PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI MALAYSIA DISAMBUNG LAGI SEHINGGA 14 APRIL 2020

Sis Lin
8
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI MALAYSIA DISAMBUNG LAGI SEHINGGA 14 APRIL 2020 | Haaa korang memang suka duduk #DudukRumah kan, so tengok, kerajaan bagi betul-betul korang #DudukRumah puas-puas. Degil sangatkan, siapa yang susah? Semua rakyat Malaysia jadi susah di sebabkan korang yang degil sangat taknak #StayAtHome.

Tak faham ke apa yang kerajaan sedang buat, mereka bertungkus lumus untuk pastikan kita ni selamat, sedangkan mereka? Bergadai nyawa di luar sana menentang virus Covid19 ni. Tak terfikir ke korang? Allahuakbar...dah tak tau nak cakap apa da..

Yang penting sekarang, tolonglah, sila #DudukRumah diam-diam dan #StayAtHome...jangan pentingkan diri sendiri dan kita sama-sama membantu Malaysia dalam menangani isu Covid19 ni. Inilah masanya kita berjasa dan berbakti kepada Malaysia, walau hanya #JustStayAtHome...

Kita sama-sama berdoa ya semoga semuanya akan berakhir dengan cepat..aamiinn..


Perintah Kawalan Pergerakan disambung sehingga 14 April 2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lanjutan tempoh tersebut diputuskan berikutan trend positif baharu dijangka akan berterusan.

“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku. Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Katanya, permakluman pelanjutan Tempoh Kawalan Pergerakan lebih awal supaya rakyat Malaysia lebih bersedia.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah daripada sekarang bagaimana nak menguruskannya,” katanya.

Menurutnya, tempoh kuatkuasa perintah itu akan dikaji dari semasa ke semasa.

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar menyifatkan keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini, sebagai tepat.

Menerusi entri di akaun Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa mengambil maklum perkembangan terkini wabak Covid-19 dan usaha yang dilakukan Kerajaan di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Susulan kes positif Covid-19 masih berlaku, saya melihat Perdana Menteri mengumumkan pelbagai tindakan serta langkah khususnya bagi membendung penularan wabak Covid-19. Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai inisiatif dan insentif dari semasa ke semasa bagi membantu rakyat khususnya yang terkesan akibat Covid-19.

“Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana beliau bukan sahaja menggerakkan pelbagai tindakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 malah Perdana Menteri juga amat memahami denyut nadi rakyat.

“Perdana Menteri juga membuat pengumuman awal mengenai keputusan perlanjutan PKP hingga 14 April ini dan saya melihat pengumuman awal ini suatu perkara yang tepat bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persiapan awal,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, Perdana Menteri juga sudah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan rapi bagi mengurus keperluan asas sepanjang tempoh PKP berkuat-kuasa.

“Ini sememangnya suatu tindakan yang baik dari Kerajaan. Saya juga amat berharap rakyat dapat mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan Kerajaan supaya kita dapat membendung segera penularan Covid-19. Saya sentiasa berdoa supaya situasi Covid-19 ini akan berakhir dengan segera. Insya-Allah,” titah baginda.


P/S: Tuhan jaga dia (anakku di Shah Alam) untukku... :(

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Harap2 janganlah sampai bulan puasa nanti.

    ردحذف
    الردود
    1. Mohon dijauhkan...kita doa sama-sama moga Covid19 ni akan berakhir dengan segera..aamiinn

      حذف
  2. Tengok macam makin banyak je... Sob sob kalau raya masih macam ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau sampai raya, makanya bulan puasa kita pun duduk rumah diam-diam..

      حذف
  3. Saya masih bekerja.. adoyai! Tapi hari hari lalu depan Tesco, parking kereta penuh aje..dengan sangkaan, setiap kereta tu cuma ada seorang saja di dalamnya....hoho...

    ردحذف
    الردود
    1. Ko kerja balik rumah terus bersihkan diri Nona...amalkan kebersihan yaa

      حذف
  4. mudah2an dengan extended mco ni, keadaan akan jadi bertambah baik dan rakyat akan lebih berusaha untuk patuh...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa sama-sama kita berdoa semoga semuanya cepat berakhir..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!