan internet hahahaha mereput tiap kali balik kampung.

Tapi time malam kalau duk di kampungnya, sunyi sepi bagaikan macam lepas kena atom bom hahahaha..hanya kedengaran bunyi cengkerik dan burung cip cip cip je ko, sesekali bunyi kucing gatal meoww meoww...kalau ko kentut angin pus puss pun boleh dengar tau hahahaha..


Dan baru-baru ini anak Sis,Yana turun dapur memasak katanya, dia nak makan menu kampung. Menu kampung yang di maksudkan adalah Kobis (batang putih) Lemak Putih, Ikan Goreng dan juga Sambal Belacan Tomato. Haa itulah yang anak sebut, 'Menu Kampung'. Cuma Kobis Lemak Putih tu je dah di modenkan sikit, anak letak udang sebagai bahan dalamnya.

Bercakap pasal tajuk di atas tu pulak, yee tiap kali balik kampung belum ada lagi Sis makan lauk seperti di atas nu hehehe. Biasa kalau balik kampung mesti kakaknya Suami masak Ikan Tiga Rasa, Tomyam Campur, dan kekadang mereka masak Laksa Penang. Tak kiralah balik singgah sekejap ke, ataupun balik tidur bermalam dua tiga hari, tetap tak jumpa lauk kampung simple macam ni hahahaha.


Mungkin agaknya sesekali Sis sekeluarga balik, mereka masak sedap-sedap gitu la kot, ye laa sesekali balik kan. Padahal tiap kali balik kampung, kami harapkanlah dapat makan menu-menu kampung macam ni hahahaha, alangkah nikmatnya kan, hehehe.

Yaaa makan macam ni sesekali, memang menyelerakan, kalau putus idea nak masak apa, haa masak aje laa macam ni, walaupun simple, tapi bila dah makan, ko ceduk lemak putih tu, cuit ikan goreng, gaul dengan sambal belacan, perghhhh habis nasi, ko angkat pinggan  hirup kuahnya, adeiii memang mertua lalu kat dapur tegur ko 'mana pisau' memang ko tak dengar hahahaha..

Takde resepi nak kongsi, sebab menu biasa-biasa aje, lagipun anak yang masak, bukan Sis masak. Memang nampak dia bukak google, balik-balik mana lagi kalau bukan blognya Mat Gebu tu haa..hahahaha..tu je lee blog rujukan anak tiap kali nak masak. Katanya bahan Cik Mat Gebu semua senang-senang, so senang nak masak.

Okaylah, tu je nak cerita, nanti sambung lagi..tiber-tiber menu Mee Hoon Soto tadi tak jadi plak nak bikin hahahaha...anak kata order Pizza je la..selamat! lagi senang keje Omak ea...hehehe...


P/S: Risau sangat-sangat keadaan Suami yang masih bekerja di luar...ermmm cepatlah berakhir Covid-19 ni!!

إرسال تعليق

17تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aku suka gak kobis cina ni...sedap buat masak lemak putih gitu atau buat je sup telur..

    kalo balik kampung ady, memang menu kampung2 lah..ikan goreng, air asam, sayur je yang kat kampung ke, kat bandar ke, sama aje...kalo balik kampung aku, haa jadi macam kampung encik sabar tu...hahahahha

    ye le, sebab kita jarang2 balik kan....masalahnya tukang masaknya aku!

    ردحذف
  2. Sesekali pekena lauk macam ni memang menyelerakan... Kadang LeYa pun kalau dah takde idea, ade juga buat lauk-lauk simple macam ni

    ردحذف
  3. sedap ni sis, walaupun makanan simple ala kampung. Yang penting ada sambal belacan tu, boleh buat tambah 2,3 kali nasi jugalah. Lagi kalau seorang mak masak, anak mesti selera lebih hehe. Kalau mak huda masak simple macam mana pun, tetap bertambah hahaha.

    ردحذف
  4. tak pernah cuba kobis panjang ni masak lemak putih.. hehe lain kali try la.. ^^

    ردحذف
  5. Fuh power menunya. Kalau saya menu gitu ler buat menambah berpinggan pinggan

    ردحذف
  6. Dapat makan menu kampung memang nikmat...tapi susah dah sekarang nsk dapat menu kampung yang betul-betul sis..biasanya campur..kacuali kalau PC balik kampung minta dimasakkan menu kampung...masalahnya bila balik kampung mak-mak bapak-bapak nak anaknya masak dah jemu rasa air tangan sendiri..padahal yang anak-anak ni nak air tangan mak-mak dengan bapak-bapaknya..hehehehehehhe.

    ردحذف
  7. Sedap ni makan panas2 waktu tengah hari.
    Orang bandar bolehlah balik ke kampung.
    Orang kampung nak balik ke mana ek.

    ردحذف
  8. Jalan-jalan cari resepi apa nak masak harini haha..
    Masak sayur nie pun best gak ni makan dengan ikan goreng sambal beleacan.. =D

    ردحذف
  9. aduhai.
    semua gabungan menu ni memang kena la, sis.
    ia complete each other, kan :)

    ردحذف
  10. Kalau dapat menu simple macam nie... memang menyelerakan, makan pun bertambah.. lagi2 bila ada sambal belacan tue...

    Tp tue la... nikmatnya tak sama bila makan sensorang berbanding makan reramai...

    ردحذف
  11. lauk masak lemak, ikan goreng tambah pulak kalau ada sambal belancan. mantoppp. tak tengok kiri kanan dah

    ردحذف
  12. Yum!!!!!!!!! True. I also like lauk2 kampung. Thank you for sharing. Kalo boley share la recipe nyer skali yer.

    ردحذف
  13. Wah lawalawa gambar masakan Sis Lin. Kobis panjang memang faveret Bella berbanding kobis bulat. Buat apa pun sedap. Lepas ni jom try buat Kimchi nak? hehe

    ردحذف
  14. kecik2 dulu selalu masak lemak sayur macam tu, sedap, tu pun boleh bertambah-tambah nasi

    ردحذف
  15. Masakan kampung mmg biasanya simple dan bahan2 yg digunakan pon xberapa renyah. Nanti boleh lah nak cuba masa resipi nie

    ردحذف
  16. oh ingat ke nak share resepi hehe :) saya pun suka menu kampung ni. walaupun nampak simple tapi sedap. :)

    ردحذف
  17. Semua masakan Sis Lim memang tip top, selalu terliur bila nampak.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!