SIAPA MAKCIK KIAH YANG PM SEBUT TU? | Dah kenapa semua cari Makcik Kiah haaa..hahahaha ini semua gara-gara Perdana Menteri (PM) kita Tan Seri Muhyidin Yassin umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat petang tadi dan memberi contoh kiraan berapa jumlah seisi rumah dapat dan PM kita sebut nama Makcik Kiah.
Korang tengok ke tak tu tadi? Ermmm kalau yang tak tengok memanglah ko tak tau Siapa Makcik Kiah tu. Tapi dah kenapa ko sibukkan Makcik Kiah tu haaa hahaha silalah beri tumpuan pada apa yang dah PM umumkan dan beri bantuan pada rakyat semua.
Yaa semua rakyat tidak terkecuali dan tercicir dari mendapat apa yang kerajaan beri. Ini bagi meringankan beban ekonomi rakyat impak dari pandemik Covid-19. Begitu prihatinnya kerajaan dan PM kita dengan terbuktinya peruntukkan sebanyak RM250 bilion itu, lebih 10 kali ganda daripada RM20 bilion yang diumumkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.
So korang suka tak? Kalau suka ucaplah alhamdulilah. Dan sebagai balasnya, silalah patuhi arahan kerajaan yang hanya minta kita #StayAtHome sahaja..Ya #JustStayAtHome..tak susah mana pun...kalau degil sangat, jangan sampai nanti tak merasa plak duit yang kerajaan bagi tu ya hehehehe.
Siapa nak tau siapa Makcik Kiah, sila laa dengar balik perutusan PM kita tadi ookay..hehehehe
PM Umum Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat RM250 Bilion
“Seperti yang saya katakan, tiada orang akan tercicir,” katanya dalam siaran langsung di televisyen hari ini.
Muhyiddin berkata, tambahan RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan, selain RM500 juta yang diumumkan sebelum ini, dengan bantuan akan diperolehi daripada hospital swasta.
Beliau berkata, elaun khas untuk doktor, jururawat dan petugas kesihatan dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 Apr ini sehingga pandemik itu berakhir.
Katanya, elaun khas RM200 untuk anggota polis, tentera, imigresen dan Rela yang terbabit dalam barisan depan akan diteruskan.
Peruntukan lain termasuk:
P/S: Alhamdulilah ...syukur atas nikmatnya..

- RM250 sebulan bagi anggota kastam, imigresen dan Rela yang terbabit dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai 1 Apr ini.
- Bayaran “one-off” bagi golongan M40, petani, peniaga kecil, peneroka Felda dan nelayan berjumlah RM10 bilion.
- RM1,600 untuk 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah dengan RM1,000 dibayar pada April dan RM600 pada Mei.
- RM1,000 untuk 1.1 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 hingga RM8,000, dengan RM500 dibayar bulan depan dan bakinya pada Mei.
- RM800 untuk 3 juta rakyat berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapat RM2,000 dan ke bawah, dengan RM500 dibayar bulan depan dan RM300 pada Mei.
- RM500 untuk 400,000 orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 hingga RM4,000, dengan RM250 dibayar bulan depan dan RM250 lagi pada Mei.
- Bayaran “one-off” RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi pada Mei.
- Syarikat telekomunikasi menawarkan internet percuma berjumlah RM600 juta kepada semua pelanggan mulai 1 Apr sehingga PKP tamat. Tambahan RM400 juta untuk menambah baik liputan dan kekuatan rangkaian.
- RM25 juta untuk makanan dan tempat perlindungan bagi warga emas, orang kelainan upaya dan Orang Asli, dengan kerjasama bersama NGO.
- Moratorium selama 6 bulan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dan PTPK.
- Pengecualian sewa selama 6 bulan bagi penduduk PPR.
- Pesakit di bawah skim MySalam boleh menuntut RM50 sehari selama 14 hari. Ini juga diberikan kepada mereka yang dikuarantinkan kerana Covid-19.
- Golongan B40 di bandar dikecualikan membayar sewa selama 6 bulan. Jumlah keseluruhan RM3 juta akan ditanggung kerajaan.
- Pengecualian sewa bagi premis milik kerajaan seperti kantin sekolah, taska, kafetaria dan kedai serbaneka selama 6 bulan mulai April.
- RM600 sebulan selama 3 bulan bagi pekerja berpendapatan di bawah RM4,000.
- Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja yang berpendapatan tidak lebih RM4,000 sebulan. Ini akan memanfaatkan 3.3 juta pekerja melalui peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
- Bayaran “one-off” RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing yang berjumlah RM60 juta.
- RM110 juta untuk membayar gaji lebih 80,000 pekerja kontrak dalam perkhidmatan pembersihan dan katering di sekolah, universiti dan institut latihan awam serta agensi kerajaan lain. Kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak mereka sebulan lagi sebagai ganti kepada PKP.
- Dana khas RM8 juta diwujudkan untuk industri insurans dan takaful bagi menanggung kos ujian saringan kesihatan oleh pemegang polisi dan takaful perubatan di hospital swasta serta makmal berharga RM300 setiap seorang.
- Putrajaya dan Tenaga Nasional Bhd akan memperuntukkan tambahan RM530 juta bagi diskaun bil elektrik. Penggunaan di bawah 200 kilowatt layak mendapat diskaun 50%, 25% bagi penggunaan 201 hingga 300 kilowatt dan 15% untuk penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. 2% potongan bagi isi rumah diteruskan.
- RM1 bilion diperuntukkan kepada Dana Jaminan Makanan.
- KWSP akan menyediakan khidmat rundingan bagi majikan mulai 15 Apr. Ini termasuk pilihan untuk penangguhan, penstrukturan semula atau penjadualan semula caruman majikan. Ini akan menjimatkan aliran tunai RM10 bilion bagi majikan dan memanfaatkan 480,000 PKS serta syarikat, dan mengekalkan lebih 8 juta pekerjaan.
- Mengecualikan bayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April membabitkan penjimatan RM440 juta bagi majikan.
- Jumlah pembiayaan di bawah Skim Kredit Mikro dinaikkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.
- Bayaran “one-off” RM500 bagi 1.5 juta penjawat awam dan 850,000 pesara kerajaan pada April.
- Moratorium 3 bulan untuk bayaran cukai pendapatan bagi 750,000 PKS mulai 1 Apr.
- Penangguhan cukai bagi sektor pelancongan selama 6 bulan.
- Lanjutan moratorium untuk Tekun, Mara dan agensi berkaitan kerajaan lain yang memberikan pinjaman kepada PKS.
- Kerajaan memperkenalkan program pembiayaan sosial baru untuk membantu perniagaan B40 dan mereka yang kehilangan punca pendapatan memalui institusi perbankan Islam dan Majlis Islam negeri. Individu layak akan diberikan latihan.
- Sektor korporat menerima inisiatif baru di bawah skim jaminan bernilai RM50 bilion bagi sektor terjejas akibat Covid-19.
- Pinjaman minimum RM20 juta bagi sektor perniagaan disediakan mulai 1 Mei hingga 31 Dis atau sehingga dana itu kehabisan.
- RM2 bilion bagi projek berskala kecil seperti mengekalkan sekolah lama di Sabah dan Sarawak, projek Felda dan bantuan bagi golongan miskin.
- Projek ECRL dan MRT2 diteruskan.
We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And this government may not be the government that you voted for. But I want you to know that this government cares for you.
P/S: Alhamdulilah ...syukur atas nikmatnya..
Dipetik aje namanya sebagai contoh femes satu negara. Haha Tapi, jangan lupa dok rumah diam² lepas dapat duit tu kan.
ReplyDeleteno troll left behind.. eh..
Hahahaha kannn, adeii femes terus Makcik Kiah, tapi siapa agaknya Makcik Kiah tu ek hehehehe
DeleteMakcik kiah tu nama mak kite. Hahaha. Apa pun syukur dapat PM yang macam ni kan. Susah senang rakyat didahulukan
ReplyDeleteMesti tersenyum-senyum Emak ko kan Faizzah hahahaha
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki dikongsi bersama
Ye Wak, alhamdulilah..hidup PM kita!!
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih kepada semua pemimpin Malaysia
ReplyDeleteSyukur kan...at least ada juga dapat meringankan beban rakyat..
DeleteMurahh rezekii. Hihiii....
ReplyDeleteApa pun, saya Nona Qiyah. Tiberghhhhh... Kahh3
Hahahaha ngek ko Nona hahahaha..adoiii
Deletealhamdulillah, banyak yang kerajaan bagi...apa lagi Malaysia mahu? haha
ReplyDeleteKannnn, semua tak tercicir termasuk artis (kalau nak mohonlah) Hahahahahaha
Delete