RESEPI TOMYAM CAMPUR PALING SENANG DAN SEDAP

Sis Lin
12
RESEPI TOMYAM CAMPUR PALING SENANG DAN SEDAP | Korang dah siap masak ke tu? Dah makan? Sis harini goreng Mee Hoon dan Bebola Ayam untuk menu #StayAtHome masuk hari ketiga Malaysia #JustStayAtHome. So macam mana? Ada yang dah mula mengeluh buhsan dan penat ke duduk rumah? Ermmm...

Apa laa yang susahnya duduk rumah je? Kalau buhsan kalau penat duduk, korang bangunlah, bangun dan berdiri, berjalan-jalan keliling rumah, dari depan ke belakang, naik atas turun bawah, kemudian keluar le sekejap ke depan tu, siram pokok, cabut rumput ke kalau ada, bercucuk tanam ke, apa ke susah?. Agak rasa tulang dah mula bengkok penat, haaa baring, sambil nengok Netflix atau iFlix, apa yang penatnya duduk? Aishh tak faham Sis!.

Ke alasan saje nak keluar rumah ek? Dasar memang kaki merayap ek korang! Hahahaha..Apa? Ko ingat ko je macamtu? Sis pun boring gak, dah dekat hampir 3 minggu gak ni oii Sis tak kemana-mana selepas balik dari warded dari hospital. Betul-betul kuarantin ni tau. Tangan kali dah gatal jee nak start enjin kereta, tapi....haip! #JustStayAtHome. Yang nak keluar tu lantak ko la!! Dah malas nak nasihat dah, bagus tunggu je masuk lokap!.



Resepi Tomyam Campur Paling Senang Dan Sedap! .

Berbalik pada tajuk, semalam Sis masak Tomyam Campur aje, tapi tak laa lengkap semua seafood ada, cuma ada udang dan ayam aje, ingat ke ada sotong, rupanya lupa yang anak Sis dah guna sotongnya, so kita masak apa yang ado je la.

Kalau korang nengok dalam gambar tu, haaa tu laa dia bahan-bahan untuk memasak Tomyam Campur, senang dan mudah aje kan. Sayur-sayur tu pun ikutlah sukahati korang nak campur apa. Sis pun masuk mana yang ada je dalam esbox. Tapi bila dah masuk campur semua, banyak juga jadinya. Penuh seperiuk bila dah siap, tapi puas makan!.



Untuk pesnya, Sis guna pes yang ini haaa, rasanya ramai tau pes ni kan? Yaa Pes Tomyam Nang Fah. Pes ni ada certain kedai je jual, Sis beli pun kirim dengan kawan Sis. Sebotol RM10. Memang sedap dan kaw giler rasa Tomyamnya. Serius Sis tak tipu, beza dengan kalau korang guna pes biasa jual di kedai tu. Rasa dia pior sebenarnya rasa Tomyam Thai tu.

Tak percaya sudah, silalah try ya. Untuk menu tambahan lain Sis goreng ikan jenahak hasil pancingan Suami, anak Sis,Yana goreng telur dadar dan Sis gorengkan sikit ikan asin kapak dan juga ada baki lagi ulam petai kelmarin. So semalam makan memang puas! Hirup kuah Tomyam tu pepanas, nikmatnya oii..

Dah 2 hari Suami balik makan malam hahahaha. Alhamdulilah, hati manyak senang bila kita masak, orang tersayang makan bertambah-tambah, gembira dia tu lain macam! Padahal hari-hari masak juga hahahaha.

Cuma harini masak simple aje, kata kat anak, harini goreng mee aje lah, dah 2 hari makan nasi, mau kang dalam tempoh kuarantin ni, badan naik berkilo oii hahahaha. Tapi Sis makan bukan banyak, banyaknya meratah lauk sesaja hahahaha.

Okaylah nanti sambung. Jom kita baca berita terkini tentang penularan wabak Covid-19 ni, Sis memang tak stop baca semua info-info pasal kes ni, seram oii makin hari makin naik huhuhu. Kau tak takut sudah! Aku takut hokay!!..


P/S: Bila anak-anak ada ni, time gini dah mula fikir. Esok nak masak apa laaa ek? Ermmm....any idea??? ..

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedapnya tom yam campak ni. Baru teringin nak buat. Haha

    ردحذف
    الردود
    1. Iyee tomyam laaa plaing mudah nak buat, lagi kalau pakai pes, senang sangat...

      حذف
  2. الردود
    1. Yaa sesekali masak, campur apa yang ada sayurnya, memang sedap aje ..

      حذف
  3. ahhh sedapnya tomyam, nak kena try buat ni :) ♕Tiara Sapphire♕

    ردحذف
    الردود
    1. Yess, you just try, sedap makan time hujan macam ni hehehehe

      حذف
  4. tiber aku rasa aku da lama tak jumpa ko and dengar suara ko lah...sebab sekarang aku baca entri2 ko dengan suara aku sendiri pulak, mana suara ko..sobsss T_T

    ردحذف
    الردود
    1. Huwaaaa rindu laaa kannn...Bilalah nak jumpaaa ko :((

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!